Happy Birthday Izzat Jazman
5/02/2011 10:40:00 PM
Assalamualaikum semua.. Hari ni aku nak kongsi sedikit kegembiraan.. Bila difikir2, sekejap saja masa berlalu.. Anak sulungku dah pun berumur 5 tahun.. Happy Birthday Izzatku sayang.. Semoga panjang umur dan belajar rajin2 sampai pandai.. Jangan malas2 macam selalu, nak buat kerja sekolah pun malas..
Sambutan hari lahir anakku pada tahun ini diadakan di umah ibu mertuaku di Yan.. Disebabkan anakku berada di sana pada hari itu bersama2 anak sedaraku dari KL.. Hari ni juga kak iparku masakkan laksa kegemaran Izzat.. Mulanya, ingat nak beli kek dekat SP jer, tapi dah kakak iparku dah order kek dari kedai kek dekat ngan kampung, tak jadilah nak beli kek kat SP.. Jadi dalam perjalanan balik, kami telah membeli satu bucket KFC dan juga kek yang telah kak iparku order itu..
Masa kami sampai, kami buat2 tak tau jer.. Nak surprise la konon.. Lepas suruh dia pakai baju elok2, cakap kat dia ari ni birthday Izzat.. Dia buat tak percaya la plak birthday dia.. Dah semua orang pakat kata betoi yang hari tu birthday dia baru dia percaya..
Mulanya kak ipar order kek spongebob, disebabkan masa kami sampai kek baru siap dimasak.. Jadi tak sempat la diaorang nak lukis gambar spongebob.. Mau tak mau boh ja gambar yang dah siap.. Letak ja gambar tu atas kek.. Nak tau gambar apa yang menjadi pilihan.. Gambar upin & ipin jer.. Dia penah cakap nak kek gambar tweety, tapi tak dapat la nak penuhi permintaan tu kalau nak beli time kalut2 nih..
Ermm korang nak tau tak berapa potong kek yang Izzat makan??? 3 potong kek dia sorang makan.. Izzat ni bab makan memang tak tolak.. Hehehe.. Dalam dah makan 3 potong kek pun dia boleh menumpang aku makan laksa lagi.. Dahsyat sungguh selera anak aku sorang nih.. Kita yang tengok dia makan pun naik takut.. Hehehe, tapi itulah Izzat.. Kena plak makanan kegemaran yang dihadapnya..

Walaubagaimanapun, akhirnya kek kira licin jgk.. Tinggai skit ja untuk pakcik dia yang keja pada ari ni dan dia pun tak balik lagi.. KFC, usah tanya laa.. Kejap jer dah licin.. Tak cukup plak tu.. Tapi nak buat macam mana, salah budget laa.. Jadinya tak cukuplah.. Hehehe.. Apapun majlis hari lahir ni memang simple tapi cukup meriah yang dihadiri keluarga terdekat jer..
2 comments
Assalam eyda,
ReplyDeletegambor mana?????
nak gambor he3
Gambarnya xde ke kak eyda?? hehehe..
ReplyDeleteSeronok tgk budak lelaki makan..
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..