aNaK SuKaR BaNGuN PaGi
11/04/2013 10:27:00 AMAssalamualaikum semua.. Menarik kan tajuk entry kali nih.. Tetiba terbaca artikel yang mungkin dapat membantu para ibu2 di luar sana malah diri saya sendiri.. Bukan apa penat aihh pepagi busy jer kejutkan anak2 bangun ke sekolah..
Mana taknya, jam dah kul 7 pagi, anak2 masih stay lena.. Kalau anak2 tido seawal jam 8-9 malam, diaorang memang boleh bangun awal dengan sendiri.. Kalau lebih dari tuh memang liat la nak bangun pagi2 tanpa dikejutkan.. Ok la jom tengok info yang ada nih mungkin dapat membantu kan..
Rasanya ramai ibu bapa menghadapi masalah anak kecil sukar bangun pagi.
Sudahlah ibu hendak cepat ke tempat kerja, dia pula buat perangai tak mahu
bangun tidur.
Sesetengah kanak-kanak memang mempunyai masalah untuk bangun pada waktu pagi. Masalah ini menjadi lebih rumit sekiranya anak itu tidak mendapat tidur yang cukup. Anak yang tidur lewat pasti sukar untuk bangun pagi walaupun telah dikejut berkali-kali.
Jadi, memastikan anak mendapat tidur yang cukup penting bagi mengelakkan masalah pada waktu pagi, terutama pada hari sekolah.
Cara anda mengejutkan anak juga membantunya untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Anak perlu diasuh supaya berupaya untuk mengendalikan dirinya walaupun untuk perkara kecil seperti bangun pagi.
Sekiranya anda telah membiasakan anak bergantung kepada anda untuk mengejutkannya, maka besar kemungkinan anda perlu terus melakukan demikian sampai bila-bila.
Ini kerana anda sendiri telah mencorakkan tingkah laku anak pada waktu pagi. Dia tahu bahawa walaupun tertidur kembali, anda akan datang semula untuk mengejutkannya. (Patut la kena kejutkan berkali2 sampai kena marah baru nak bangun. Haishh la anak2 ku)..
Cadangan
*Bincang dengan anak waktu yang sesuai untuk dia masuk tidur dan bangun pagi supaya tidak lewat untuk ke sekolah.
*Pastikan anak mendapat tidur yang cukup. Anak yang masih di peringkat prasekolah atau sekolah rendah perlu lebih banyak tidur berbanding anak remaja.
*Sediakan jam loceng yang dikawal oleh anak anda sendiri, bukan oleh anda atau orang lain. Cara ini akan mendidik anak bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.
*Elakkan mengejutkan anak dengan cara kasar, marah atau bersungut. Cara ini tidak boleh mengubah tabiatnya.
*Elakkan menjadi “jam loceng” untuk anak anda. Cara ini tidak melatihnya untuk mengurus masa dan dirinya sendiri.

Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/sukar-bangun-pagi-1.215678
2 comments
Nak kejut anak ni kena penuh kelembutan, kalau tak, moody jela sepanjang pagi tu..hehee
ReplyDeleteMJ memula kejut memang lembut apa bagai..bila dh msk bkali2 tak jugak bgn, mau singa mengaum di pagi hari.. Kena plak dah lambat lagi laa..Hahaha...
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..