event

SeBaRKaN SeMaNGaT RaMaDaN @ PeRai, PeNaNG

7/29/2013 11:44:00 AM

Assalamualaikum semua.. Lama sungguh tak berceloteh dalam nih.. Ada citer entry terpendam masih belum publish, dah sebulan nih.. Hahaha.. Hutang citer kan??? Tak pelah, ari ni nak citer perihal Sebarkan Semangat Ramadan Bersama Coca-Cola dan Hot FM bertempat di Perumahan Pegawai Kanan Kastam, Jalan Baru, Perai, Penang..

Ada tak sesapa yang mengikuti blog nih yang join semalam??? Mungkin ada yang join kat tempat lain kan??? Apapun tak kisah lah kat mana pun, tapi seronok kan??? Dapat mangkuk tingkat ekslusif dari Coca-Cola ngan Hot FM..

Meh tengok gambar sekitar program terbabit semalam..



Inilah tempatnya Sebarkan Semanagat Ramadan semalam..



Memandangkan masih awai, berposing dulu..



Tumpang posing, dah Izzat nak ambil gambar...



 Pintu masuk perumahan pegawai kanan kastam

Menantikan acara dimulakan.. Jumpa plak member opis.. Nyembang dulu..




Farah Fauzana ngan Faizal Ismail dari dekat..







Acara model mangkuk tingkat.. Izzat ada suruh aku masuk, tapi segan la nak join..












Kesemua peserta model mangkuk tingkat..



Mangkuk tingkat yang menanti untuk diedarkan..






Izzat cakap dia minat kat FBI nih dari umur dia 5 tahun.. Tengok pakat berposing.. Kimie tuh tak padan ngan demam nak ikut jugak..



Berposing dengan Faizal Ismail.. Bila lagi kan, time macam ni jer dapat berposing pun..



Berposing bersama Farah Fauzana..




Dapat jugak bergambar ngan Farah Fauzana.. Jangan jeles..



Pemenang Sebarkan Semangat Ramadan semalam.. Berposing dulu sebelum balik.. Kalau Myra tak menang, memang tak berpeluang la dapat mangkuk tingkat yang cantik tuh..



Lauk pauk yang ada di dalam mangkuk tingkat.. Tapi semalam stay masak nasi ngan lauk tambah.. Memang tak cukup la kami 4 beranak nak makan banyak nih.. Hehehe..



Cantik tak mangkuk tingkat nih???? Tak sia-sia menunggu semalam dengan dua orang hero tuh..





Ok la korang bebel skit2 bulan puasa nih.. Selesema nih jadi tak selesa betoi.. Apapun memang happening la semalam..  





info

HeaT StRoKe : KeMaTiaN KaNaK-KaNaK YanG DiTiNgGaLKaN Di DaLaM KeReTa

7/22/2013 10:45:00 AM

Assalamualaikum semua.. Pernahkah di antara kita meninggalkan anak di dalam kereta??? Pastinya ada jawapan pernah.. Saya pun pernah meninggalkan anak di dalam kereta kerana mereka sendiri tidak mahu ikut.. Selalunya saya tinggalkan dalam keadaan enjin yang terpasang dan ekon yang masih berfungsi.. Tempoh saya meninggalkan anak2 di dalam kereta lebih kurang sekitar 5 minit.. Selalunya ke kedai topup atau ke mesin ATM..
 
Apapun hari ini saya ingin kongsikan info berkaitan punca kematian kanak-kanak di dalam kereta yang mungkin akan menyebabkan kita akan lebih berhati-hati sebelum meninggalkan kereta di mana2 sekalipun..
 
Tersentuh hati saya bila membaca berita mengenai kanak-kanak yang meninggal di dalam kereta.. Kebetulan pula, pagi ini saya terlihat video ini di dalam Facebook sahabat saya.. Ini mungkin antara sebahagian kisah yang mungkin terjadi.. Kita boleh melihat macam mana seksanya kanak-kanak yang dibiarkan di dalam kereta dalam keadaan panas sebegitu..
 
Selain itu, saya juga ingin kongsikan info berkaitan yang dibaca di dalam entry seorang doktor.. Meh kita baca, semoga kita dapat mengelakkan perkara seumpama ini dari terjadi di kalangan masyarakat kita..


 
 

Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.

Berikut kenaikan suhu dalam kereta yang berlaku:
•    10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
•    20 minutes ~ 29 deg F
•    30 minutes ~ 34 deg F
•    60 minutes ~ 43 deg F
•    1 to 2 hours ~ 45-50 deg F
Sumber: http://www.ggweather.com/heat/

Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.

Kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan keadaan ini tidak berlaku.

Heat Stroke berlaku di seluruh dunia. Data dari Amerika Syarikat menunjukkan 33 kes kematian pada tahun 2012 dan 22 kes pada tahun 2013 (setakat ini). Sejak tahun 1998 terdapat 583 kematian akibat Heat Stroke bagi kanak-kanak atau bayi yang ditinggalkan di dalam kereta.

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:

1    Meletakkan beg kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.

2    Meletakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta

3    Menjadikan memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu semuanya berkunci, suis elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.

4    Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.

5    Pastikan kunci kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.

6    Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.

7    NAMUN, YANG PALING UTAMA DAN TERBAIK IALAH, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA KESEORANGAN DI DALAM KERETA
 
 
 


Klik video di atas..




Sumber dari blog http://drmahyuddin.blogspot.com/ dan video dari youtube..




anak-anakku

AJaR AnAk-AnAk BeRPuaSa

7/11/2013 11:34:00 AM

Assalamualaikum semua.. Salam Ramadhan dari saya untuk semua yang mengikuti coretan saya ini.. Yelah, dah lama benar menyepi.. Nak update pasal program kat opis baru2 nih tak update lagi sampai sekarang.. Citer dah ada, cuma gambar belum lagi upload.. Terlalu busy ngan terlupa plak nak bawak kabel nak transfer gambar2 dari kamera masuk komputer.. Hehehe.. Banyaknya alasan..

Ok la ari nih dapat satu info yang bagus untuk kita melatih anak2 untuk bermula puasa pada hari ini.. Saya pun agak bermasalah nak latih anak yang kedua nih berpuasa.. Macam liat jer nak puasa.. Semalam dua2 beradik kantoi puasa gara2 pegi hospital.. Dah la penat, panas jugak cuaca semalam..

Tak pelah itu citer semalam, ari ni arap2nya Izzat boleh la berpuasa macam tahun lepas walaupun hanya separuh bulan jer.. Meh la baca info yang boleh memberi sedikit idea untuk kita mula melatih anak2 berpuasa..





Seawal usia lima tahun anak boleh dilatih untuk berpuasa. Ibu bapa perlu menggunakan kaedah yang betul tanpa ada unsur paksaan untuk melatih anak berpuasa.

 

Latihan Puasa
Biarkan mereka mencuba dahulu untuk berpuasa. Dia mungkin dapat bertahan setengah hari sahaja kerana terlalu lapar. Dengan cara latihan yang bertahap seperti itu, si anak tidak akan menganggap berpuasa sebagai beban kepadanya kerana dia masih dalam peringkat menyesuaikan diri. Lakukan setiap hari sehingga dia sudah bermotivasi untuk bertahan lebih lama dan seterusnya berpuasa penuh.

 

Hadiah
Ganjaran berunsurkan keduniaan seperti pemberian wang tidak digalakkan kerana mengajarnya untuk berpuasa kerana habuan. Berikan pujian kepadanya dan katakan dirinya disayangi oleh ALLAH kerana berpuasa seperti orang Muslim yang lain. Dedahkan dirinya dengan persekitaran orang yang berpuasa seperti kawan-kawan tadika, sepupu, serta kakak atau abangnya. Cara ini memberi dorongan kepadanya untuk menjadi seperti mereka yang berjaya puasa.

 

Pilih Cerita-cerita Islam
Selalulah bercerita tentang suasana puasa dan mengenai perjuangan Rasulullah atau sahabat yang di bulan Ramadan. Jangan lupa selitkan pengalaman anda semasa kecil ketika menjalani ibadah puasa. Dengan ini, si kecil akan lebih memahami tentang Ramadan dan bersabar untuk menunggu waktu berbuka.

 

Suasana Rumah
Suasana rumah yang berubah juga akan mempengaruhi emosi anak mengenai kedatangan bulan yang mulia ini. Contohnya ubah susun atur rumah dengan meletakkan Al-Quran di ruang tamu untuk anda bertadarus serta ruang khusus untuk solat berjemaah. Dia akan menyedari bahawa bulan ini begitu istimewa kepada ibu bapanya.

 

Latih Bangun Malam
Apabila puasa bermula esok, latih anak untuk belajar bangun untuk makan sahur bersama. Mungkin pada awalnya dia agak sukar untuk bangun. Namun jika lakukan setiap hari, dia akan teruja untuk bangun. Tetapi pastikan dia tidur awal daripada kebiasaan.

 

Menu Kegemaran
Untuk menarik minat anak, sediakan menu kegemaran anak dan wujudkan suasana sahur yang menyeronokkan untuknya sehingga dia tidak terpaksa untuk bangun awal pagi untuk bersahur dan biarkan anak makan di akhir waktu sahur. Pastikan menu berubah setiap hari supaya dia tidak mudah jemu untuk menjamah hidangan.

 

Kata-kata Pujian
Ibu bapa juga boleh membentuk suasana dalam keluarga berasaskan kepada pujian yang boleh menyebabkan mereka rasa dihargai dan disayangi. Sebagai contoh, kata-kata pujian yang boleh merangsang jiwa anak-anak,"Bagus adik ini puasa sampai habis. Tuhan sayang kepada orang yang sabar."

 

Rukun Islam Ketiga
Terangkan kepada anak bahawa Islam adalah agama yang suci dan ALLAH S.W.T. perintahkan kepada manusia agar mengikuti suruhan-Nya dan ALLAH menjanjikan ganjaran kepada orang yang melakukannya. Dan puasa adalah rukun Islam ketiga yang harus dilaksanakan oleh umat Islam.

 

Ubah Jadual Makan
Buatkan jadual makan yang berbeza iaitu daripada tengah hari kepada lewat petang dan terangkan pada mereka tentang perubahan tersebut. Lama-kelamaan mereka akan faham bahawa jadual makan ialah seawal pagi dan lewat petang pada bulan Ramadhan. Beritahu kepadanya bahawa perubahan jadual makan hanya berlaku pada bulan puasa sahaja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Blog yang Diikuti