Kimie oh Kimie

8/08/2011 02:52:00 PM

Assalamualaikum semua.. Petang semalam aku pegi la bazar ramadan dekat umah.. Pi cari lauk-pauk, kuih muih ngan air..

Lastly beli ikan cencaru bakar, keow teow goreng, megi goreng ngan air jagung.. Yang lawaknya si kimie ni masa tunggu peniaga bungkuskan keow teow goreng ngan megi goreng, dia dok cakap "dua singgit..dua singgit..dua singgit.." dok ajuk cakap Mail macam dalam citer Upin & Ipin plak.. Masa peniaga tu bagi apa yang aku beli, dia kata kat anak aku, bankrup la klu jual dua bungkus singgit sambil gelak2 kat anak aku..

Bukan kat situ ja dia dok ulang perkataan tu, sepanjang jalan jugak la sampai kat keta dia dok ulang2 perkataan tu.. Ada yang selisih ngan kami dok gelak2 gelihati dengar apa yang dia sebut.. Alahai kimie, ada2 saja.. Hehehe.. Aku dengar pun rasa lawak jugak.. Tetiba ja boleh dok ulang2 sebut perkataan tu..

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti