KiSaH Di HaRi RaYa AiDiLaDHa PaRt 1

10/17/2013 04:31:00 PM

Assalamualaikum semua.. Salam Hari Raya Aidiladha.. Semalam pastinya banyak kenduri kan yang korang pegi.. Sama lah jugak aku, semalam pegi kenduri akikah anak sedara..

Ermm nak mula citer di Hari Raya Aidiladha yang pertamalah.. Mesti korang agak terkejut kan tengok gambar nih.. Inilah permulaan kisah di awal pagi hari raya kami..


Gambar nih diambil setelah call bomba semua selesai..


Gambar pun dizoom dari jarak jauh.. Memang terasa haba panas kebakaran nih.. Boleh terasa dari depan pintu rumah..


Bomba dah padamkan sepenuhnya kebakaran..



Keadaan rumah yang terbakar tadi..


Lagi..


Dan lagi..


Kisahnya bermula bila kami sedang lena diulit mimpi.. Tetiba aku tersedar dari tidur gara2 terdengar bunyi benda terbakar.. Bila aku bukak pintu, umah kosong di hadapan umah kami sedang terbakar.. Tingkat bawah dah abis terbakar dan sedang merebak ke tingkat atas..

Dengan kelam-kabutnya aku kejutkan hubby yang sedap melena jugak.. Apa lagi dia pun bangun tengok keadaan umah yang terbakar sambil mintak hp untuk contact bomba lerr.. Kami sedar pun dalam kul 4.30pagi.. Uishh ni nak wat karangan bahasa ke??? Sopan nya ayat aku kan..

Kerana ternampak ada wire yang spark, husband pun suruh aku tutup main power umah kami.. Mana taknya takut kan merebak kebakaran tuh.. Apapun bomba sampai lebih kurang 10 minit selepas panggilan dibuat..

Bomba memadamkan kebakaran sepenuhnya lebih kurang jam 5.30 pagi.. Selepas selesai semuanya baru aku masuk ke dalam umah.. Memang dah tak dapat tidur dah lerr dah hampir Subuh.. Selepas solat Subuh, iron baju, buat apa yang patut.. Ingat nak ke  masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya.. Tetiba ujan plak pagi tuh, terbantut hasrat nak ke masjid..

Selepas solat sunat hari raya, apa lagi bersiap balik kampung lerr.. Dah anak2 ada kat sana, aku balik ke sana sehingga asar jugak, gara2 tunggu lasagna masak.. Punya nak rasa lasagna yang akak aku masak.. Tapi memang makan sungguh ler, dengan ketupat palas, laksa Johor, nasi dan last skali lasagna..



Ketupat daun palas yang menjadi bahan jamah aku ngan Izzat.. Hehehe..


Geram dengan anak sedara nih.. Anak kakak yang kecik.. Masa nih tak dak sapa sangat, pakat pi tempat sembelih lembu.. Kakak wat korban, abang plak wat akikah anak dia yang kecik.. Sori gambar lembu tak de..


Petangnya kami balik ke kampung husband plak.. Balik pun sekejap jer sebabnya husband dah nak kena keja balik ngan anak2 mula sekolah.. Citer di hari raya kedua sambung esok plak laa.. Penat nak karang.. Hehehe..




You Might Also Like

3 comments

  1. Rumah tu kosong takde penghuni ke? Kalau ada penghuni kesian kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm dah byk bulan kosong.. Penghuninya meninggal dlm bulan 3 yang lepas.. Lastly adik beradik dia datang tengok umah, hari raya aidilfitri yang pertama.. Mmg tkejut jgk la dgn apa yg jadi..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti