Bateri kereta

8/16/2011 10:18:00 AM

Assalamualaikum semua.. semalam merupakan hari yang paling mencabar untuk aku.. korang nak tau ke kenapa???

Petang semalam masa aku nak balik laa.. nak tau, masa aku nak start enjin keta masa balik.. tetiba ja tak boleh start.. dari yang aku dengar, memang sah bateri keta aku dah 'kong'.. hai time macam ni la dia nak wat hal.. jenuh aku call sini sana.. pas tu, ada la orang yang jaga parking mai tolong aku.. dia bagi nombor phone pomen kat aku.. tapi malangnya, ada yang sibuk tak boleh mai ngan ada kedai nak kenakan 'charge' yang tinggi untuk aku tukaq bateri baru.. orang yang jaga parking tu punya tanya sapa saja yang lalu, sama ada jumper atau tak??? ada jugak yang ada, tapi jumper dia saiz kecik skit.. lastly, ada jugak insan yang dapat membantu jumper bateri keta.. dapat jugak aku balik walaupun sampai sejam lebih aku terpacak kat parking..

Terima kasih en.omar, di atas pertolongan petang semalam.. mulanya aku ingat dia cina, tapi masa sembang dengan anak saudara dia, baru aku tau yang pakcik dia tu islam.. Alhamdulillah dapat balik jugak aku.. ingatkan nak terkandas kat parking.. tak pun alternatif terakhir, balik naik bas ngan feri lerr.. hehehe..

Dah balik tu apa lagi trus pi kedai yang servis tukar minyak hitam ngan filter minggu lepas.. keta ni macam tau2 ja duit OT ada.. nasib baik la duit tengah ada, klu kering tak tau la macam mana.. terpaksa la tukar bateri keta yang baru.. kena la charge RM265, untuk bateri jenis kering Yokohama.. kira2 trade in bateri lama ngan mintak diskaun, dapat jugak RM240.. lega dah satu bab.. nasib baik la boleh tukaq dulu baru pi ambik duit kat bank..

Balik tu anak dah lorat la sebab ambik lambat.. walau macam mana pun, sempat la jugak beli ayam KFC untuk diaorang sorang seketul.. sampai umah dalam 5-10 minit, trus azan Maghrib.. lega, nasib baik la tak kena berbuka tengah jalan.. dapat jugak berbuka di rumah..

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti