Hari Menderma Darah Sedunia

6/14/2011 11:50:00 AM


Tahukah anda bahawa tarikh 14 Jun merupakan hari menderma darah sedunia?

Tarikh ini telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) sebagai World Blood Donor Day. Pada hari ini khususnya, segala perhatian diberikan untuk memberitahu dan menekankan kepada orang ramai betapa pentingnya darah yang didermakan kepada orang-orang yang memerlukan. Masih banyak negara-negara yang kekurangan darah terutamanya negara-negara yang sedang berkembang.

Jadi, marilah kita bersama-sama mendermakan darah untuk mereka yang memerlukan.

Tema tahun ini adalah, “More blood. More life.”

Bagi sesiapa yang layak, mendermalah darah bagi sesiapa yang memerlukan..  Ia dapat menyelamatkan ramai orang diluar sana yang amat memerlukannya.. 

Aku ni sebab tak layak untuk menderma jer.. Kalau tak mungkin jugak dah menderma untuk orang lain yang amat memerlukannya.. Apapun aku memang akui yang aku ni memang takut dengan jarum.. Masa pregnant dulu, nurse nak ambik darah pun muka siap paling tempat lain, ngeri melihat jarum.. Hehehe, penakut jugak aku ni kan..



Sumber dari google


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti