Anak dan nakal adalah sesuatu yang sinonim. Kenakalan adalah sebahagian proses pembelajaran mereka. Sebagai orang tua, kita tidak sepatutnya melabel anak itu nakal sampai bila-bila.
 
Kenakalan anak perlu dikawal kerana ditakuti akan sebati dalam diri mereka sehingga dewasa. Kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan suci. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mengikut corak yang terbaik.
 
Berhadapan dengan situasi si kecil suka mencubit teman sepermainannya atau menggunakan bahasa yang tidak baik adalah perkara yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sedang membesar. Oleh itu sebagai ibu bapa anda jangan melakukan perkara tersebut:
 
1.    Jangan memukul atau menampar anak. Tindakan ini mengajarkan pada mereka, menampar dan memukul dibenarkan apabila mereka menjadi ‘orang dewasa’ kelak.
 
2.    Jangan memberikan kritikan atau marah. Keadaan ini mengurangkan rasa percaya diri anak dan memberikan contoh yang tidak baik.
 
3.    Jangan menjauhkan si kecil daripada teman sebayanya.
 
Sebaliknya anda harus mempraktiskan perkara berikut:
 
1.    Dengar alasan yang diberikan oleh anak tentang mengapa dia marah dan memberi alasan kepadanya bahawa dia berhak berasa marah dan mengekspresikan kemarahan secara tepat.
 
2.    Ajar anak kata-kata yang baik dan tepat untuk mengungkapkan perasaan marahnya.
 
3.    Berikan denda kepadanya. Tidak perlu hukuman yang berat, misalnya minta si kecil untuk duduk diam dan berkelakuan baik selama beberapa minit.






Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/si-kecil-berkelakuan-nakal-1.197099