AnaK BeRKeLaKuaN NaKaL
8/30/2013 04:42:00 PMAssalamualaikum semua.. Pernah tak korang menghadapai masalah ngan anak-anak yang berkelakuan nakal nih??? Aku memang ada, hampir setiap hari terpaksa mengadap perangai anakku yang kecik tuh.. Sapa lagi kalau bukan si Kimie tuh..
Izzat ada, tapi tak la mencabar macam si Kimie yang memang agak mencabar kesabaran jugak laa.. Pening kepala nak layan kerenah budak sorang tuh.. Ni saya ada terbaca satu artikel berkaitan.. Ntah berkesan atau tak pun tak tau laa.. Banyak cara yang saya buat tak mendatangkan kesan pun..
Meh baca artikel nih yang dipinjam dari majalah wanita..
Anak dan nakal adalah sesuatu yang sinonim. Kenakalan adalah sebahagian
proses pembelajaran mereka. Sebagai orang tua, kita tidak sepatutnya
melabel anak itu nakal sampai bila-bila.
Kenakalan anak perlu dikawal kerana ditakuti akan sebati dalam diri
mereka sehingga dewasa. Kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan
suci. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mengikut corak yang
terbaik.
Berhadapan dengan situasi si kecil suka mencubit teman sepermainannya
atau menggunakan bahasa yang tidak baik adalah perkara yang sering
berlaku dalam kalangan kanak-kanak sedang membesar. Oleh itu sebagai ibu
bapa anda jangan melakukan perkara tersebut:
1. Jangan memukul atau menampar anak. Tindakan ini mengajarkan pada
mereka, menampar dan memukul dibenarkan apabila mereka menjadi ‘orang
dewasa’ kelak.
2. Jangan memberikan kritikan atau marah. Keadaan ini mengurangkan
rasa percaya diri anak dan memberikan contoh yang tidak baik.
3. Jangan menjauhkan si kecil daripada teman sebayanya.
Sebaliknya anda harus mempraktiskan perkara berikut:
1. Dengar alasan yang diberikan oleh anak tentang mengapa dia marah
dan memberi alasan kepadanya bahawa dia berhak berasa marah dan
mengekspresikan kemarahan secara tepat.
2. Ajar anak kata-kata yang baik dan tepat untuk mengungkapkan perasaan marahnya.
3. Berikan denda kepadanya. Tidak perlu hukuman yang berat, misalnya minta si kecil untuk duduk diam dan berkelakuan baik selama beberapa minit.
Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/si-kecil-berkelakuan-nakal-1.197099
1 comments
Perkongsian yang menarik kak eyda..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..