HaRi WaNiTa SeDuNia

3/08/2013 09:35:00 AM

 
 
 
Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat buat semua.. Memandangkan hari ni merupakan Hari Wanita Sedunia, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA buat wanita terutamanya ibuku serta ibu mertuaku, kakakku dan adikku.. Tidak lupa juga kepada semua yang bergelar wanita.. Meh baca info ringkas mengenai Hari Wanita Sedunia nih..
 
 
Hari Wanita Sedunia

 
 
Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahuan semua, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).
 
 
Kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.

 
 
 
 
 
 
 
Sumber dan gambar kredit dari mr.google
 
 
 
 

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti