Assalamualaikum semua.. Lama sungguh menyepi kan.. Hari ni nak citer skit perihal bengkel minggu lepas.. Rest otak selama seminggu, ari ni kena memulakan kembali keja2 yang tertangguh dek kerana pegi bengkel..
Yelah, dah seminggu sebelumnya dah bertension giler menyiapkan minit mesyuarat yang menyerabutkan kepala otak.. Kali ni nak citer yang happening skit walaupun pegi pun perihal keja jugak..
Meh la layan gambar hasil dari kamera sendiri dan copy dari FB member2.. Gambar dari member2 yang banyak terutamanya gambar makanan laa.. Jom layan gambar ciput yang ada nih..
Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat, mungkin hari ni merupakan hari yang paling dinantikan korang.. Yelah mana taknya cuti 3 ari tuh, bersambung dengan cuti Hari Malaysia yang ke-50 yang jatuh pada ari Isnin..
Tapi bagi aku, rasa minggu ni merupakan tension yang teramatnya.. Terutamanya ari nih.. Tension tahap gaban tuh.. Nak tau kenapa???
Aku terpaksa menyiapkan 4 minit mesyuarat yang diadakan dari ari selasa hingga khamis.. Ntah bila boleh siap dengan sebaiknya pun tak tau.. Aku tengok ayat pun dah nak tertungging langgang.. Boleh ka guna istilah nih??? Stakat dalam blog amatlah dibolehkan, kalau ayat surat ka minit mesyuarat ka karangan jangan sesekali gunakannya.. Salah tau... Hahaha.. Mental sat..
Minggu depan dah nak pegi bengkel, selagi minit mesyuarat tak siap, macam mana nak pegi dengan aman kan??? Dah la nak kena siapkan dalam 3 ari...
Paling mencabar dalam idup aku kena siapkan 4 minit mesyuarat serentak.. Setakat 2 minit mesyuarat aku dah penah buat, nih 4 minit skaligus memang boleh pecah kepala otak la jawabnya.. Balik umah pun, tido malam asyik terjaga mungkin terlalu pikir sangat kot...
Assalamualaikum semua.. Sejuknya ari ni kan??? Seharian ujan.. Kalau tido memang sedap la kan.. Izzat ari nih cuti sebabnya ada exam UPSR.. Kimie pun tumpang cuti jugak.. Tak pelah dengan ujan lebat pagi tadi dan Izzat cuti, bg jer kelonggaran ari ni..
Ujan lebat2 nih risau la plak banjir.. Tempat korang ujan tak??? Apa yang saya tau kebanyakan atau majoriti tempat la ujan ari ni.. Mau banyak laporan banjir nanti.. Kat sini kejap lebat kejap rintik-rintik..
Nak tengok tak gambar terkini kolam takungan banjir kat sebelah opis kita orang??? Meh layan gambar2 nih..
Assalamualaikum semua.. Salam di petang hari, kat sini tiap-tiap petang ujan.. Malam semalam pun ujan, sedap tido oooo malam semalam.. Hahaha.. Ehh kenapa tetiba citer pasal ujan plak nih.. Lari topik la plak..
Sebenarnya entry kali nih, nak citer hasil rembatan di tengahari tadi kat Longwan.. Lama betoi tak beli Kit Kat, yelah bukan saya jer yang suka makan, si budak kecik Kimie pun suka jugak.. Seingatnya beli sebelum raya ari tuh.. Yang ada tepawe edisi raya tuh.. Tuh la kali terakhir beli coklat Kit Kat nih..
Kekadang dok ngadap tv ada ja bahan kunyahan kat mulut.. Tak kira la apa yang ada, pasti menjadi santapan di kala menonton tv.. Itu citer pasal saya lerr yang memang kuat makan orangnya, cuma badan jer tak mau besaq skit.. Uiitt citer mukadimah panjang berjela plak nih..
Meh tengok free gift dari Kit Kat yang terbaru dan terkini.. Comei jer tengok..