MaJLiS GraDuaSi PraSekoLaH KiMie
11/12/2013 04:33:00 PM
Assalamualaikum semua.. Kembali bersiaran setelah bercuti semalam.. Yelah, menghadirkan diri ke Majlis Graduasi Prasekolah Kimie.. Ibu atau bapa wajib kena hadir bersama hadiah untuk menghargai anak masing2..
Kad jemputan nih cikgu dah edarkan hampir 2 minggu awal..
Aturcara majlis tersebut..
Nampak tuh, wajib hadir.. Siap kena bagi cenderahati lagi..
Ok fine, adiah dah beli awal lagi.. Tapi Kimie asyik kena tipu jer bila tanya bab adiah dia.. Semalam masa majlis graduasi dia baru lah penipuanku terbongkar.. Hahaha.. Yelah baru surprise kan macam tuh..
Jom la layan gambar2 ciput yang ada nih.. Sori tak banyak gambar yang snap semalam.. Apapun happening lerr.. Lepas nih lambat plak la nak attend mana2 Majlis Graduasi anak.. Hahaha..
Ni la rupanya adiah yang dah siap dibalut oleh pembalut amatur.. Hahaha.. Aku la balut ari Jumaat lepas, masa anak2 kuar main.. Nasib snap jugak, kalau tak dapat tengok isi di dalam jelah.. Hahaha..
Upacara bermula, lambat siot.. Kul 9.30 baru nak mula.. Dah la sampai awai.. Hahaha marahkan majlis plak ye.. Idak la, cuma penat tunggu jer..
Tetamu VIP..
Nampak tak banner Majlis Graduasi??? Sori, disebabkan berada dikejauhan inilah hasil zoom dari kamera murah ku yang banyak berbakti..
Cer cari mana Kimie???? Masa nih dia tak tau lagi aku dah ada.. Yang pakai baju jubah itam tuh pelajar tahun 6 ye.. Korang nak tau, masa aku tengok gelagat dia dari jauh macam2 peel ada.. Kejap bukak topi la, kna marah ngan cikgu sebab dok tak diam la macam2 laa.. Hehehe..
Comelnya Kimie dengan baju jubah nih.. Kipnap jap sebelum upacara penyampaian sijil bermula.. Orang bagi ucapan kat depan,kita berposing kat belakang.. Hahaha..
Senyum simpul nampak anak ibu nih.. Hahaha..
Sorilah gambar tak brapa sangat.. Nak tengok dengan lebih jelas, klik ja kat gambar nih.. Apapun thanks kat acu pembantu cikgu kerana sudi mensnapkan gambar nih..
Kimie dengan sijil dan adiahnya..
Kimie muka excited dapat adiah.. Hahaha.. Masa nih ada lagi yang sedang mengambil sijil dan adiah..
Sijil tamat prasekolah..
Adiah buat Kimie..
Meh tengok dengan lebih jelas lagi adiahnya..
Gambar yang diambil pada 18 Oktober yang lepas.. Comel kan.. Semalam jugak pembantu cikgu bagi masa hantar balik baju jubah ngan topi..
Ok la, penat dah susun gambar ngan crop skit.. Hehehe.. Nak sambung buat keja balik.. Tadi saja, break sat.. Jumpa lagi di entry akan datang..
2 comments
Comelnyer Kimmi senyum :D
ReplyDeleteComel ke aunty MJ??? Thanks.. Ermm tahun depan dah masuk darjah 1.. cepat jer masa berlalu..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..