kimie

KiMie DaH DaPaT BaJu SuKaN

1/31/2013 10:47:00 AM

Assalamualaikum semua.. Salam hari Khamis.. Hari yang masih sibuk dengan tugas2 di pejabat dan tugas2 harian.. Biasalah, bagi yang bekerja macam diriku ni..

Ermm kelmarin cikgu dah bagi baju sukan yang dibeli.. Dua pasang aku beli senang nak rotate dari ari selasa hingga khamis.. Cuma baju uniform jer tak dapat lagi.. Ntah bila nak dapat pun tak tau lagi.. Harap2 dapat cepat laa.. Dah letih mendobi baju t-shirt putih hari2.. Hehehe.. Mana taknya, suka pakai baju tu sampai ke malam.. Tak mau tukar langsung.. Selalunya memang kena rendam dulu laa, pagi2 sebelum pi keja memang basuh ngan sidai siap2 la baju dia..


Ini la baju sukan Prasekolah Kimie..

Beli dua pasang.. Nasib sempat jugak membasuh dan sidai untuk dia pakai hari ni..

Pagi tadi sebelum masuk kelas.. Kimie kelmarin dah bagi tau nak pakai baju baru.. Nasib sempat kering sidai tengahari kelmarin..


Sekian citer baju sukan baru Kimie.. Hehehe.. Sibuk jer kan nak citer..

anak-anakku

CiTeR MiNGGu LePaS..

1/29/2013 09:05:00 AM

Assalamualaikum semua.. Terlupa plak nak update citer minggu lepas nih.. Citer ari selasa lepas.. Dah basi kan citer nih.. Minggu lepas, kena pau lagi dengan budak kecik si Kimie tu.. Apa lagi pau kaya ball lagi.. Kali ni nak air 100 plus plak.. Tengok la telatah budak nih..




Kononnya nak bukak sendiri tin air tu.. Last2 mntak tolong jugak.. Hehehe..


Malamnya suruh si Izzat buat keja sekolah dia.. Tengok la apa yang jadi..

Menulis sampai terlena.. Gara2 main sakan petangnya.. Suruh siapkan awai2 tak mau, penat la macam2 alasan..

Sedapnya dia tido..

Ni Kimie kacau.. Tu yang dia kalih sebelah lain.. Hehehe.. Nasib dia tak tau yang ibu ia snap gambar dia tengah tido..


Sekian citer ciput minggu lepas.. Ada lagi citer ujung minggu.. Nanti akan diupdate dalam entry yang akan datang..



cuti-cuti

Maulidur Rasul & Bantuan Khas Awal Persekolahan

1/25/2013 04:48:00 PM

Assalamualaikum semua.. semalam kan cuti hari Maulidur Rasul.. Apa korang buat?? Aku pagi2 hentam pi kedai borong beli barangan basah untuk memasak semalam ngan ari cuti 3 ari ni.. Balik dari kedai borong tu apa lagi, bersilat besiang semua lauk yang beli lerr.. Kena plak menu semalam yang simple jer, laksa.. Lama betoi tak masak laksa.. Semalam buat jugak laa.. Sebab anak2 ngan aku memang feberet sangat..

Ni barangan yang rembat kat kedai borong.. Barang basah dah abis proses masuk peti ais.. Ikan untuk buat kuah laksa, dah selamat bersemadi dalam periuk..

Ni pinggan kedua aku telan.. Masa mula siap masak lupa nak snap, dah makan semangkuk.. Ni tambah lagi semangkuk.. Baru la nak snap.. Jemput2.. Hai dah selamat jadi bahan kumbahan ari ni.. Hehehe..


Menjelang petang lepas dah settle makan apa semua, aku keluar mencari barangan rumah yang habis dan yang memang nak borong lerr.. Aku menjelajah tesco sorang2 jer.. Malas nak bawak bebudak tu, bukan apa, nanti macam2 diaorang nak borong.. Tinggai ngan abah depa lerr semalam.. Memang seronok shopping sorang2, tak kalut sangat..

Ni hasil rembatan kat tesco ngan pasar malam.. Borong sakan.. Sori lupa nak snap apa yg ada dalam beg.. Hehehe..


Dah penat memborong, ni la yang aku telan..

Skali ngan yang ni.. Prut cap apa la aku nih.. Cap raksasa kah??? Hahaha.. Suka sungguh makan.. Kalau tak makan, sian kat perut menyanyi macam2 lagu mintak makanan.. Untuk tidak menghampakan permintaan perut.. Makan jelah..


Citer ari ni plak, awal2 pagi lagi antaq anak2 pi sekolah macam biasa... Tapi hari ni diaorang cikgu suruh pakai baju melayu bagi lelaki, baju kurung bagi perempuan.. Rancangan asal cikgu nak buat perarakan Maulidur Rasul untuk sekolah diaorang.. Tup2 awal2 pagi lagi dah hujan sampai la antaq diaorang pun masih hujan lagi.. Lupa plak nak snap diaorang berbaju melayu pagi tadi..

Kabur plak snp gambar ni.. Sebab zoom bagi dekat skit ker??? Ni masa tunggu cikgu bagi tau kat mana nak daftar untuk terima duit bantuan khas awal persekolahan.


Ikut jadual, ibu/bapa/penjaga kena buat pendaftaran untuk menerima duit bantuan khas awal persekolahan jam 8 pagi.. Tup2 pukul 9 pagi baru start.. Nasib la diaorang asing2 kelas, tak la menunggu lama.. Lagi pun kelas untuk tahun 1 tak banyak.. Hanya ada 3 kelas sahaja.. Pas tu ikut jadual pukul 10.30 pagi majlis penyampaian duit bantuan tersebut.. Ingatkan Y.B nak bagi banyak kelas, nasib dia bagi untuk tahun 6 jer.. 
Yang lain2 ambik kat kelas jer.. Lepas dah ambik duit tu, apa lagi dah boleh angkut budak2 balik.. Yang Kimie plak cikgu cakap kena ambik macam biasa, last2 pembantu cikgu cakap dah boleh ambik lepas cikgu call pegawai atasan sekolah nak confirm.. Lega boleh bawak anak2 balik awal ari ni..

Dah dapat duit bantuan RM100..



Meh layan budak2 nih..

Cuba teka apa benda yang Izzat lukis nih???


Nak tau jawapannya.. Ni burung kakak tua la ibu.. Hehehe.. Macam burung murai pun ada, macam mulut budak2 nih.. Hehehe..


Sekian entry rangkuman dua ari..


anak-anakku

2012 Dalam Kenangan

1/22/2013 10:52:00 AM

Assalamualaikum.. Entry ni sepatutnya diasing2kan ikut citer.. Tapi tiada kesempatan untuk melakukannya.. Ni lah rangkuman entry untuk sepanjang kisah suka duka aku bersama family terutamanya dua orang budak nih.. Dalam ni banyak aku nak sumbat gambar2 pasal bebudak ni dalam tahun 2012..

JULAI 2012

Permintaan Kimie untuk kek birthday dia tahun nih.. Kek Angry Bird.. Birthday dia 13 Julai, tapi buat 14 Julai.. Aci la tu.. Hehehe.. Sori la tiada perancangan yang awal untuk celebrate birthday dia.. Just buat suka2 panggil kawan2 dekat2 umah ja.. Apapun ari ni aku ada masak laksa, asalnya nak jugak masak bihun goreng sama, disebabkan tak sempat nak masak sorang2, jadi hanya laksa jer yang sempat dimasak..


Tengok tu muka yang tak sabar2 nak makan kek Angry Bird dia..


Sedapnya kimie makan kek birthday dia yang ke-5.. Sampai tak perasan abah dia snap gambar dia tengah makan..


OGOS 2012

Seronok dapat main basikal tanpa tayar tepi.. Mula2 ada tayar tepi, mintak abah dia bukak tayar dua2 kat tepi tu.. Ni la hasil kebolehan Kimie yang berani.. Izzat sampai sekarang tak reti nik basikal.. Ni first day dia naik basikal tanpa tayar tepi.. 14 Ogos tarikhnya.. Hebat kan.. Dia plak seorang yang berani nak mencuba.. Bukan macam Izzat yang memang penakut skit..


Punya laju kayuh basikal..


Ni kimie nak terjun dari basikal.. Hahaha.. Tak reti nak brek dah.. Terjun suka2 ati ja..



Ni masa raya puasa, 19 Ogos 2012..

Cehhh rasa encem dah la tu anak ibu sorang nih.. Hahaha..


Ni aku kena kawad ari kemerdekaan.. Penat tunggu dari awai pagi lagi.. Nak kawad sekejap jer pun..


OKTOBER 2012

Ni masa tunggu pusat MARDI bukak.. Berposing la dulu bebudak nih.. Ni lawatan Tabika Kemas Taman Desa Murni (A) pada 13 Oktober.. Kimie pun sibuk nak pakai baju sukan sama macam Izzat, Padahal dia Tabika Kemas Desa Murni (B).. Suka ikut abang dia..

Kimie nak jugak snap gambar aku.. Pandai dia snap, nasib elok..


Comeinya budak sorang nih.. Nak peace jugak tangan dia tu..


Hasil snap kimie.. Elok jugak kan walaupun budak comei tu yang snapkan..


Untuk gambar ni jer, 3-4 keping gambar Kimie snap.. Hehehe..Bab snap gambar serah jer kat dia..


Tengok la si Izzat nih, nak tau tak citer lawak.. Masa dia tengah naik benda nih, tetiba jer benda ni tak mau jalan.. Elok dia nak trun, jalan plak benda nih.. Memang berat sangat la kot Izzat sampaikan benda ni tak mau jalan.. Hehehe..

Hai Kimie nak terbang pi mana plak???


Punya lorat nak buah strawberi.. Bagi buah strawberi yang besaq nih kat dia.. Makan sampai buncit perut.. Hahaha..


Hasil rembatan budak sorang nih, dapat jugak topi kat dia..

Posing sambil tunggu orang lain jalan2 lagi kat situ..



Ni plak citer sekitar hari Konvokesyen Tabika Kemas sekitar daerah SPU, Pulau Pinang pada 28 Oktober 2012


Pagi2 masa baru sampai, sarapan dulu..

Tengok la muka dah berpeluh2, mana taknya dah tengahari baru turn dia orang.. Main sakan sampai berpeluh2..

Berposing masa dapat pakai baju jubah nih, sebelum pi naik stage..

Comeinya Izzat.. Nasib sempat snap gambar dia.. Penat tunggu sekerat hari..

Si Kimie yang dah macam2 akai dia ada dah masa ni..


NOVEMBER 2012

Sukaneka Tabika KEMAS Taman Desa Murni (B), di Taman Tasik Taiping pada 3.11.2012..

Tengok la punya besaq Kimie tiup belon, tak pecah2.. Last dia cubit belon tu baru pecah.. Acara ni dia dapat no.2..

Ni plak acara kutip gula-gula dalam tepung..


Punya pulun kutip gula-gula..

Dah macam tepung komak.. Hahaha.. Lawak betoi tengok muka dia masa nih.. Tapi dapat no.1.. Hebatnya.. Hehehe..

Ni hadiah untuk acara tiup belon..

Ni plak hadiah untuk acara kutip gula-gula dalam tepung..


Ni kat Zoo Taiping.. Kalut ja nak bagi makan..

Ni plak kat perkarangan Muzium Taiping..

Tengok la punya nak posing..

Budak kecik ni sibuk ja nak pegang ular.. Berani betoi la budak sorang nih..

Ni la hadiah yang Kimie dapat masa sukaneka yang cikgu dia buat..


Majlis Penyampaian Hadiah Akhir Tahun 2012 Tabika KEMAS Tmn. Desa Murni (B)

Kimie kat tempat duduk dia..

Sesi memperkenalkan diri, umur dan cita-cita.. Dah macam artis nak menyanyi plak rupanya..

Persembahan dari pelajar Tabika KEMAS Tmn. Desa Murni (B)

Dapat hadiah dan sijil.. Memandangkan cikgu tak jemput sesapa sangat.. Cikgu suruh ibu sesapa jer jadi wakil untuk sampaikan sijil dan hadiah.. Aku pun kena jugak..


Sekian sajalah entry yang panjang berjela dari aku.. Mesti tak larat ngan semput nak baca ngan layan gambar-gambar dalam ni, banyak sangat kan.. Itulah, dok publish entry ni sampai dah bertukar tahun.. Nak mudah, rangkum semua jer sekali.. Senang citer.. Dah nak citer jugak kat sini.. Hehehe..


Blog yang Diikuti