Ohh Izzat

8/15/2011 02:26:00 PM

Assalamualaikum semua.. Ni citer ari sabtu baru nih.. Besa la time cuti jer pun nak merelax lebih2 pun.. Hai haru betoi la anak sulung ku nih..

Masa aku dok baring2 kat umah, mai la si izzat ni kat sebelah aku sambil tangan pegang perut aku.. Kuar la soalan cepumas.. "Ibu, bila prut ibu ni nak ada baby??? Bila ibu nak mengandung???.."  Aku jawab la.. "Tunggu kimie sekolah dulu".. Izzat jawab, "Ibu, saya suka baby, boleh saya main ngan baby kita".. "Saya tak mau la main ngan baby orang dah".. Amboi pandai sungguh dia bercakap.. Jenuh cari alasan yang sesuai.. Hehehe.. Izzat2..

Dulu kimie yang lorat nak baby, sampai suruh ambik anak orang ikut suka.. Macam2 hal laa, dah masing2 besar la katakan.. Dah pandai laa.. Tapi aku masih belum bersedia untuk menambah lagi memandangkan cik abang ada kat KL, kami 3 beranak ja dok kat sini.. Takat nak melayan kerenah 2 orang ni pun penat, kalau tambah lagi tak tau laa..

Tapi kekadang tengok baby jadi teringin jugak.. "Sayang cari maid sorang la untuk ayang.. Boleh jugak tolong ayang kat umah.." Boleh ke aku dapat bibik untuk tolong aku??? Tunggu jelah.. Kalau dapat boleh la menambah ahli keluarga sorang lagi.. Hehehe..


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti