Bengkel ISO di Taman Negara

6/07/2011 01:14:00 PM

Hari jumaat lepas diadakan bengkel menjawab teguran audit ISO di Taman Negara.. Mana taknya 12 Jun ni last date untuk hantar jawapan bagi teguran audit.. Banyak jugak la nk kena menjawabnya.. Seharian kami di sana untuk membetulkan dokumen ISO serta menjawab teguran audit..

Mendengar penerangan berkenaan perkara yang perlu dilaksanakan bagi menjawab soalan audit..






Dalam buat keja tu sempat jugak berposing kat Pusat Interpretasi kat dalam Pejabat Taman Negara masa rehat tengahari..








Wah2 macam artis la plak.. Antara yang terakhir turun dari pejabat Taman Negara.. Hehehe..

Bergambar beramai-ramai dengan beberapa staf Taman Negara Pulau Pinang..

Petang tu selepas selesai menjawab teguran audit, kami sempat juga naik bot ke Pantai Karachut.. Wajah2 ceria dapat naik bot ke Pantai Karachut..




batu buaya
batu penyu

batu arnab

Di jeti Pantai Karachut.. Ceria ja masing2 bila dah sampai sana..

Bergambar beramai2 di depan signboard Pantai Karachut..

Tasik Meromiktik merupakan sebuah tasik yang terjadi hasil daripada air pasang.. Air ni berasa payau.. Airnya sungguh jernih.. Pertembungan air masin dan tawar..

Posing kat jambatan gantung.. Hehehe.. Macam pemandangan senja la plak..

Melawat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu2 masa..


Anak penyu agar.. Comel betoi, sempat jugak la pegang sekejap.. Nisbah anak penyu yang boleh hidup hanyalah 1:1000 sahaja.. Antara anak2 penyu yang ada ni, kemungkinan hanya seekor sahaja yang dapat hidup.. Dikhabarkan bahawa penyu agar yang paling besar pernah mendarat di Pantai Karachut ialah sebesar bumbung sebuah kereta kancil.. Besarkan..


Tupai ntah tak tau plak jenis dia..


Melawat tempat pengeraman telur penyu

Berehat dan berposing sebentar di jeti sebelum naik ke atas bot untuk pulang ke pejabat taman negara..

Dah selamat sampai ke jeti pejabat taman negara..


Lega dah sampai balik ke Pejabat Taman Negara pada pukul 6.10 petang.. Lama jugak la kami kat sana.. Walaupun bengkel ni meletihkan, ia juga memang menyeronokkan dengan adanya lawatan ke pantai karachut.. Dapat jugak merelease tension menjawab teguran audit..

You Might Also Like

2 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti