BeRCuTi Di LoSt WorLd Of TaMbUn, IpOh

5/30/2013 11:07:00 AM

Assalamualaikum semua.. Memandangkan ke'busy'an yang teramatnya.. Maka baru ari ni dapat update sepenuhnya percutian ke Lost World of Tambun, Ipoh.. Dah lama benar nak pegi, tapi tak sampai2 pun..

Maka kali ni pejam mata jer bayar secara online trus pegi sana.. Yelah bayar online boleh dapat less 15%.. Tunggu lagi, boleh jugak save kan duit nih.. Hehehe..

Pagi ari Ahad (26 Mei) bertolak dari umah ke Tambun, nasib jalan clear.. Perjalanan pun tak mengambil masa yang lama.. Sesampainya kat sana area tengahari trus ambik tiket kat kaunter dengan tunjuk email resit pembayaran.. Masuk jer, anak2 trus mandi lerrr.. Nasib la suruh pakai baju yang nak mandi siap2.. Tak payah la bersusah payah menyalin baju plak..

Meh layan gambar2 kami sekitar berada di Lost World of Tambun.. Sori ada tempat yang terlupa nak snap gambar.. Apapun kami pegi kali ni tak abis melawat semua tempat..

InsyaAllah jika berkesempatan, nak pegi lagi.. Jom layan jer gambar, kalau nak berceloteh penuh entry nih ngan citer dari gambar.. Hehehe..



Nampak tak Roller Coaster kat sebelah??? Teringin nak naik, nasib sebelum balik, dapat naik jugak ngan Kimie..



Tempat mandi untuk kanak2..


Nampak tak dua beradik tuh kat gelongsor colour oren.. Asyik main kt situ jerr..



Tinggal Izzat jer masih main kat gelongsor lagi.. Husband ngan Kimie pegi mandi kat tempat lain plak..


Penat tengok anak mandi, tak tau nak buat apa, snap benda alah ni.. Hehehe..


Melambai2 kat husband yang rajin snap gambar kami..


Izzat punya toleh nak tegok abah dia..


Kebasahan dicurah air..


Itik dan ikan di dalam tasik..


Kayuh jangan tak kayuh..


Itik yang sedang mara ke paddle boat.. Izzat punya takut bila itik ni datang sebelah dia..


Oppss terlindung Izzat plak..


Baru nampak budak mulat..


Antara binatang yang ada.. Kat sebelah tuh kandang harimau..


Comei tak saya???


Harimau dok menangkap daging..


Tinggi tengok harimau ni melompat..

'

Izzat konon2nya pandai berenang la tuh.. Hakikatnya tangan dok pegang dasar kolam..


 Gaya macam pandai berenang kan..


Kimie ngan abahnya.. Tengok tu budak kecik tu siap memanjat nak naik pelampung lagi..


Kat sini tak dapat naik, sebab kena ada pelampung colour kuning husband cakap, kalau tak kami berdua dah pegi naik dah..

Kat Lost World Hot Springs and Spa..
Sedap jer rendam kaki ngan badan kat sini.. Suam2 jer rasa airnya.. Sempat jugak berendam badan kejap sebelum balik..


Berendam bebudak dua orang tuh, kali terakhir sebelum balik.. Kuar dari kolam ni masa diaorang suruh kuar.. Hehehe.. Memang berbaloi la bebudak ni mandi..


Izzat kata gaya orang utan.. Hehehe.. Ada2 saja..


Peace dari Kimie.. Alamak nampak yang gigi pecah plak.. Hahaha..


Nak posing jugak.. Posing terakhir sebelum balik..



Kitaorang kuar dari sini pun area kul 7 malam.. Memang seharian la kami kat sini.. Sesaja menghappykan bebudak sempena cuti sekolah.. Bukan selalu nak bawak jalan2 jauh macam ni kan.. Sekali sekala apa salahnya.. Baliknya masing2 pakat tergolek lena, letih sangat la tuh.. Ok la nak sambung buat keja balik.. Nak tulis 1 entry pun sampai 3 ari baru siap.. Hahaha..






You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam eyda,
    saaaaaaaaaaakaaaannn berendam bebudaks kan3

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti