BeNgKeL @ CoRaL BaY ReSorT, PaNgKoR
9/23/2013 04:09:00 PMAssalamualaikum semua.. Lama sungguh menyepi kan.. Hari ni nak citer skit perihal bengkel minggu lepas.. Rest otak selama seminggu, ari ni kena memulakan kembali keja2 yang tertangguh dek kerana pegi bengkel..
Yelah, dah seminggu sebelumnya dah bertension giler menyiapkan minit mesyuarat yang menyerabutkan kepala otak.. Kali ni nak citer yang happening skit walaupun pegi pun perihal keja jugak..
Meh la layan gambar hasil dari kamera sendiri dan copy dari FB member2.. Gambar dari member2 yang banyak terutamanya gambar makanan laa.. Jom layan gambar ciput yang ada nih..
Lepak dulu sambil tunggu member2 yang lain sampai..
View dekat ngan jeti marina island
Cantikkan view kat sini, tapi malas nak jalan lebih2 panas ooo... Hahaha..
Ini la jadual feri dari Jeti Marina Island dan juga dari Jeti Pulau Pangkor.. Kalau berhajat nak ke sana, boleh la budget masa ikut jadual nih.. Tak payah nak tunggu lama2.. Perjalanan feri hanya mengambil masa sekitar 10 minit jer.. Tak sempat nak lena.. Hehehe..
View dari tingkap feri..
Posing skit..
Lagi view dari tingkap feri..
Dah pun sampai ke Jeti Pulau Pangkor.. Kejap jer, member sempat minum air sekotak jer..
Ni macam biasa la apa yang disediakan dalam bilik mandi.. Tapi tak guna pun, guna yang bawak sendiri..
Menu makan malam di hari pertama.. Sampai penuh meja tuh..
Mulalah bengkel pada malam hari pertama di sana..
Bincang sakan isu di daerah lain..
Dan lagii...
Perbincangan di hari kedua.. Pecah kepada kumpulan, nak bagi habis awai.. alhamdulillah semuanya abis awai..
Menu makan tengahari di hari kedua.. Lauk adalah sangat sedikit.. Pakat makan lambat2 kot2 ada lauk lain lagi yang kuar.. Last2 ini je lauk yang ada.. Huhuhu..
Petang ari kedua time untuk riadah, apa lagi beli untuk dibawa balik ngan ronda2 laa.. Cantik tak pemandangan di waktu senja di Teluk Nipah, Pangkor ni???
Cantikkan pemandangan nih.. Ada kawasan sebelum dari nih pun cantik jugak, terlupa nak snap.. Tak pelah apapun cantik view kat sini.. Boleh menenangkan minda sejenak..
Menu makan malam hari kedua.. Setelah penat ronda2 tibalah masa untuk makan mengisi perut.. Menu kembali mewah.. Makanan penuh meja.. Hahaha..
Selepas breakfast di pagi hari terakhir, sempat jugak berendam2 dalam kolam nih.. Berendam bersama kengkawan yang lain.. Ada yang join Island Hoping, ala naik bot pusing ke pulau2 yang berdekatan skali boleh snorkeling.. Bayaran rm35 jer untuk seorang dewasa..
Dan menu makan tengahari di hari terakhir tidak mengecewakan.. Sedap.. Opss gambar kangkong celup tepung jer tak snap.. Memang mewah la makanan sebelum balik nih.. Apapun makanan memang ok selama kami berbengkel di sini..
Bergambar sebelum menjamah makanan yang ada dan berambus dari situ.. Hahaha ganasnya ayat...
Ni baju untuk bebudak dua orang tuh.. Dah kena tinggal, beli jugak something untuk anak2..
Apapun memang happening bengkel kali nih.. Lama betoi tak pegi kursus ke mana2 dalam tahun nih.. Ok la nak sambung buat keja balik.. Kembali pening kepala dengan keja yang menimbun..
2 comments
MJ kalau ke Lumut sure singgah Marina tu, sebab cantik view dia ;D
ReplyDeleteooo ya ka..cantikkan kt situ..lama xpegi..last skali pn time blajar kt PUO rsnya..penah la smpai Teluk Batik ngn Lumut tuh..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..