Assalamualaikum semua.. Minggu lepas merupakan minggu yang mencabar bagi aku.. Mana taknya aku terpaksa sorang2 jaga izzat yang kena demam campak besaq..
Hari2 pertama hingga ketiga memang paling mencabar sebab dia asyik merengek sakit bila aku bagi mandi ngan sapu ubat sapu kat campak dia.. Malam2 kena pantau takut dia demam truk, risau jugak sebab dia penah jadi tarik kerana panas terlebih..
Tapi alhamdulillah ada member tolong carikan daun mambu. Aku gunakan daun ni untuk mandian izzat ngan lapik bawah tempat tido dia.. Daun 2 jugak aku jadikan sebagai benda untuk menggaru badannya bila dia terasa gatai.. Syukur la dia mau jugak dengar cakap aku jangan garu ngan makan benda2 yang gatai..
Aku ada jugak bagi dia minum air kelapa bagi cepat keluar campak dalam badan.. Lagipun takut jugak ada campak yang tak keluar dari badan dia.. Alhamdulillah setelah seminggu ni campak dia makin sembuh elok.. Cuma tunggu campak 2 baik ja.. Sebab tengok banyak biji campak dah mengering ngan dah ok..
Izzat, ibu doakan semoga Izzat cepat sembuh dan baik seperti sediakala.. Sekarang dia berada di kampung.. Minggu lepas tak dapat antar balik kampung sebab ada baby kecik kat kampung.. Mau tak mau terpaksa la jaga sendiri..
Assalamualaikum semua.. Seperti yang kita semua ketahui, semalam result UPSR dah kuar.. Semalam sesaja la sms kakak, tanya result anak sedara, kakak kata dia dapat 5A.. Alhamdulillah.. Ok la tu, result masa percubaan pun 5A.. Memang pandai la anak2 kakak.. Dengarnya dia ada apply sekolah asrama penuh.. Pilihan pertama MCKK, memang pilihan yang terbaik.. Apapun semoga mendapat sekolah yang terbaik di tingkatan 1 nanti.. Semoga bertambah success di tahun2 akan datang..
Assalamualaikum semua.. Dah lama betul tak menulis kat blog nih.. Pagi lagi sibuk ja pegi ke Pusat Informasi Sg. Pinang (Pusat Info). Mana taknya, ari ni ada lawatan Menteri NRE.. Awal pagi lagi la terpacak kami menunggu ketibaan Menteri NRE kat Pusat Info..
Lastly kul 11 lebih barulah Menteri datang bersama dengan Ketua Pengarah dan lain-lain.. Kul 12 lebih jugak baru semuanya berakhir.. Lega betul, semuanya berjalan dengan lancar..
Balik tu sempat la makan dulu, menunya set bawal goreng.. Hehehe..
Assalamualaikum semua.. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..
Hari ahad baru ni petang, masa untuk aku membasuh pinggan mangkuk, cawan, canca, garpu, periuk termasuk la pisau.. Mana taknya dah penuh sinki.. Sekejap2 jer dah penuh.. Sehari ntah berapa kali basuh pun tak tau.. Nak dijadikan citer, lepas aku basuh pisau, lepas aku letak pisau kat tempat pisau, camca apa tu.. Tetiba jer tempat letak camca tu jatuh, tak semena2 pisau jatuh terkena di tepi pergelangan tangan aku.. Masa kena tu aku tak berasa apa lagi, cuma berasa ada benda kena tangan jer.. Ntah macam mana aku tertengok tangan aku terkena pisau.. Panjang jugak luka tu, sepanjang kapas kat plaster yang slalu kita guna untuk plaster luka kita tu.. Ternampak la isi putih, tapi masa tu darah tak keluar lagi, dan tak berasa sakit lagi.. Panik jugak aku masa tu, tinggal abis semua pinggan mangkuk dalam sinki tu pi cari plaster sebab darah baru mula keluar..
Masa aku plaster tangan aku, sempat jugak aku call hubby aku bagitau pasal tangan aku tu.. Nasib baik dia ada kat kedai yang dekat dengan rumah.. Terus hubby aku balik.. Dia tanya macam mana boleh kena, macam2 la soalan ada.. Dia cakap tak boleh trus plaster macam tu.. Pas tu dia bukak la plaster kat tangan aku, dia cuci luka dan boh ubat skit.. Dia balut tangan aku elok2 dan dia suruh aku berehat.. Siap pesan kat anak2 jangan kacau ibu.. Lega jugak la hubby belum balik ke KL lagi, kalau tak ntah macam mana la keadaannya.. Dah la aku ni seriau nak tengok luka2, darah nih.. Thanks sayang..
Assalamualaikum semua.. semalam merupakan hari yang paling mencabar untuk aku.. korang nak tau ke kenapa???
Petang semalam masa aku nak balik laa.. nak tau, masa aku nak start enjin keta masa balik.. tetiba ja tak boleh start.. dari yang aku dengar, memang sah bateri keta aku dah 'kong'.. hai time macam ni la dia nak wat hal.. jenuh aku call sini sana.. pas tu, ada la orang yang jaga parking mai tolong aku.. dia bagi nombor phone pomen kat aku.. tapi malangnya, ada yang sibuk tak boleh mai ngan ada kedai nak kenakan 'charge' yang tinggi untuk aku tukaq bateri baru.. orang yang jaga parking tu punya tanya sapa saja yang lalu, sama ada jumper atau tak??? ada jugak yang ada, tapi jumper dia saiz kecik skit.. lastly, ada jugak insan yang dapat membantu jumper bateri keta.. dapat jugak aku balik walaupun sampai sejam lebih aku terpacak kat parking..
Terima kasih en.omar, di atas pertolongan petang semalam.. mulanya aku ingat dia cina, tapi masa sembang dengan anak saudara dia, baru aku tau yang pakcik dia tu islam.. Alhamdulillah dapat balik jugak aku.. ingatkan nak terkandas kat parking.. tak pun alternatif terakhir, balik naik bas ngan feri lerr.. hehehe..
Dah balik tu apa lagi trus pi kedai yang servis tukar minyak hitam ngan filter minggu lepas.. keta ni macam tau2 ja duit OT ada.. nasib baik la duit tengah ada, klu kering tak tau la macam mana.. terpaksa la tukar bateri keta yang baru.. kena la charge RM265, untuk bateri jenis kering Yokohama.. kira2 trade in bateri lama ngan mintak diskaun, dapat jugak RM240.. lega dah satu bab.. nasib baik la boleh tukaq dulu baru pi ambik duit kat bank..
Balik tu anak dah lorat la sebab ambik lambat.. walau macam mana pun, sempat la jugak beli ayam KFC untuk diaorang sorang seketul.. sampai umah dalam 5-10 minit, trus azan Maghrib.. lega, nasib baik la tak kena berbuka tengah jalan.. dapat jugak berbuka di rumah..
Assalamualaikum semua.. Ni citer ari sabtu baru nih.. Besa la time cuti jer pun nak merelax lebih2 pun.. Hai haru betoi la anak sulung ku nih..
Masa aku dok baring2 kat umah, mai la si izzat ni kat sebelah aku sambil tangan pegang perut aku.. Kuar la soalan cepumas.. "Ibu, bila prut ibu ni nak ada baby??? Bila ibu nak mengandung???.." Aku jawab la.. "Tunggu kimie sekolah dulu".. Izzat jawab, "Ibu, saya suka baby, boleh saya main ngan baby kita".. "Saya tak mau la main ngan baby orang dah".. Amboi pandai sungguh dia bercakap.. Jenuh cari alasan yang sesuai.. Hehehe.. Izzat2..
Dulu kimie yang lorat nak baby, sampai suruh ambik anak orang ikut suka.. Macam2 hal laa, dah masing2 besar la katakan.. Dah pandai laa.. Tapi aku masih belum bersedia untuk menambah lagi memandangkan cik abang ada kat KL, kami 3 beranak ja dok kat sini.. Takat nak melayan kerenah 2 orang ni pun penat, kalau tambah lagi tak tau laa..
Tapi kekadang tengok baby jadi teringin jugak.. "Sayang cari maid sorang la untuk ayang.. Boleh jugak tolong ayang kat umah.." Boleh ke aku dapat bibik untuk tolong aku??? Tunggu jelah.. Kalau dapat boleh la menambah ahli keluarga sorang lagi.. Hehehe..
Assalamualaikum semua.. Petang semalam aku pegi la bazar ramadan dekat umah.. Pi cari lauk-pauk, kuih muih ngan air..
Lastly beli ikan cencaru bakar, keow teow goreng, megi goreng ngan air jagung.. Yang lawaknya si kimie ni masa tunggu peniaga bungkuskan keow teow goreng ngan megi goreng, dia dok cakap "dua singgit..dua singgit..dua singgit.." dok ajuk cakap Mail macam dalam citer Upin & Ipin plak.. Masa peniaga tu bagi apa yang aku beli, dia kata kat anak aku, bankrup la klu jual dua bungkus singgit sambil gelak2 kat anak aku..
Bukan kat situ ja dia dok ulang perkataan tu, sepanjang jalan jugak la sampai kat keta dia dok ulang2 perkataan tu.. Ada yang selisih ngan kami dok gelak2 gelihati dengar apa yang dia sebut.. Alahai kimie, ada2 saja.. Hehehe.. Aku dengar pun rasa lawak jugak.. Tetiba ja boleh dok ulang2 sebut perkataan tu..
Wah2 macam artis la plak.. Antara yang terakhir turun dari pejabat Taman Negara.. Hehehe..
Lega dah sampai balik ke Pejabat Taman Negara pada pukul 6.10 petang.. Lama jugak la kami kat sana.. Walaupun bengkel ni meletihkan, ia juga memang menyeronokkan dengan adanya lawatan ke pantai karachut.. Dapat jugak merelease tension menjawab teguran audit..
Selamat menyambut Hari Susu Sedunia.. Rakyat Malaysia bersama dengan negara-negara di seluruh dunia menyambut Hari Susu Sedunia yang diadakan pada setiap 1 Jun sebagai dedikasi khas terhadap kepentingan susu.. Pencetus idea, Hari Susu Sedunia ini berasal dari Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).
Sungguh pun ramai rakyat Malaysia mengakui bahawa susu adalah baik bagi mereka, namun ia masih tidak dipandang sebagai sesuatu yang mustahak untuk khasiat harian sepanjang hayat.. Khasiat daripada susu amat penting untuk kesihatan kita sepanjang hidup.. Oleh itu, teruskan meminum susu dan jangan berhenti apabila kita semakin meningkat usia ke peringkat remaja, dewasa mahu ke tua (warga emas).
Uihhh sedap betoi susu nih.. Aku memang suka minum susu, kena plak susu segar macam susu HL Marigold.. Izzat kalau beli susu dalam kotak, dia la tukang perabisnya.. Hehehe.. Apapun susu memang sedap, aku selalu suka beli susu HL Marigold yang fresh.. Kekadang aku boleh mengadap air susu HL tu hampir sekotak (1 L)..
Kalau kat izzat plak, aku suka beli susu dutch lady.. Sebab susu dutch lady perisa coklat yang menjadi kegemarannya.. Sekali minum, boleh abiskan 2 kotak sekali.. Hehehe, jenuh jugak la beli kalau dia asyik nak minum air kotak jer.. Sekali beli sedozen jugak laa.. Sekejap jer abis..
Kimie plak tak berapa suka sangat susu dalam kotak.. Yang dia paling suka, susu tepung yang bancuh sendiri ler.. Sehari boleh minum 4-5 botol.. Kekadang skali minum, nak 2 botol.. Susu tepung dia sekejap jer boleh abis.. Bayangkan susu dalam pek (1 kg), dlam seminggu dah licin yang bawak pi umah orang ngasuh.. Kalau yang dekat umah plak, seminggu lebih dah licin.. Kuat sungguh minum susu walaupun makan makanan lain..
Apapun susu memang sedap dan baik untuk kesihatan.. Jom kita minum susu hari ini untuk sama2 meraikan hari susu sedunia yang diraikan pada hari ini..
Petang kelmarin, saja la tanya anak aku nak makan apa malam nih.. "Ibu, kami nak kfc.. Mau tak mau terpaksa la memenuhi permintaan anak2.. Kena plak hubby dah bank in duit.. Hehehe, thanks sayang.. Lagi pun dah dua tiga kali diaorang wat permintaan nak kfc.. Memandangkan masa diaorang wat permintaan tu aku dah masak, terpaksa la menangguhkan permintaan anak2.. Ermm berbalik pada citer kfc, nasib baik la kfc kt sungai dua baru bukak, tak payah la aku nak melanggar kawasan sampai seberang jaya.. Lega sangat, sebenarnya malas jugak aku nak drive jauh2 nih.. Hehehe..
Tarikh sambutan hari ibu di Malaysia jatuh pada 8 Mei 2011. Untuk pengetahuan anda, tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza bagi setiap negara. Bagi negara Malaysia, setiap tahun ia disambut pada hari Ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei. Berikut adalah kalendar hari ibu sedunia bagi tahun 2011.
22 Mac 2011
Ireland, Nigeria, United Kingdom
1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei)
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
8 Mei 2011 (Ahad kedua dalam bulan Mei)
Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, MALAYSIA, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
29 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)
Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
12 Ogos 2011
Thailand
22 Disember 2011
Indonesia
Ucapan dari hubby
Assalamualaikum "SELAMAT HARI IBU" buat Ibu2 Semua..moga Ibu kita dimurahkan Rezki dan sentiasa Dirahmati.. "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga" .. Moga Kita Dapat menjadi Ibu Mithali & Melahir serta Mendidik Anak2 Kita spt Mana Didikan Yg Diberikan Oleh Ibu Kita Kpd Kita.. Sehingga Kita Menjadi Anak Yang Soleh Dunia dan Akhirat..amin
Aku pun cakap kat kimie, esok ajak abah pi beli la selipar baru.. Dah hubby cakap nak balik malam nih.. Nasib baik Kimie pun ok ja, lega la skit.. Alhamdulillah.. Bukannya aku tak mau beli selipar kat kimie.. Masalahnya, nanti bukan kata selipar ja nak beli, macam2 benda yang berkenan di mata kat kedai tu nak di borongnya.. Hehehe..
Lagipun masa aku ambik bebudak tu pun dah masuk waktu maghrib, malas la nak merayap waktu maghrib nih.. Kekadang bila pikir2 tu, kesian la jugak kat Kimie nih.. Nak jalan pun susah sebab selipar putus, sampai suruh kita dukung plak..
Kami punya la lupa pasal selipar dia yang putus tu, nak tau hari Ahad baru abah dia pi beli selipar baru kat dia.. Tu pun punya pujuk abah dia keluar pi beli selipar baru jugak kat Kimie.. Sori ye sayang, nyusahkan sayang plak kena pi beli selipar baru kat Kimie.. Tapi apa salahnya kan, skali sekala la katakan nak mintak sayang belikan untuk anak2.. Hehehe..
Pagi tu keluar jugak pi beli makanan untuk anak sedaraku nih kat gerai depan taman jer.. Aku beli roti canai ngan nasi lemak ja.. Kiranya abis jugak makanan sarapan pagi yang ku beli tu.. Lega, tak la membazir sangat..
Mulanya husband cakap nk balik kampung dalam tengah hari, tapi dah husband letih sangat.. Dia nak tido dulu.. Mau tak mau, aku kena masak jugak la tengah hari tu untuk santapan kami beramai-ramai.. Aku masak simple2 ja, ikan goreng, daging masak kicap, kerang rebus skali ngan air asam.. Dah tu ja ada stok dalam peti ais.. Kerang tu pun kebetulan keluar pi cari ketul ais yang aku lupa nak buat lepas peti ais rosak baru-baru ni.. Tak sangka, licin jugak laa apa yang aku masak untuk makan tengahari tu.. Kiranya, dah lapar la katakan.. Hehehe..
Petangnya, baru kami balik ke kampung, sempat lagi singgah beli kerang dalam perjalanan balik kampung.. Sampai tu, kami terus ke air terjun Sri Perigi, apa lagi bagi anak2 ngan anak sedara mandi ler.. Mulanya aku saja jer nak ngikut, last2 aku plak yang abis basah kuyup kena percik air dengan anak2.. Basah sama macam orang mandi jugak laa.. Hehehe..
Mulanya kak ipar order kek spongebob, disebabkan masa kami sampai kek baru siap dimasak.. Jadi tak sempat la diaorang nak lukis gambar spongebob.. Mau tak mau boh ja gambar yang dah siap.. Letak ja gambar tu atas kek.. Nak tau gambar apa yang menjadi pilihan.. Gambar upin & ipin jer.. Dia penah cakap nak kek gambar tweety, tapi tak dapat la nak penuhi permintaan tu kalau nak beli time kalut2 nih..
Ermm korang nak tau tak berapa potong kek yang Izzat makan??? 3 potong kek dia sorang makan.. Izzat ni bab makan memang tak tolak.. Hehehe.. Dalam dah makan 3 potong kek pun dia boleh menumpang aku makan laksa lagi.. Dahsyat sungguh selera anak aku sorang nih.. Kita yang tengok dia makan pun naik takut.. Hehehe, tapi itulah Izzat.. Kena plak makanan kegemaran yang dihadapnya..
Minggu lepas dah citer pasal peti ais yang rosak kan..ari ahad lepas, orang mai check peti ais..dia cakap kompressor peti ais dah rosak..maknanya 1 motor peti ais kena tukaq..kos untuk repair benda alah nih, rm380..
Boleh tahan jugak la nk repair peti ais nih..memula cina tu cakap paling cepat seminggu la baru nk siap repair..maknanya seminggu la tak boleh beli barang basah atau yang kena simpan dalam peti ais..waaa, dh tak boleh beli air bliss or susu segar la mcm nih..
Tup..tup, kelmarin tengahari cina repair peti ais tu call bagitau yang peti ais dah ok..terkejut jugak la, dh dia kata seminggu baru nk siap..tapi lega jugak la dh boleh beli stok2 untuk simpan dalam peti ais..petang kelmarin kt maghrib, cina 2 mai antar peti ais..terbang jugak rm380..nasib baik gaji dh masyuk..klu tak, memang kena tunggu husband masyuk duit dulu laa..dh bayar ni, boleh la antar claim kt husband..hehehe..jangan marah ye sayang..
Stakat yang cina repair tu antar smpai pagi ni nk mai keja, try test peti ais tu ok lagi laa..cina tu cakap, apa2 hal call ja dia..ok ja la aku cakap..harap2, peti ais ni ok dh laa..dh tak sanggup ari2 ulang p kedai beli ais ketul utk simpan air bliss ngn seangkatan dengannya..
antara peserta yang hadir bertanyakan tentang hidupan akuatik
tengok la izzat tu, sesuka ati dia ja dok dengan VIP..sampaikan En. Rosli dari HSBC cakap bakal YB kat dia..
ada gaya dah..dok tengah imbang badan, takut jatuh dalam air..hehehe..
apa benda la yang dia tangkap tu..
kimie dok tengok ada apa dalam air sungai tu..
aktiviti menangkap hidupan akuatik..ntah apa yang ditangkapnya tu..
Diaorang punyalah seronok dapat masuk dalam sungai, sampai mandi air sungai nih..nasib baik pacat @ lintah tak hinggap badan bebudak nih..tengok jelah telatah budak2 nih..
UPACARA PENUTUP
PROGRAM TAMAT