JaLaN-JaLaN Ke KuCHinG, SaRaWaK PaRt 2

12/10/2013 12:26:00 PM

Assalamualaikum semua.. Citer jalan-jalan kat Sarawak belum abis lagi ye.. Jom sambung citer perjalanan di hari kedua di sana.. Kami mulakan perjalanan yang agak jauh untuk hari yang kedua..

Kami ke pasar Serikin, kedudukannya di antara Sarawak dan Kalimantan.. Perjalanan ke Serikin mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.. Sebabnya ada jalan yang kurang elok sebelum sampai ke Serikin nih..

Kami ke sana membeli kain dan apa saja yang murah di sana.. Kalau korang nak tau macam mana tempatnya, ala2 Padang Besar, Perlis, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Rantau Panjang, Kelantan..



Inilah lebih kurang gambaran pasar Serikin yang dimaksudkan.. Maaf ye gambar di sana terlupa nak snap.. Gambar nih pinjam dari Mr.Google jer..


Aku ke sana, hanya beli kain batik Sarawak, kain pelikat Sarawak, dan t-shirt untuk dua orang anak2 ku yang tersayang.. Gambar untuk semua hasil rembatan sepanjang ada kat Sarawak akan diupdate pada entry terakhir ye.. Harap bersabar..

Kos yang abis jugak akan diupdate sama.. Yelah, kalau korang teringin nak ke Sarawak nanti, dah boleh budget lebih kurang kos sepanjang berada di sini..

Ok kita sambung lagi perjalanan.. Ni masa perjalanan balik ye.. Singgah beberapa tempat lagi..



Ada gambar bergambar kat dinosur tuh.. Tapi dalam kamera member.. Layan jelah gambar yang ada dulu..



Cantik tak taman kat dalam nih???



Dan lagi..



Gua Angin.. Ni ala2 gua yang glamor kat Ipoh laa.. Masa nih malas dah nak masuk dalam ye, just berposing kat luar jer..



Ada2 saja yang kat belakang tuh..


Kita ke Semenggoh Nature Reserve plak.. Jom singgah tengok orang utan jap..



Ni la tiketnya..













Inilah orang utan yang paling besar.. Tak suka bunyi bising ok.. Jadi kalau ada anak kecil yang suka meraung atau menangis dinasihatkan tak perlulah ke sini.. Dikhuatiri akan diganggu oleh orang utan nih..


Kemudian kami balik ke hotel untuk membersihkan diri dan solat sebelum naik Sarawak River Cruise plak menyusuri Sungai Sarawak.. Ada sebahagian opismate tak nak ikut, hanya sebahagian ja yang ikut..




Memula ambil gambar cruise dulu..



Snap lagi..



Tengok tuh ramai kan dalam nih..

Semasa korang baru naik ke atas cruise nih kita akan dihidangkan dengan 3 potong kek lapis sarawak dan air.. Kita orang dapat air oren sunquick jer.. Minum la banyak mana yang korang nak.. Free yer.. Kalau nak beli kopok ke megi cup ke kena bayar ye..

Masa kami naik cruise nih, ada satu couple yang dalam lingkungan lewat 40-an meraikan anniversary kat dalam cruise nih.. Prasan pun masa kami berposing kat depan kapal nih.. Sebelum nak turun nampak diaorang makan kek kat bawah..



Snap gambar sendiri..



Antara view yang boleh dilihat semasa dalam cruise..



Posing sakan..



Dewan Undangan Negeri Sarawak

Gunung Santubong



Posing lagi..



Rumah Ketua Menteri Sarawak



 Ok lastly cruise nih akan berpatah balik berhampiran rumah Ketua Menteri Sarawak.. Cantik kan rumahnya..







 Tarian kebudayaan Sarawak akan disajikan sekitar jam 6.30 petang.. Kami baru nak turun, tetiba tengok dia naik nak menari.. Apa lagi naik balik snap gambar dia menari.. Hehehe..


Sebenarnya ada gambar kami bergambar dengan penari nih, tapi ada dalam kamera member.. Belum buat kutipan gambar2 lagi.. Jadi update setakat yang ada dulu laa.. Nak tengok lagi tarian kebudayaan Sarawak yang lain boleh la ke Kampung Budaya Sarawak..


Ni antara maklumat yang korang boleh tau pasal Sarawak River Cruise 



Ni banner yang ada kat hotel kita orang yer..






Banyak lagi tinjauan dan perjalanan kami akan diupdate dalam entry akan datang.. Tunggu kemunculan entry akan datang.. Maaf ye korang terpaksa tunggu lama untuk entry nih.. Lambat sangat nak upload gambar sebab internet lembab..




You Might Also Like

2 comments

  1. Jangan lupa update citer Sarawak lagi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan update sampai balik kak eynda..memandangkan keja banyak dan internet pn slow, agak terbatas jugak la bab update entry ke Sarawak nih..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti