JaLaN-JaLaN Ke KuCHinG, SaRaWaK PaRt 1

12/06/2013 08:46:00 AM

Assalamualaikum semua.. Ari nih start citer pasal trip kami ke Kuching, Sarawak.. Seronok rupanya makan angin bersama kengkawan opis nih.. First time aku naik flight ok.. Korang jangan gelak plak tau, serius inilah kali pertama naik flight..

Macam2 prasaan ada ketika memula nak naik flight.. Walaupun ada sedikit pening disebabkan cuaca, apapun memang happening laa.. Rasa macam nak merancang trip ke tempat lain plak.. In Shaa Allah diizinkan akan ku terbang jua ke tempat lain lagi..

Ari nih nak citer first day ke Sarawak dulu lerr.. Kami bertolak ke airport dalam jam 1.20 petang.. Flight dalam jam 3.40 petang.. Alhamdulillah kami sampai mengikut waktu yang ditetapkan..

Jom layan gambar sebelum dan semasa naik flight dan kisah di sana pada hari pertama..



Flight ke Kuching, Sarawak..



Berposing sebelum naik flight..



Flight kat sebelah..



Babai Penang International Airport..



View Jambatan Kedua, Pulau Pinang dari atas flight..



Dah nampak Sarawak..



Nak trun dah flight kami kat Airport Kuching, Sarawak..



Dah selamat mendarat..



Nak tunjuk jugak tag tanda naik flight ke Kuching, Sarawak..



Lepas tuh apa lagi, check in hotel dulu baru keluar makan.. Kat bawah nih ada la sedikit maklumat mengenai hotel dan gambaran biliknya..


Maklumat mengenai Tune Hotels Waterfront Kuching..




Tune Hotels Waterfront Kuching
03-7962 5888


Katil kami.. Dok ngan member laa kata kan.. Beg kain itam tuh boleh ambil ye..



Tengok la pintu toilet, kaca gitu.. Tapi macam kureng skit la sebab tak boleh kunci.. Bilik plak agak sempit untuk solat kat hujung katil..



Toiletnya..



Lagi..


Kadar sewa hotel yang dikenakan hanyalah rm118 seorang dari 30 November 2013 hingga 3 Disember 2013.. Tapi kami hanya ambik basic jelah, kipas, aircond, tuala ngan sabun+conditioner.. Kadar harga yang ok bagi yang memang bajet ketika bercuti nih..



Sambung balik citer lepas check in..



Mee Kolok, agak sedap jugak.. Ini menu member, tengok menarik dan rasanya pun sedap.. Aku makan nasi goreng cina jer.. Sori tak sempat snap sebab aku orang last dapat makanan.. Kami menjamah setelah check in hotel, tempah kek lapis kat kedai Zaharah Kek Lapis.. Kami makan dekat Kubah Ria..



Lepas tuh apa lagi, aktiviti merehatkan diri.. Apa lagi tido lerr.. Esoknya aktiviti diteruskan dengan ke Serikin plak.. Ok citer akan disambung dalam entry akan datang yer.. Tunggu..



You Might Also Like

1 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti