lambat

Lambat

4/29/2011 11:52:00 AM

Assalamualaikum.. Pagi ni sungguh sejuk sebab ujan awai pagi lagi.. Kalut jugak pagi ni, dah la hari jumaat, ujan plak tu.. Sampaikan aku pun basah jugak sebab turun antar anak ke rumah ngasuh..

Hai, jalan pun sama naik jem, besa la dah nama hari jumaat ngan ujan lebat nih.. Ahhh tensennya, jalan kaki pun lagi cepat dari drive.. Eksiden sini sana.. Ohhh lambat sungguh aku sampai opis ari ni.. Nasib baik pagi ni ramai jugak yang lambat.. Tak la terasa sangat kelambatan aku pagi nih.. Hehehe..

Petangnya pun, balik lambat jugak, disebabkan hari jumaat nih.. Paham2 jelah jalan petang jumaat macam mana keadaannya.. Kena plak cuti 3 hari sebab cuti hari pekerja dibawa ke hari isnin la katakan.. Hehehe..

Kul 6 petang baru kuar dari opis, lepas tengok jalan balik agak lengang skit.. Tapi jalan masuk ke area opis nih memang jem giler, kiranya orang jalan kaki lagi laju dari drive.. Boleh bayangkan la keadaan jalan masa tu kan..


anak-anakku

Alahai Anakku..

4/28/2011 09:33:00 AM

Dah beberapa malam sebelum tidur, izzat asyik mengungkapkan ayat ni.. "Saya bukan anak ibu".. Nak tau sebab apa yang dia asyik sebut berulangkali ayat nih.. Sebabnya tiap2 malam asyik peluk si budak kecik kimie tu.. Tak peluk dia pun..

Dengan nada sedih dan merajuk, ayat tulah yang sering diulang2nya.. Kesian plak bila dengarnya, tulah budak2.. Tapi apa nk buat, bila melayan si abang, si adik adik plak merajuk.. Meraung tak tentu pasal dibuatnya..

Kalau nak tido boleh dakap si kecik ja, si abang tak boleh langsung.. Macam2 hal, tapi itulah yang menggamatkan suasana.. Tapi dalam memujuk ati anak2, terpaksa la adil dan saksama agar anak2 tidak terasa tersisih..

Apakan daya, hanya aku seorang nak melayan kerenah anak2.. Layan si abang, si adik plak merajuk, layan si adik, abang plak merajuk..

Semalam tanya jugak si abang tu kenapa cakap macam tu.. Nak tau apa jawapan dia, 'saja laa'.. Ada2 saja bebudak ni buat untuk menarik perhatian kita..

Malam isnin lepas lagilah, abis bilik tido penuh ngan bedak.. Tu la dah ibu dia letih, tido awai plak tu, anak2 buat hal sendiri.. Bangun pagi tu ngan bukak lampu, tengok.. Ya Allah, abis penuh lantai ngan tilam dengan bedak Agnesia.. Beli dulu pun sebab nak bagi hilang ruam badan anak.. 

Sabar jelah, budak2 kan.. Bebudak ni pantang tengok bedak ka sabun mandi jenis gel tu, abis buat main.. kalau tak tengok, silap, abis separuh botoi.. Hehehe..


peti ais

Peti ais dah ok

4/26/2011 12:18:00 PM

Minggu lepas dah citer pasal peti ais yang rosak kan..ari ahad lepas, orang mai check peti ais..dia cakap kompressor peti ais dah rosak..maknanya 1 motor peti ais kena tukaq..kos untuk repair benda alah nih, rm380..

Boleh tahan jugak la nk repair peti ais nih..memula cina tu cakap paling cepat seminggu la baru nk siap repair..maknanya seminggu la tak boleh beli barang basah atau yang kena simpan dalam peti ais..waaa, dh tak boleh beli air bliss or susu segar la mcm nih..

Tup..tup, kelmarin tengahari cina repair peti ais tu call bagitau yang peti ais dah ok..terkejut jugak la, dh dia kata seminggu baru nk siap..tapi lega jugak la dh boleh beli stok2 untuk simpan dalam peti ais..petang kelmarin kt maghrib, cina 2 mai antar peti ais..terbang jugak rm380..nasib baik gaji dh masyuk..klu tak, memang kena tunggu husband masyuk duit dulu laa..dh bayar ni, boleh la antar claim kt husband..hehehe..jangan marah ye sayang..

Stakat yang cina repair tu antar smpai pagi ni nk mai keja, try test peti ais tu ok lagi laa..cina tu cakap, apa2 hal call ja dia..ok ja la aku cakap..harap2, peti ais ni ok dh laa..dh tak sanggup ari2 ulang p kedai beli ais ketul utk simpan air bliss ngn seangkatan dengannya..

program

Program River Care

4/25/2011 11:12:00 AM


Hari sabtu yang lepas (23 April 2011) opis dengan kerjasama HSBC dan GEC telah mengadakan Pogram River Care Sungai Pinang : Aktiviti Pengenalan Kepada Pengurusan Sungai di Sungai Air Terjun, Taman Botani, Pulau Pinang..

Disebabkan hari cuti, terpaksalah bawak anak2 ke program berkenaan..apa nak buat, tiada siapa nk jaga anak2 ari cuti nih..lgpun boleh buat teman jugak ke sana..

tengok jelah gelagat budak2 nih..lari sini sana..baru ja sampai tak lama mana..


hidupan akuatik antara yang menjadi bahan pameran


antara peserta yang hadir bertanyakan tentang hidupan akuatik

wah2 minatnya anak2ku nih..hehehe..



tengok la izzat tu, sesuka ati dia ja dok dengan VIP..sampaikan En. Rosli dari HSBC cakap bakal YB kat dia..

Timbalan Pengarah 1 (Bisnes) memberi ucapan aluan..tengok la bebudak dua orang tu sempat lagi menyebuk kat belakang tu..




BENGKEL PEMANTAUAN SUNGAI

izzat dengan jalan dengan gayanya..

ada gaya dah..dok tengah imbang badan, takut jatuh dalam air..hehehe..

 izzat dah masuk sungai nak tangkap hidupan akuatik dalam sungai, kimie lorat susah nk turun dalam sungai..

 apa benda la yang dia tangkap tu..

kimie dok tengok ada apa dalam air sungai tu..

aktiviti menangkap hidupan akuatik..ntah apa yang ditangkapnya tu..


Diaorang punyalah seronok dapat masuk dalam sungai, sampai mandi air sungai nih..nasib baik pacat @ lintah tak hinggap badan bebudak nih..tengok jelah telatah budak2 nih..

 
kimie dah geram sangat tengok air sungai tu, dah berenang2 dia..


berenang dengan muka yang gembira bersama kasut booth..hehehe..


kembali ke acara menangkap hidupan akuatik

aktiviti menangkap hidupan akuatik

akhirnya..basah kuyup kerana berenang2 di dalam sungai..hehehe..




antara hidupan akuatik yang ditangkap oleh peserta




PERMAINAN : PUZZLE UNTUK KANAK-KANAK

menunggu sebelum acara puzzle dimulakan


tengah menjawab soalan yang ada dalam puzzle tersebut


tekun menjawab soalan

jawab jangan tak jawab



Menu makan untuk tengahari dan sebelum balik...


Nasi ayam..dibungkus di dalam pek biodegradable compostable..bekas macam polisterene tapi yang ni jenis mesra alam..

Kuah sup dan cili..

buah epal hijau


UPACARA PENUTUP

Seronoknya izzat didukung oleh Dr. Kali dari GEC..ntah apa yang dikatakan oleh Haji Bakar..hehehe..lawak betoi la anakku sorg nih..

menang tempat ketiga acara puzzled..tengok la hadiah apa yang bebudak ni dapat..

ni baru clear keychain yang kimie dapat..selain tu dapat pensil O'Bon (pensil mesra alam - made from newspaper) dan pen proGreen (pen mesra alam)..

Bergambar bersama En. Rosli (HSBC) dan Haji Mohd Abu Bakar (Timb. Pengarah 1 - Bisnes)


peserta juga diberikan keychain yang dihasilkan daripada kertas..program tamat dan disambut dengan titisan hujan masa nak balik..lega sungguh program berjalan dengan baik..


PROGRAM TAMAT

peti ais

Peti ais rosak

4/22/2011 04:53:00 PM


Huhu..sedihnya hati tetiba peti sejuk tidak lagi menyejukkan dirinya..dah la baru beli barang basah ngan air bliss semalam dekat pasar malam..2-3 ari lepas beli air susu HL Marigold..ruginya, penuh barang dalam peti ais abis rosak dibuatnya..terutamanya barang2 dalam freezer..abis smua kena 'let go' ke tong sampah..kenapa tetiba ja peti ais rosak tanpa memberi apa2 amaran..nk kata tak sejuk, ok ja sebelum nih..sejuk macam biasa ja barang2 dalam peti ais tu termasuk yang dok dalam freezer..

Ari ni tak pasal2 terpaksa pi cari kedai repair peti sejuk..ntah brapa plak nk kena nih..time ujung2 bln ni la nk rosak..kna plak banyak stok simpan dalam peti sejuk..

Hai la peti sejuk ku, kenapa masa2 genting macam ni kau nak rosak..tidak kah kau kesian akan tuan mu ini..terpaksa mencari kedai repair dan duit untuk membaiki mu..

makan

Nasi lemak dan aiskrim

4/20/2011 01:24:00 PM

Laparnya pagi nih, pagi2 lagi dah makan nasi lemak dengan telur mata. ari ni 2x la makan nasi lemak, mana taknya lepas kelas taffaquh..kami dijamu dengan nasi lemak..hai, pakai ngantuk laa banyak sangat makan makanan berlemak..ni pun dah tersengguk2 gara2 banyak sangat makan nasi lemak..hehehe..



Ermm sedapnya sesekali makan aiskrim sundae, lama betoi tak makan..disebabkan dah kenyang dengan nasi lemak yang makan lepas kelas taffaquh tadi, tetiba ja timbul idea nak makan aiskrim sundae strawberi nih untuk lunch time..

Tak sangka plak member2 pun sama nak makan aiskrim nih..hehehe..sdap ooo..

Terima Kasih Tuan Pengarah

4/18/2011 12:20:00 PM


Tak sangka plak sehari selepas sambutan hari wanita sedunia yang ke-100 tahun ni, tuan pengarah Kapt. (B) Hj. Anuar bin Hj. Yahaya sudi menghadiahkan satu bar coklat buat kakitangan wanita di JPS Pulau Pinang dan JPS DTL..terima kasih tuan pengarah di atas penghargaan yang diberikan terhadap wanita di pejabat ini.



Ni plak duit yang tuan pengarah bagi pada 14 April 2011 lepas kerana warna baju yang sama dengan pengarah.. tapi terpaksa bahagi dua dengan oni.. apapun terima kasih tuan pengarah.. tak sangka plak nak dapat rezeki di hari khamis..



Blog yang Diikuti