makan

KFC oh KFC

5/25/2011 11:04:00 AM


Petang kelmarin, saja la tanya anak aku nak makan apa malam nih.. "Ibu, kami nak kfc.. Mau tak mau terpaksa la memenuhi permintaan anak2.. Kena plak hubby dah bank in duit.. Hehehe, thanks sayang.. Lagi pun dah dua tiga kali diaorang wat permintaan nak kfc.. Memandangkan masa diaorang wat permintaan tu aku dah masak, terpaksa la menangguhkan permintaan anak2.. Ermm berbalik pada citer kfc, nasib baik la kfc kt sungai dua baru bukak, tak payah la aku nak melanggar kawasan sampai seberang jaya.. Lega sangat, sebenarnya malas jugak aku nak drive jauh2 nih.. Hehehe..


Dalam perjalanan tu aku tanya jugak la nak kfc banyak ke skit??? Dah kata nak banyak, aku beli la 5 ketul ayam goreng bersama dengan kentang putar yang besar dan coslow ambik yang kecik jer.. Mana taknya izzat ja yang makan, aku suka jugak tetapi memandangkan klu aku makan jadi serupa macam baby yang kembung perutnya, aku tak berani nak makan dah.. Ermm pas tu bebudak tu lorat nak mainan plak, mintak la kat cashier tu semua mainan mr.bean yang ada.. Memula tanya jer yang mana yang nak.. Last2 semua diaorang sental.. Nasib baik la ada jugak kad chicky club, beli jugak mainan2 tu semuanya kena la dalam rm12.. Lastly total untuk semua termasuk tax kena rm34.50..

Haa puas ati bebudak tu.. Ayam kfc dapat, mainan pun dapat.. Terkopak jugak ibu dia, nasib baik hubby masuk duit, tak la terasa sangat.. Bagus la jugak bebudak ni makan, ayam tinggai seketul ngan kentang putar dan coslow. Coslow terpaksa jugak aku habiskan, tak pasal2 jadi baby yang kembung perutnya.. Hai sungguh tak selesa dibuatnya, gatai sangat nak makan.. Hehehe padan ngan muka aku.. Ermm kentang putar boleh makan separuh ja, sebab dah tolong anak2ku habiskan ayam bahagian dada.. Sengkak jugak perut aku makan semalam.. Haa kerana sayang tengok makanan yang tak habis, ku gagahkan diri jugak makan.. Lastly merasa la tak selesa perut ni kerana terlalu banyak makan ngan makan benda yang tak boleh makan..


hujung minggu

Cuti panjang

5/20/2011 10:13:00 AM

Minggu lepas merupakan cuti yang cukup panjang.. Mana taknya, cuti ujung minggu dah dua hari ditambah plak ambik cuti ari isnin dan diikuti dengan cuti hari Wesak pada ari selasa.. Disebabkan orang mengasuh anak aku nak pi jalan2 ari isnin lepas, jadi aku terpaksa la memanjangkan cuti ku.. Hehehe.. Cuti panjang punya pasal, jadi malas plak nak bangun pagi2.. Hahaha..

Mulanya hubby cakap nak balik, tanya2 kata tak jadi balik.. Tup..Tup.. mai ari sabtu petang call cakap nak balik plak.. Hehehe ada2 saja hubby aku nih.. Ujung minggu banyak dok umah jer.. Tak ke mana pun.. Dok umah jer.. Isnin malam hubby balik KL.. Meh ari selasa, anak2 aku melorat nak makan mcD plak.. Nasib baik claim dah masuk.. Boleh jugak menunaikan permintaan anak2.. Apa lagi beli set happy meal lerr.. Yang izzat nak makan nugget, yang kimie nak makan burger.. Dapat la adiah cawan ngan straw patrick.. Hehehe, cukup la set untuk anak2 aku.. Lega dah, tak la melorat sangat.

Ari rabu masuk keja balik daa.. Ishh macam malas kan bila dah cuti lama2 nak masuk keja balik.. Hehehe.. Balik petang tu tengok anak2 aku pakai t-shirt baru.. T-shirt langkawi.. Kak ngasuh bagi maa.. Diaorang pi makan angin kat langkawi ujung minggu baru nih.. Sebab tu aku ambik cuti ari isnin.. Kebiasaannya klu kak ngasuh pi jalan mana2 dia mesti ingat belikan apa2 kat anak aku.. Kak ngasuh bagi jugak coklat daim, tobleron, ngan coklat bentuk keta race.. punya suka anak aku makan coklat tu, mana taknya sebab gambar dia laa.. Hehehe kerana kereta memang suka sangat.. Nama pun budak laki, macam tu la kesukaan diaorang.. Hehehe.. Suka2..

hujung minggu

Aktiviti hujung minggu

5/18/2011 11:29:00 AM

Walaupun aktiviti ni dah seminggu lebih, tapi aku nak citer jugak.. Sabtu minggu lepas (7 Mei 2011), aku bawak dua orang hero aku nih ke Klinik Kesihatan Sg. Dua.. Coz diaorang adakan program kesihatan sempena hari kesihatan sedunia tahun 2011 pada hari berkenaan. Aku pergi pun sebab izzat beria2 sangat nak masuk pertandingan mewarna.. Mana taknya, cikgu kesayangan dia bagi aturcara ngan kad jemputan ke program berkenaan..

Pagi tu aku gerak la budak2 ni bangun awal.. Dah cikgu tulis kena ada kat sana kul 8 pagi dengan berpakaian sukan tadika.. Kalau ikutkan aturcara, pertandingan mewarna start kul 9 pagi.. Disebabkan terlalu awal kami berada kat sana, jenuh menunggu jugak la sampai ke sesi pendaftaran pertandingan mewarna..

Masa menunggu tu macam2 la bebudak nih, main kejar, main air pancuran hiasan kat depan klinik tu, macam2 lagi ada.. Dalam dok main, sempat jugak masuk ke dalam klinik.. Aku nampak la penimbang, apa lagi, aku suruh la izzat timbang.. Lastly aku timbang dia, hampir setahun jugak laa berat dia 22kg.. Sekarang ... jeng..jeng..jeng.. 25kg dah.. Ishh terkejut jugak bila tengok dia naik penimbang tu.. Tapi bila memandangkan saiznya dan selera makan dia, aku tak la terkejut sangat.. Hehehe.. Tulah hero aku sorang, terlebih sikit saiznya dari kawan2 yang sebaya dengannya.. Lepas tu si kimie pun sibuk jugak nak timbang, nak tau brapa berat badan dia sekarang??? 15.5kg jer.. Ok la tu, sesuai dengan umur ngan tinggi dia jugak laa.. Dalam setahun lepas timbang dia pun dalam 13kg jer.. Ibu dia, jeng.. jeng... jeng.. Setelah dicampur berat kedua2 hero nih dapat la berat badan ibu diaorang nih.. Hehehe, kurusnya aku 41.5kg jer..

Memang aku akui berat aku nih memang susah nak naik walaupun banyak makan or kureng makan.. Inilah aku, kawan2 aku tak la terkejut sangat kalau aku kurus.. Diaorang tau selera makan aku macam mana.. Hehehe... Ada jugak yang penah tanya rahsia makan aku, aku cakap jangan ikut, kot nanti yang gemuk bertambah gemuk plak.. Yang kurus boleh la bagi rahsia pemakanan aku nih.. Boleh la jadi besaq skit dari aku.. Hahaha.. Hai nak jadi pakar pemakanan plak ke???

Ermmm berbalik pada pertandingan mewarna tadi, setelah lama menunggu.. Akhirnya diaorang buka untuk pendaftaran mewarna bagi pelajar tadika.. Cikgu diaorang la yang tolong daftarkan.. Dah mendaftar, si kimie pun lorat nak mewarna jugak, mau tak mau tambah jugak nama dia kat last.. Bukan apa, daftar ni dapat jugak goodies... Hehehe.. Dia bukan boleh tengok abang dia dapat lebih daripada dia or abang dia dapat something, tapi dia tak dapat apa2.. Boleh ngamuk kat situ jugak.. Nasib baik la nurse yang jaga pendaftaran tu bagi jugak 1 bag goodies kat dia.. Lega skit, kalau tak mana aku nak cekau cari??? Hehehe.. Apapun anak2 aku mewarna dengan gembiranya.. Kimie dengan cara dia laa, warna ikut suka.. Yang izzat ni ok skit, tapi warna pun ada yang keluar dari gambar laa.. Tak kisah la apapun asalkan anak aku gembira.. Aku tengok ok la cara izzat warna kali ni.. Kalau tak macam malas2 nak warna.. Tu pun masa mewarna asyik pandang kawan2 dia warna.. Hahaha, walaupun tak menang tapi anak aku seronok mewarna.. Seronok jugak tengok telatah diaorang mewarna nih..

Dah abis mewarna, apa lagi makan time.. Diaorang ada jual laksa, izzat apa lagi nak la laksa kegemaran dia tu, beli la dua mangkuk untuk izzat dan kimie.. Pas tu sempat lagi pi main kat buaian ngan papan gelongsor.. Siap mintak belikan air lagi..

Lepas main tu, pi main game tembak2 ngan dart.. Bila kena sasaran dapat la 1 soalan yang membolehkan dapat kupon untuk menebus hadiah.. Ibu dia la tukang menjawab soalannya.. Hehehe.. Lastly aku dapat jugak kumpul 7 kupon yang membolehkan aku menebus mug pejabat kesihatan barat daya.. Ok la tu berbanding hadiah lain.. Tu ja yang menarik untuk kupon yang anak2 aku berjaya kumpulkan..

Dah kul 1 lebih, aku dah malas nak masak.. Aku offer la makanan yang diaorang nak.. Last2 mcD yang menjadi pilihan.. Kali ni belikan diaorang set nugget happy meal.. Dapat la hadiah straw spongebob ngan cawan.. Nak tau benda ni sapa yang dok guna??? Izzat la peminat spongebob.. Selalu bancuh air ribena dalam cawan tu laa.. Sebelum tido bancuh air ribena dalam cawan tu dulu, baru melena.. Itulah telatah anak2 aku.. Boleh tersenyum sorang2 bila teringat telatah diaorang..



selamat hari guru

Happy Teacher's Day

5/16/2011 09:34:00 AM


Selamat hari guru buat guru2 yang pernah mendidikku menjadi seorang manusia yang berguna.. Juga ucapan ini ditujukan buat semua guru2 di Malaysia..








thanks

Selamat Hari Ibu

5/09/2011 10:25:00 AM

Assalamualaikum semua.. Semalam seperti yang kita semua ketahui bahawa, kita telah menyambut Hari Ibu bagi seluruh Malaysia.. Pelbagai keraian yang kita buat untuk meraikannya.. Pada hari ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menghadiahkan 2 jenis coklat buat para ibu di pejabat ini bagi meraikan Hari Ibu..

Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu.. Semoga anda lebih ceria dan tabah dalam mengharungi cabaran yang mendatang bersama anak2 serta keluarga tersayang..

hari ibu

Happy Mother's Day

5/08/2011 03:49:00 PM




Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan juga buat ibuku serta ibu mertuaku..

Tarikh sambutan hari ibu di Malaysia jatuh pada 8 Mei 2011. Untuk pengetahuan anda, tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza bagi setiap negara. Bagi negara Malaysia, setiap tahun ia disambut pada hari Ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei. Berikut adalah kalendar hari ibu sedunia bagi tahun 2011.

22 Mac 2011
Ireland, Nigeria, United Kingdom

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei)
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

8 Mei 2011 (Ahad kedua dalam bulan Mei)
Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, MALAYSIA, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

29 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)
Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

12 Ogos 2011
Thailand

22 Disember 2011
Indonesia


Ucapan dari hubby
Assalamualaikum "SELAMAT HARI IBU" buat Ibu2 Semua..moga Ibu kita dimurahkan Rezki dan sentiasa Dirahmati.. "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga" .. Moga Kita Dapat menjadi Ibu Mithali & Melahir serta Mendidik Anak2 Kita spt Mana Didikan Yg Diberikan Oleh Ibu Kita Kpd Kita.. Sehingga Kita Menjadi Anak Yang Soleh Dunia dan Akhirat..amin


selipar

Selipar putus la plak

5/04/2011 03:26:00 PM

Assalamualaikum semua.. Alahai selipar, putus la plak engkau yer.. Ari jumaat yang lepas, masa ambik Kimie dari umah kak ngasuh, dia tunjuk la selipar dia yang putus.. Kesian la plak bila tengok, dia nak jalan pun susah sebab selipar dah putus la katakan..

Aku pun cakap kat kimie, esok ajak abah pi beli la selipar baru.. Dah hubby cakap nak balik malam nih.. Nasib baik Kimie pun ok ja, lega la skit.. Alhamdulillah.. Bukannya aku tak mau beli selipar kat kimie.. Masalahnya, nanti bukan kata selipar ja nak beli, macam2 benda yang berkenan di mata kat kedai tu nak di borongnya.. Hehehe..

Lagipun masa aku ambik bebudak tu pun dah masuk waktu maghrib, malas la nak merayap waktu maghrib nih.. Kekadang bila pikir2 tu, kesian la jugak kat Kimie nih.. Nak jalan pun susah sebab selipar putus, sampai suruh kita dukung plak.. 

Kami punya la lupa pasal selipar dia yang putus tu, nak tau hari Ahad baru abah dia pi beli selipar baru kat dia.. Tu pun punya pujuk abah dia keluar pi beli selipar baru jugak kat Kimie.. Sori ye sayang, nyusahkan sayang plak kena pi beli selipar baru kat Kimie.. Tapi apa salahnya kan, skali sekala la katakan nak mintak sayang belikan untuk anak2.. Hehehe..


cuti-cuti

Cuti hujung minggu

5/03/2011 09:56:00 AM

Hari sabtu lepas, husband balik.. Mulanya cakap nk balik ari jumaat, tapi tak jadi.. Kebetulan husband balik dengan anak sedara dan member dia skali ngan anak dia skali.. Diaorang sampai umah dalam kul 4 pagi.. Mana taknya, jalan dari KL nak balik ke sini boleh tahan jemnya.. Disebabkan masih awal lagi, husband suruh la anak sedara tido kt umah dulu sebelum antar diaorang balik ke kampung dekat Yan..

Pagi tu keluar jugak pi beli makanan untuk anak sedaraku nih kat gerai depan taman jer.. Aku beli roti canai ngan nasi lemak ja.. Kiranya abis jugak makanan sarapan pagi yang ku beli tu.. Lega, tak la membazir sangat..

Mulanya husband cakap nk balik kampung dalam tengah hari, tapi dah husband letih sangat.. Dia nak tido dulu.. Mau tak mau, aku kena masak jugak la tengah hari tu untuk santapan kami beramai-ramai.. Aku masak simple2 ja, ikan goreng, daging masak kicap, kerang rebus skali ngan air asam.. Dah tu ja ada stok dalam peti ais.. Kerang tu pun kebetulan keluar pi cari ketul ais yang aku lupa nak buat lepas peti ais rosak baru-baru ni.. Tak sangka, licin jugak laa apa yang aku masak untuk makan tengahari tu.. Kiranya, dah lapar la katakan.. Hehehe..

Petangnya, baru kami balik ke kampung, sempat lagi singgah beli kerang dalam perjalanan balik kampung.. Sampai tu, kami terus ke air terjun Sri Perigi, apa lagi bagi anak2 ngan anak sedara mandi ler.. Mulanya aku saja jer nak ngikut, last2 aku plak yang abis basah kuyup kena percik air dengan anak2.. Basah sama macam orang mandi jugak laa.. Hehehe..

Baliknya, aku asyik bersin ja rasa nak selesema.. Akhirnya, aku betoi2 selesema, batuk ngan demam.. Adoiii, tak seronoknya, cuti dalam demam la plak.. Tapi apa nak buat dah nak demam kan.. Demam ni pun berlarutan sampai ari rabu jugak laa.. Dapat jugak MC 2 ari, doktor bagi.. Ingatkan cuti lama2 tak la kena pi klinik jumpa doktor.. Waa, tak sukanya jumpa doktor.. Nak kena makan ubat..

happy birthday

Happy Birthday Izzat Jazman

5/02/2011 10:40:00 PM

Assalamualaikum semua.. Hari ni aku nak kongsi sedikit kegembiraan.. Bila difikir2, sekejap saja masa berlalu.. Anak sulungku dah pun berumur 5 tahun.. Happy Birthday Izzatku sayang.. Semoga panjang umur dan belajar rajin2 sampai pandai.. Jangan malas2 macam selalu, nak buat kerja sekolah pun malas..

Sambutan hari lahir anakku pada tahun ini diadakan di umah ibu mertuaku di Yan.. Disebabkan anakku berada di sana pada hari itu bersama2 anak sedaraku dari KL.. Hari ni juga kak iparku masakkan laksa kegemaran Izzat.. Mulanya, ingat nak beli kek dekat SP jer, tapi dah kakak iparku dah order kek dari kedai kek dekat ngan kampung, tak jadilah nak beli kek kat SP.. Jadi dalam perjalanan balik, kami telah membeli satu bucket KFC dan juga kek yang telah kak iparku order itu..

Masa kami sampai, kami buat2 tak tau jer.. Nak surprise la konon.. Lepas suruh dia pakai baju elok2, cakap kat dia ari ni birthday Izzat.. Dia buat tak percaya la plak birthday dia.. Dah semua orang pakat kata betoi yang hari tu birthday dia baru dia percaya..

Mulanya kak ipar order kek spongebob, disebabkan masa kami sampai kek baru siap dimasak.. Jadi tak sempat la diaorang nak lukis gambar spongebob.. Mau tak mau boh ja gambar yang dah siap.. Letak ja gambar tu atas kek.. Nak tau gambar apa yang menjadi pilihan.. Gambar upin & ipin jer.. Dia penah cakap nak kek gambar tweety, tapi tak dapat la nak penuhi permintaan tu kalau nak beli time kalut2 nih..

Ermm korang nak tau tak berapa potong kek yang Izzat makan??? 3 potong kek dia sorang makan.. Izzat ni bab makan memang tak tolak.. Hehehe.. Dalam dah makan 3 potong kek pun dia boleh menumpang aku makan laksa lagi.. Dahsyat sungguh selera anak aku sorang nih.. Kita yang tengok dia makan pun naik takut.. Hehehe, tapi itulah Izzat.. Kena plak makanan kegemaran yang dihadapnya..

Walaubagaimanapun, akhirnya kek kira licin jgk.. Tinggai skit ja untuk pakcik dia yang keja pada ari ni dan dia pun tak balik lagi.. KFC, usah tanya laa.. Kejap jer dah licin.. Tak cukup plak tu.. Tapi nak buat macam mana, salah budget laa.. Jadinya tak cukuplah.. Hehehe.. Apapun majlis hari lahir ni memang simple tapi cukup meriah yang dihadiri keluarga terdekat jer..


Blog yang Diikuti