Assalamualaikum semua.. Memandangkan ke'busy'an yang teramatnya.. Maka baru ari ni dapat update sepenuhnya percutian ke Lost World of Tambun, Ipoh.. Dah lama benar nak pegi, tapi tak sampai2 pun..
Maka kali ni pejam mata jer bayar secara online trus pegi sana.. Yelah bayar online boleh dapat less 15%.. Tunggu lagi, boleh jugak save kan duit nih.. Hehehe..
Pagi ari Ahad (26 Mei) bertolak dari umah ke Tambun, nasib jalan clear.. Perjalanan pun tak mengambil masa yang lama.. Sesampainya kat sana area tengahari trus ambik tiket kat kaunter dengan tunjuk email resit pembayaran.. Masuk jer, anak2 trus mandi lerrr.. Nasib la suruh pakai baju yang nak mandi siap2.. Tak payah la bersusah payah menyalin baju plak..
Meh layan gambar2 kami sekitar berada di Lost World of Tambun.. Sori ada tempat yang terlupa nak snap gambar.. Apapun kami pegi kali ni tak abis melawat semua tempat..
InsyaAllah jika berkesempatan, nak pegi lagi.. Jom layan jer gambar, kalau nak berceloteh penuh entry nih ngan citer dari gambar.. Hehehe..
Assalamualaikum.. Entry ni kalau ikutkan nak update ari khamis yang lepas, tapi sibuk yang teramatnya terpaksa la postpone jap.. Ari ni sibuk-sibuk pun nak mencelah jap citer adiah sempena hari guru..
Izzat ngan Kimie mintak belikan adiah buat cikgu mereka.. Yelah, bebudak ada2 saja yang diaorang nak buatkan.. Kerana nak adiahkan cikgu pen, terpaksa la kuar beli pen untuk cikgu diaorang.. Dah beli adiah tuh, ibu la orang yang busy body membalut ngan buat kad ucapan untuk cikgu diaorang..
Penat jugak laa, balik dari kedai nak balut adiah ngan buat kad ucapan lagi.. Hehehe.. Jom tengok hasilnya.. Keja last minute..
Assalamualaikum semua.. Lama benar kan tak berceloteh kat sini.. Ari ni just nak share apa yang berlaku minggu lepas..
Tetibanya minggu lepas pegi exam KPSL, ala exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan.. Lama betul tak attend exam.. Sebelum nak masuk exam ari first tuh macam2 rasa.. Nak senak perut la, seram sejuk la macam2 ada.. Macam la nak exam masa study dulu2 ngan interview keja.. Mesti korang boleh bayangkan kan.. Hehehe..
Padahal zaman semua tu dah lama pun berlalu, otak dah berkarat tahap ntah apa lagi baru terasa nak attend exam lagi.. Tapi lepas percubaan kali pertama pegi exam, ngeri jugak untuk attend untuk kali kedua dan seterusnya.. Soalan dia mak aii boleh pengsan nak menjawabnya.. Nak refresh balik apa yang belajar 12 tahun dulu.. Bukan senang tuh..
Paper ari memula tuh (14 Mei) memang sakit kepala jugak la, rasa macam dah tak mo attend paper untuk esoknya.. Soalan macam exam masa study dulu.. Memandangkan dah pegi, attend jugak laa.. Apapun alhamdulillah paper untuk ari last (15 Mei) tak la sesusah paper ari mula tuh.. Sebabnya banyak melibatkan soalan berkaitan jabatan.. Sedikit sebanyak ada la bahan untuk menjawab..
Apapun tak mo kongsi pasal exam sangat, nak kongsi tempat hotel kitaorang tinggal.. Nak buat macam mana asrama time tuh penuh la plak ada program lain di tempat yang sama.. Meh layan gambar ciput sebelum check out..
Assalamualaikum semua.. Ini lah satu satu sebabnya cutiku bertambah lagi sehari.. Sesaja nak wat surprise birthday buat anakku yang sulung si Izzat..
Walaupun ada plan yang tak berapa menjadi, tapi sekurang2nya hasrat dihati nak menggembirakan ati Izzat dengan celebrate birthday dia dah cukup bermakna..
Happy Birthday Izzat yang ke-7.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak yang soleh serta tercapai apa yang dicita2kan..Amin..
Semalam merupakan ari yang paling sibuk menyediakan surprise birthday buat Izzat.. Mana taknya lepas antar bebudak ke sekolah..
Berdesup aku membeli barangan basah untuk masakkan laksa kegemaran Izzat.. Sesampainya aku kat umah mulalah proses bersiang sehinggalah memasak.. Sorang2 memang rasa tak cukup tangan lerr..
Dah settle apa semua, apa lagi siap2 nak ambik Kimie dari Prasekolah.. Lepas jer ambik dia, trus ke kedai kek nak beli kek untuk Izzat..
Memandangkan tak tempah kek, rembat jer apa yang ada.. Tapi malangnya, tiada tulisan nama Izzat pada kek sebabnya tak de orang nak tuliskan.. Ermm tu la padahnya tak mo tempah awal2.. Dah la kek yang tengok baru nih dah abis, terpaksa jer ambil apa yang ada.. Hahaha.. Kan dah padan muka buat aku..
Balik dari kedai kek, hantar kek balik umah dulu.. Dalam keta Izzat dah tanya pasal kek apa bagai.. Lepas cakap tak sempat beli, mak aiii marah meradang semua ada.. Memandangkan memang nak wat surprise terpaksalah dirahsiakan sepanjang perjalanan balik..
Kimie dah nak pecah lubang, tapi aku cepat2 cover.. Meh layan muka yang tak comel kerana ditipu.. Muka geram, marah semua ada.. Hahaha Izzat tertipu dengan ibu..
Assalamualaikum.. Kembali membebel pada ari ni setelah 2 ari bercuti.. Oittt, orang lain bercuti shari.. Aku plak hentam cuti sampai 2 ari kan.. Cuti 2 ari bersebab.. Cuti 1 Mei sebab semua pekerja diberi cuti sempena Hari Pekerja.. Tapi masih ada yang perlu bekerja kan.. Ok la nak citer perihal ari cuti pekerja yang lepas..
Ingat kan program nak kuar tak menjadi, at last kuar jugak walaupun dah mencecah ke waktu asar.. Ermm kan entry sebelum nih ada citer pasal Dutch Lady datang ke AEON Seberang Perai kan???
Jadi ke sanalah destinasi kami.. Sesampai jer area AEON Seberang Perai, banyak plak keta parking sampai penuh parking dan tepi jalan ke AEON Seberang Perai...
Dalam ati, dapat ke bawak anak-anak nih.. Setelah hubby drive masuk area parking, nasib ada satu keta nak kuar parking.. Dapatlah kami parking yang terhampir dengan pintu masuk.. Lega la tak payah kami nak menapak jauh2..
Dah masuk dalam AEON, tercari2 kat mana Dutch Lady nih wat program... Setelah berjalan hampir satu pusingan, baru la nampak.. Setelah mendaftar nama, maka temanlah bebudak 2 orang tuh bermain permainan yang ada.. Happy la diaorang kan..
Ingat nak makan kat situ, memandangkan tengok kedai makan semuanya ramai, makanya ajak hubby kuar dari situ menuju ke AEON Big Perai plak.. Alaa yang dulunya orang panggil Carrefour (k4).. Hehehe..
Sesampai di sana setelah penat berjalan, stop makan di medan selera AEON Big.. Izzat mintak nak makan bubur ayam McD.. Layan jelah, budak mulat sorang tuh..
Izzat makan bubur ayam McD saiz besar bersama burger Beef McPepper dan air Milo.. Amboii makan sungguh ye.. Cuma french fries dia jer dia tak makan.. Kimie jamah bubur ayam McD saiz kecil ngan air ribena.. Jadi kanak2 ribena la plak.. Hubby pun makan bubur ayam McD dan aiskrim sundae strawberi.. Air ambil coke jerr.. Aku plak makan burger Beef McPepper satu set, air sprite..
Pas tuh apa lagi balik lerrr, dah mangrib punn.. Sekian jer jenjalan kami ari Rabu lepas..