Assalamualaikum semua.. Entry ni ringkas dan simple yer.. Hanya nak share apa yang sempat dirembat selama berada di Sarawak..
Dah cakap nak share kan apa yang dibeli dan harga nya sekali.. Makanya entry ni dah disiapkan untuk pembacaan korang ye.. Sori terpaksa menunggu lama untuk entry nih..
Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua pembaca yang sudi menjengah blog amatur macam saya nih..
Ok la nak citer pasal event Sabtu lepas.. Kita orang planning punya planning, maka diadakan perjumpaan bersama kengkawan sekolah masa form 4 dan form 5 dulu.. Lama betul tak jumpa, 15 tahun gitu..
Firstly, dapat kumpulkan 10 orang skali ngan family lerr.. Lastly, hanya 7 family jer yang dpt berkumpul disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan last minute.. Apapun memang happening la walaupun tak ramai yang dapat join..
Jom layan gambar dan aturcara yang diaturkan setelah beberapa minggu planning melalui whatsapp jer..
Program Reunion Kay A One 97-98 @ Cinta Kita Di Pantai Merdeka
Aturcara :
0900 : Tiba di lokasi dan rehatkan minda
1000 : Berkumpul dan sembang santai
1100 : Aktiviti pantai anak-anak
1200 : Makan (potluck)
1400 : Aktiviti bebas bersama family sendiri
Menu Potluck :
1. Jan -buah-buahn dan air
2. Shazi - gulai ikan
3. Che Sue - ayam goreng dan sambal asing
4. Dato - pinggan, mangkuk dan cawan
5. Pidaus - sup daging
6. Lieza - sambal belacan dan ulam-ulaman (tidak dapat hadir last minute sebab husbandnya demam)
7. Hany - sayur campur (tidak dapat hadir kerana husband tak harap bawak anak2 yang ramai sendiri)
8. Fazrul - nasi
9. Edi (optional) - tapau (singgah selepas pegi kenduri)
10. Onid - kek coklat (tak dapat hadir sebabnya perut sakit kat bahagian jahit kerana pregnant)
MaJLiS BeRSaMa PeNGaRaH DaN CeRaMaH MoTiVaSi oLeH ImaM MuDa FaKhRuLRaZi
12/20/2013 05:05:00 PMAssalamualaikum semua.. Salam Jumaat, esok cuti yer.. Ok lah pagi nih sebenarnya ada program kat dewan di pejabat lama kami.. Ramai la staf yang dijemput terutama yang memainkan peranan dalam menjayakan jabatan..
Di dalam sesi ini diselitkan ceramah motivasi dari Imam Muda Fakhrulrazi bin Ibrahim dari musim kedua.. Dijemput khas untuk memberi ceramah yang bertajuk "Pekerja Cemerlang"
Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
1 Keikhlasan dalam bekerja supaya mendapat keberkatan dari gaji yang halal
2 Melaksanakan lebih daripada kerja yang sepatutnya.
3 Ketepatan masa dalam bekerja
4 Penampilan diri
5 Sikap bekerjasama dan membantu sesama anggota
6 Mempelajari sesuatu yang baru dan bukan bidang tugas hakiki sahaja.
# Dipetik dari ceramah oleh Imam Muda.
# Sumber dipinjam dari kengkawan yang menghadiri program ini
Assalamualaikum semua.. Ini adalah antara entry hari terakhir kami berada di Kuching, Sarawak.. Mungkin lepas nih kalau ada entry pun pasal hasil rembatan semasa berada di sana jelah ye.. Ok la nak mula dari mana ye..
Perjalanan hari ke-4 dan sebelum balik..
Paginya aku menghabiskan stok megi cup yang ada.. Yelah, dah bawak pegi, takkan nak bawak balik plak kan.. Lepas breakfast pagi tu apa lagi dengan sebahagian member kami naik sampan dengan tambang rm0.50 untuk sekali perjalanan.. Kami melintas Sungai Sarawak ke seberang sungai dengan perkhidmatan sampan..
Sesaja nak tengok kek lapis di kedai Mira Kek Lapis dan Kek Lapis Dayang Salaha.. Sedap sebenarnya kek2 nih.. Memandangkan hari mula datang dah tempah dan dapat dah malam sebelum balik.. Makanya just beli satu jenis jerr di sini.. Lagi satu rembat Tebaloi, dia macam biskut dihasilkan dari sagu ye..
Oppss gambar ke sana tak snap rupanya.. Tak pelah, layan jelah gambar bersama tugu kucing yang berada di roungabout di sini ye.. Untuk pengetahuan korang, susah nak jumpa kucing di kedai2 makan di sini.. Kalau jumpa sekalipun hanya di beberapa tempat saja.. Tapi memang susah nak jumpa kucing di sini..
Assalamualaikum semua.. Sambung lagi citer trip ke Kuching, Sarawak.. Kena citer part by part sebab banyak sangat gambar dan info yang nak dikongsikan.. Maaf la terpaksa menunggu lama untuk satu2 entry.. Gambar banyak sangat, tu yang membuatkan lambat proses mengupload apa bagai..
Perjalanan Hari Ke-3
Pagi nih kami bersarapan di restoran bersebelahan ngan RJ Ayam Penyet yang tak dapat makan malam sebelumnya sebab penuh.. Terlupa plak nak snap gambar restoran yang makan malam tuh.. Tapi ingat la namanya Ratu Ayam Penyet.. Hehehe..