Assalamualaikum semua.. Di petang yang sejuk kerana ujan nih best kan klu boleh baring-baring di atas tilam yang empuk.. Hehehe.. Kalau cuti, rasanya dah terguling-guling macam dalam filem hindustan.. Hahaha..
Tetiba jer ujan tengahari tadi sekejap dan bersambung petang skit.. Ermmm esok cuti meraikan pekerja yang bekerja tak kira di bidang kerajaan ataupun swasta.. Tapi tidak ketinggalan yang masih perlu bekerja.. Selamat bertugas bagi mereka..
Apapun saya nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di luar sana.. Apa plan korang esok??? Aku pun masih terpikir-pikir apa nak buat esok..
Inilah tema Hari Pekerja bagi tahun 2013.. Sebelum ni tak pernah ambik tau pun tema2 nih..
Tadi ada menjengah FB.. Ada la tengok iklan dari Dutch Lady nih sempena Hari Susu Sedunia yang akan menjelang 1 Jun nanti.. Dutch Lady nak wat program kat AEON Seberang Perai, Pulau Pinang la start esok hingga ari Sabtu nih.. Mesti ramaikan..
Rasa macam nak bawak bebudak dua orang tuh la esok.. Jom la korang yang terdekat dengan Penang nih.. Ermm tak pun menjengah baby sepupu.. Dah hampir lepas pantang pun tak pegi menjengah lagi.. Apa kata buat kedua2nya.. Hai birthday budak mulat ari Khamis nih.. Macam2 plan dah prepare, harap2 menjadilah..
Iklan dari Dutch Lady.. Meh ramai2 kita ke sana..