Assalamualaikum semua.. Salam Khamis.. Kembali bersiaran setelah hampir seminggu menyepi.. Ermm hasrat di hati nak bercuti bersama-sama family.. Disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, jadi terpaksa la cancel.. Alalaa sian kat my Izzat's.. Cuti kali ni asyik terperuk kat umah jer..
Disebabkan kesian kat bebudak dua orang nih, aku tetiba plan nak bawak diaorang kuar jalan-jalan jer.. Tak jauh mana pun, dekat jer..Asalkan dapat mengembirakan hati kedua-duanya dah gembira buat diriku.. Ecehhh, ayat.. Hahaha..
Mulanya ajak hubby join skali, tapi disebabkan lututnya bengkak, jadi dia malas nak join kami.. Kalau join pun sian jugak kat dia, kami ni asyik berjalan jer kejap sini kejap sana.. Mesti hubby tak boleh ikut nyer..
Oklah berbalik kepada citer kami 3 beranak.. Petang semalam kami terjah tengok citer The Croods.. Sian kat anak-anak tak pernah bawak diaorang tengok wayang.. Hubby pun jenis tak berapa minat sangat.. Jadinya, susah ler nak terjah wayang nih.. Hehehe.. Memandangkan anak-anak dah besaq, mudah la nak bawak.. Anak-anak enjoy, aku pun enjoy jugak..
Meh la layan gambar sepanjang ari kami bersama dan shoppingan kami semalam.. Layan jer kehendak anak-anak..
Assalamualaikum semua.. Entry kali ni sesaja nak kongsi telatah mencuit ati budak-budak dua orang tu laa.. Ada-ada saja la diorang nih..
Gambar ni snap ari sabtu yang lepas masa nak kuar.. Meh la tengok telatah diaorang nak snap gambar masing-masing.. Geli ati tengok.. Hehehe..
Sekian entry pasal bebudak dua orang tuh..
Assalamualaikum semua.. Ari Ahad baru ni merupakan program "1 Million Women Purple Walk" dijalankan serentak di seluruh Malaysia.. Aku tak ketinggalan diwajibkan hadir ke program tersebut.. Pakaian warna ungu sempena warna tema Hari Wanita..
Memandangkan aku bekerja di Pulau Pinang, jadi aku diwajibkan hadir ke Padang Politeknik Seberang Perai.. Program peringkat negeri Pulau Pinang ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop..
Hahaha tulisan pun dah ikut tema.. Meh la layan gambar-gambar sepanjang program tersebut.. Nak nyibuk jugak kan.. Sori gambar adalah ciput dan ada jugak gambar yang terdelete.. Hehehe..
Pasal cabutan bertuah tu.. Memang tak bertuah.. Tak pernah la lagi bertuah.. Mungkin belum rezeki lagi kan..
Apapun sekian, entry ringkas dan padat pasal 1 Million Women Purple Walk.. Sori lambat update sebabnya internet slow motion ngan keja banyak maa..
Assalamualaikum semua.. Salam Isnin.. Dah sarapan?? Mesti dah kan, tengok la jam dah pukul brapa sekarang nih.. Sarapan apa ari ni?? Aku pagi ni dengar dalam radio Hot FM pun citer pasal breakfast..
Aku seperti biasa lepas masuk opis, mesti breakfast.. Mana boleh tahan, bila prut menyanyi macam-macam lagu dalam prut mintak makanan..
Ari ni berganda nyer breakfast.. Mana taknya 2x breakfast.. Prut cap apakah ni?? Hehehe.. Meh layan breakfast yang telah selamat diproses dalam prut nih..
Apapun memang kenyang berganda-ganda laa.. Tengahari ni ak tau nak makan apa plak.. Hehehe.. Sekian entry breakfast untuk ari nih..
Assalamualaikum semua.. Pasti di antara para ibu bapa di luar sana menghadapi masalah anak-anak yang tidak boleh berenggang dengan botol susu kesayangan mereka.. Aku pun tak ketinggalan dalam menghadapi masalah yang sama.. Puas la macam-macam cara aku dah buat.. Tapi masih tak berhasil.. Ni nak try tip yang baru aku jumpa dalam internet.. Mudah-mudahan ada salah satu cara yang berkesan..
Tip Pisahkan Anak Dengan Botol Susu Kesayangan Mereka
1. Waktu yang terbaik untuk memulakan langkah ini apabila anak anda sudah pun boleh berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
* Dah terlambat.. dulu tak mencari tips nih.. Mai anak dah masuk Prasekolah baru terhegeh-hegeh nak cari.. Tapi masih boleh cuba tips yang lain.. Mesti susah..
2. Beli la sippy cup / gelas minuman untuk kanak-kanak yang menarik perhatiannya.Semestinya yang berwarna-warni dan mempunyai gambar kartun yang comel-comel. Kalau boleh, ajak la dia sekali memilih cawan / gelas minuman kegemarannya itu.
* Pernah beli macam-macam jenis dan dia pilih sendiri, stay tak jalan.. Susah betul kan?? Nasib la anak yang sulung yang paling senang buang tabiat nih..
3. Simpan botol-botol susu kesayangannya itu.Jauhkan / lenyapkan terus daripada pandangan matanya.
* Memang susah, sebab masa dia nak baring-baring sebelum tido.. Mesti nak cari jugak.. Kalau tak jumpa, melalak la jawabnya.. Semua benda depan mata nak dibalingnya..
4. Biasakan dia minum menggunakan cawan tersebut. Pujilah dia sebanyak mungkin. Kanak-kanak memang suka dipuji.
* Ermm penah puji pun masa dia guna cawan tu, dia sampai siap cakap, nak minum susu dalam cawan lagi.. Lastly time nak lena, mencari jugak botol buchuk dia tuh..
5. Bagi mereka yang mempunyai anak yang perlu menghisap botol susu sewaktu hendak tidur, cabaran memang hebat. Apa yang perlu anda buat ialah kurangkan penggunaan botol susu di waktu siang hari. Hanya berikan botol ketika dia hendak tidur.* Inilah cabaran yang paling mencabar minda untuk menhadapinya.. Tengok jelah entry "Tabiat Kimie" yang lepas.. Macam mana tu nak buang tuh???
6. Sekiranya anda telah berjaya melenyapkan terus penggunaan botol susu di siang hari, maka anda sudah bersedia untuk menghilangkan penggunaan botol susu sewaktu tidur.
7. Menetapkan had masa anda itu sangat penting. Contohnya, anda memberi diri anda dan anak anda selama 3 hari utk dia tidak menggunakan botol susu di siang hari,kemudian setelah berjaya barulah anda bergerak menuju ke proses seterusnya iaitu sewaktu hendak tidur.
8. Apa yang perlu anda buat ialah pastikan dia tidur dalam keadaan yang kenyang.Berikan anak anda makanan pejal yang berkhasiat dan berikan dia segelas susu suam sebelum tidur.
9. Dodoikan anak anda semasa dia hendak tidur / bacakan buku kegemarannya supaya ingatannya tidak pada botol susu itu lagi dan dia dapat tidur dengan tenang.
10. Dia pasti akan terjaga beberapa kali di waktu malam dan anda perlu kuatkan semangat anda.Tenangkan dia atau berikan dia minum sedikit air melalui gelas / cawan kesayangan itu. Sekiranya dia menolak, jangan paksa. Pujuk la dia dengan belaian,tapi bukan dengan kata-kata, okay? agar dia dapat tidur semula dengan keadaan yang tenang.
11. Anda perlu kuat dan sabar. Jangan mengalah dengan tangisannya.Sebagai ibu, anda mesti tahu membezakan tangisan yang mana membahayakan dirinya, bukan? Jangan alah pada tangisannya. Bisikan pada hati anda " ni semua utk kebaikan dia juga".
12. Sekiranya anda adalah ibu yang berkerjaya, anda mungkin perlu mengambil cuti untuk beberapa hari bagi memastikan perancangan anda berjaya.Lagipun, mungkin anda tidak cukup tidur pada masa itu kerana terpaksa bangun beberapa kali.
Sumber disunting dari http://www.yayansmum.com/2012/03/tips-pisahkan-anak-dengan-botol-susu.html
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dalam ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tapi hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
Very independent.memang betul.tapi kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
* Ermm ada benda pandai buat sendiri, tak payah tolong.. Contohnya macam basuh kasut sekolah, dia sendiri nak buat..
ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nak terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
Assalamualaikum semua.. Hari ni saja nak tenangkan minda, menceritakan tentang keindahan alam ciptaan Allah.. Dah 2-3 kali tengok, tapi tak sempat nak snap..
Sebenarnya gambar ni aku snap masa tengah kutip kain baju baru-baru nih.. Memang niat dihati nak berkongsi keindahan nih..
Cuba tengok, nampak cantik jer burung-burung ni berterbangan.. Cuma kali ni tak secantik yang tengok sebelum2 nih.. Sebelum ni semua burung2 tuh terbang dalam satu arah jer secara berkumpulan..
Assalamualaikum semua.. Salam isnin buat semua.. Hari permulaan bagi minggu ni untuk bekerja serta bersekolah bagi anak-anak..
Hai, pagi ni pakat jadi lepat liat susah betoi nak bangun pagi.. Mana taknya, si Izzat balik tido kat kampung.. Malam semalam baru pi ambik dia kat kampung.. Kena plak ari sabtu lepas kena pi sekolah..
Citer pasal ari sabtu lepas, sekolah anak buat aktiviti merentas desa bagi pelajar Tahun 3- 6.. Bagi pelajar Prasekolah ngan Tahun 1-2 cikgu adakan sukaneka..
Dua2 beradik masuk acara dalam sukaneka.. Cikgu asingkan pelajar ikut rumah sukan masing2.. Kedua2nya rumah sukan yang sama iaitu rumah Zamrud (hijau).. Rumah sukan yang lain, Nilam (biru), Delima (merah) dan Mutiara (kuning)..
Tapi kesian kat kimie, group dia asyik dapat no.3 jer.. Jadi tiada adiah lerr.. Cikgu hanya bagi utk pemenang tempat pertama dan kedua jer.. Apalagi merajuk sungguh laa.. Nasib setelah dipujuk si Izzat, dia sudi meminjamkan salah satu pingat yang dia dapat.. Hilang la merajuk si Kimie nih..
Meh layan gambar2 sekitar aktiviti dan kerenah anak2 sekitar sukaneka berlangsung..