Aktiviti hujung minggu

5/18/2011 11:29:00 AM

Walaupun aktiviti ni dah seminggu lebih, tapi aku nak citer jugak.. Sabtu minggu lepas (7 Mei 2011), aku bawak dua orang hero aku nih ke Klinik Kesihatan Sg. Dua.. Coz diaorang adakan program kesihatan sempena hari kesihatan sedunia tahun 2011 pada hari berkenaan. Aku pergi pun sebab izzat beria2 sangat nak masuk pertandingan mewarna.. Mana taknya, cikgu kesayangan dia bagi aturcara ngan kad jemputan ke program berkenaan..

Pagi tu aku gerak la budak2 ni bangun awal.. Dah cikgu tulis kena ada kat sana kul 8 pagi dengan berpakaian sukan tadika.. Kalau ikutkan aturcara, pertandingan mewarna start kul 9 pagi.. Disebabkan terlalu awal kami berada kat sana, jenuh menunggu jugak la sampai ke sesi pendaftaran pertandingan mewarna..

Masa menunggu tu macam2 la bebudak nih, main kejar, main air pancuran hiasan kat depan klinik tu, macam2 lagi ada.. Dalam dok main, sempat jugak masuk ke dalam klinik.. Aku nampak la penimbang, apa lagi, aku suruh la izzat timbang.. Lastly aku timbang dia, hampir setahun jugak laa berat dia 22kg.. Sekarang ... jeng..jeng..jeng.. 25kg dah.. Ishh terkejut jugak bila tengok dia naik penimbang tu.. Tapi bila memandangkan saiznya dan selera makan dia, aku tak la terkejut sangat.. Hehehe.. Tulah hero aku sorang, terlebih sikit saiznya dari kawan2 yang sebaya dengannya.. Lepas tu si kimie pun sibuk jugak nak timbang, nak tau brapa berat badan dia sekarang??? 15.5kg jer.. Ok la tu, sesuai dengan umur ngan tinggi dia jugak laa.. Dalam setahun lepas timbang dia pun dalam 13kg jer.. Ibu dia, jeng.. jeng... jeng.. Setelah dicampur berat kedua2 hero nih dapat la berat badan ibu diaorang nih.. Hehehe, kurusnya aku 41.5kg jer..

Memang aku akui berat aku nih memang susah nak naik walaupun banyak makan or kureng makan.. Inilah aku, kawan2 aku tak la terkejut sangat kalau aku kurus.. Diaorang tau selera makan aku macam mana.. Hehehe... Ada jugak yang penah tanya rahsia makan aku, aku cakap jangan ikut, kot nanti yang gemuk bertambah gemuk plak.. Yang kurus boleh la bagi rahsia pemakanan aku nih.. Boleh la jadi besaq skit dari aku.. Hahaha.. Hai nak jadi pakar pemakanan plak ke???

Ermmm berbalik pada pertandingan mewarna tadi, setelah lama menunggu.. Akhirnya diaorang buka untuk pendaftaran mewarna bagi pelajar tadika.. Cikgu diaorang la yang tolong daftarkan.. Dah mendaftar, si kimie pun lorat nak mewarna jugak, mau tak mau tambah jugak nama dia kat last.. Bukan apa, daftar ni dapat jugak goodies... Hehehe.. Dia bukan boleh tengok abang dia dapat lebih daripada dia or abang dia dapat something, tapi dia tak dapat apa2.. Boleh ngamuk kat situ jugak.. Nasib baik la nurse yang jaga pendaftaran tu bagi jugak 1 bag goodies kat dia.. Lega skit, kalau tak mana aku nak cekau cari??? Hehehe.. Apapun anak2 aku mewarna dengan gembiranya.. Kimie dengan cara dia laa, warna ikut suka.. Yang izzat ni ok skit, tapi warna pun ada yang keluar dari gambar laa.. Tak kisah la apapun asalkan anak aku gembira.. Aku tengok ok la cara izzat warna kali ni.. Kalau tak macam malas2 nak warna.. Tu pun masa mewarna asyik pandang kawan2 dia warna.. Hahaha, walaupun tak menang tapi anak aku seronok mewarna.. Seronok jugak tengok telatah diaorang mewarna nih..

Dah abis mewarna, apa lagi makan time.. Diaorang ada jual laksa, izzat apa lagi nak la laksa kegemaran dia tu, beli la dua mangkuk untuk izzat dan kimie.. Pas tu sempat lagi pi main kat buaian ngan papan gelongsor.. Siap mintak belikan air lagi..

Lepas main tu, pi main game tembak2 ngan dart.. Bila kena sasaran dapat la 1 soalan yang membolehkan dapat kupon untuk menebus hadiah.. Ibu dia la tukang menjawab soalannya.. Hehehe.. Lastly aku dapat jugak kumpul 7 kupon yang membolehkan aku menebus mug pejabat kesihatan barat daya.. Ok la tu berbanding hadiah lain.. Tu ja yang menarik untuk kupon yang anak2 aku berjaya kumpulkan..

Dah kul 1 lebih, aku dah malas nak masak.. Aku offer la makanan yang diaorang nak.. Last2 mcD yang menjadi pilihan.. Kali ni belikan diaorang set nugget happy meal.. Dapat la hadiah straw spongebob ngan cawan.. Nak tau benda ni sapa yang dok guna??? Izzat la peminat spongebob.. Selalu bancuh air ribena dalam cawan tu laa.. Sebelum tido bancuh air ribena dalam cawan tu dulu, baru melena.. Itulah telatah anak2 aku.. Boleh tersenyum sorang2 bila teringat telatah diaorang..



You Might Also Like

1 comments

  1. Seronok akak.. Sha nie lepas kawin dan bersalin memang betol2 berisi.. Susah da nak dapat berat masa bujang.. huhuhu

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti