Selamat Hari Bapa

6/22/2011 10:06:00 AM

Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa di luar sana.. Juga kepada ayah ku serta ayah mertuaku.. Tidak dilupakan kepada suamiku yang tersayang..

Memandangkan hujung minggu yang lepas, hubby balik.. Sempat la mengajak hubby keluar.. Malam sabtu yang lepas, kami ke Alor Setar.. Saja la hubby nak tengok motor kat member dia.. Lagi satu nak makan laksa Teluk Kechai katanya.. Aku order laksa ngan laici kang, hubby plak laksa ngan ais kacang, anak2 makan laksa dengan milo ais.. Punya la tak sangka yang anak2 aku nak tambah lagi.. Seorang makan 2 pinggan laksa.. Hahaha.. Itulah anak aku, memang hantu laksa.. Favourite sungguh.. Izzat lagilah, dalam dok makan, lorat nak laksa lagi.. Aku pun offer la laksa dalam pinggan aku.. Tu tak kira yang tambah lagi sorang sepinggan.. Berselera tengok diaorang makan.. Hubby pun beli bungkus 1kg laksa untuk di bawa balik.. Hai alamatnya esoknya makan laksa jelah.. Hehehe..

Hari ahad tu, jamah makan tengahari dengan laksa jelah.. Petangnya keluar beli jeruk Pak Ali dekat Bandar Tasek Mutiara.. Staff hubby pesan.. Ronda2 jap.. Balik tu sempat la singgah di Jusco, Perda.. Apa lagi claim voucher birthday.. Lewat petang tu makan kat A&W Jusco jer.. Nak gi makan kat KFC atau McD tengok ramai jugak.. Lagipun hubby kata lama tak makan kat A&W.. Hubby order ayam goreng 6 ketul ngan air float untuk kami dan air milo untuk anak2.. Ohh celebrate hari bapa ker??? Lebih kurang laa.. Ingat nak beli kek, tak jadi jugak.. Tak pe la, next time ok..

Balik tu, pakat semua tidur awal.. Memang letih betul.. Lena tak sedar apa dah.. Sampaikan member hubby sampai rumah malam tu pun tak sedar.. Kesian kat dia tunggu hampir sejam kat luar rumah.. Hubby balik malam tu pun hampir kul 1 pagi.. Huaarrr.. Memang ngantuk giler, lena sampai tak sedar jam bunyi pagi tu.. Bangun lewat lerr pagi isnin.. Dah la baju gi keja ngan baju tadika anak tak iron lagi, Baju untuk bawak pi umah ngasuh pun tak siap lagi.. Memang lambat la sampai opis pagi isnin tu.. Apa nak wat, dah tak sedar ngan kalut nak siap anak2 sama.. Kalut ikutkan memang dah tak larat nak masuk opis, memandangkan aku terpaksa siapkan minit mesyuarat.. Gagahkan diri jugak laa.. Aku nak cuti, tapi ntah bila.. Penat.. Penat.. Penat.. Bila la boleh rest betul2??? Asyik ada gangguan jer.. Time cuti kalut ngan anak2, time keja pun kalut ngan keja dan anak2..


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti