Tangan Luka
9/07/2011 09:14:00 AMAssalamualaikum semua.. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..
Hari ahad baru ni petang, masa untuk aku membasuh pinggan mangkuk, cawan, canca, garpu, periuk termasuk la pisau.. Mana taknya dah penuh sinki.. Sekejap2 jer dah penuh.. Sehari ntah berapa kali basuh pun tak tau.. Nak dijadikan citer, lepas aku basuh pisau, lepas aku letak pisau kat tempat pisau, camca apa tu.. Tetiba jer tempat letak camca tu jatuh, tak semena2 pisau jatuh terkena di tepi pergelangan tangan aku.. Masa kena tu aku tak berasa apa lagi, cuma berasa ada benda kena tangan jer.. Ntah macam mana aku tertengok tangan aku terkena pisau.. Panjang jugak luka tu, sepanjang kapas kat plaster yang slalu kita guna untuk plaster luka kita tu.. Ternampak la isi putih, tapi masa tu darah tak keluar lagi, dan tak berasa sakit lagi.. Panik jugak aku masa tu, tinggal abis semua pinggan mangkuk dalam sinki tu pi cari plaster sebab darah baru mula keluar..
Masa aku plaster tangan aku, sempat jugak aku call hubby aku bagitau pasal tangan aku tu.. Nasib baik dia ada kat kedai yang dekat dengan rumah.. Terus hubby aku balik.. Dia tanya macam mana boleh kena, macam2 la soalan ada.. Dia cakap tak boleh trus plaster macam tu.. Pas tu dia bukak la plaster kat tangan aku, dia cuci luka dan boh ubat skit.. Dia balut tangan aku elok2 dan dia suruh aku berehat.. Siap pesan kat anak2 jangan kacau ibu.. Lega jugak la hubby belum balik ke KL lagi, kalau tak ntah macam mana la keadaannya.. Dah la aku ni seriau nak tengok luka2, darah nih.. Thanks sayang..
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..