Hari Susu Sedunia

6/01/2011 10:29:00 AM


Selamat menyambut Hari Susu Sedunia.. Rakyat Malaysia bersama dengan negara-negara di seluruh dunia menyambut Hari Susu Sedunia yang diadakan pada setiap 1 Jun sebagai dedikasi khas terhadap kepentingan susu.. Pencetus idea, Hari Susu Sedunia ini berasal dari Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

Sungguh pun ramai rakyat Malaysia mengakui bahawa susu adalah baik bagi mereka, namun ia masih tidak dipandang sebagai sesuatu yang mustahak untuk khasiat harian sepanjang hayat.. Khasiat daripada susu amat penting untuk kesihatan kita sepanjang hidup.. Oleh itu, teruskan meminum susu dan jangan berhenti apabila kita semakin meningkat usia ke peringkat remaja, dewasa mahu ke tua (warga emas).

Uihhh sedap betoi susu nih.. Aku memang suka minum susu, kena plak susu segar macam susu HL Marigold.. Izzat kalau beli susu dalam kotak, dia la tukang perabisnya.. Hehehe.. Apapun susu memang sedap, aku selalu suka beli susu HL Marigold yang fresh.. Kekadang aku boleh mengadap air susu HL tu hampir sekotak (1 L)..

Kalau kat izzat plak, aku suka beli susu dutch lady.. Sebab susu dutch lady perisa coklat yang menjadi kegemarannya.. Sekali minum, boleh abiskan 2 kotak sekali.. Hehehe, jenuh jugak la beli kalau dia asyik nak minum air kotak jer.. Sekali beli sedozen jugak laa.. Sekejap jer abis..

Kimie plak tak berapa suka sangat susu dalam kotak.. Yang dia paling suka, susu tepung yang bancuh sendiri ler.. Sehari boleh minum 4-5 botol.. Kekadang skali minum, nak 2 botol.. Susu tepung dia sekejap jer boleh abis.. Bayangkan susu dalam pek (1 kg), dlam seminggu dah licin yang bawak pi umah orang ngasuh.. Kalau yang dekat umah plak, seminggu lebih dah licin.. Kuat sungguh minum susu walaupun makan makanan lain..

Apapun susu memang sedap dan baik untuk kesihatan.. Jom kita minum susu hari ini untuk sama2 meraikan hari susu sedunia yang diraikan pada hari ini..

You Might Also Like

1 comments

  1. Eh.. ada eh hari susu sedunia.. x pernah tahu pun.. hehehe

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti