jalan-jalan

HaSiL ReMBaTaN Di SaRaWaK

12/24/2013 09:59:00 AM

Assalamualaikum semua.. Entry ni ringkas dan simple yer.. Hanya nak share apa yang sempat dirembat selama berada di Sarawak..

Dah cakap nak share kan apa yang dibeli dan harga nya sekali.. Makanya entry ni dah disiapkan untuk pembacaan korang ye.. Sori terpaksa menunggu lama untuk entry nih..



 
Ni la kek lapis yang sempat dirembat.. Harga setiap satunya adalah rm10 jer.. Kek lapis yang paling atas kek lapis hati pari nih beli kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah.. Kek ni macam kek choc moist.. Kami beli kek nih kat seberang sungai dekat ngan hotel kami yer.. Yang lainnya beli kat kedai Zaharah Kek Lapis..
 

 
Gambaran sisi, nampak perbezaannya kan..
 

 
Nilah hasilnya setelah dipotong..
 

 
Beg apa plak nih.. Ini namanya bungkusan ikan terubuk masin ye.. Beli yang rm10 tiga ekor jer.. Sebabnya husband tak berapa gemar ikan yang banyak tulang, jadinya beli skit jelah..
 

 
Kain batik Sarawak ngan kain pelikat ye.. Kain batik harga rm11 sehelai setelah acara tawar menawar dilakukan.. Kedai lain semunya meletakkan harga rm12 kalau beli banyak.. Ni hasil perkongsian dengan member yang dapat harga nih.. Kain2 nih dirembat kat pasar Serikin ye..
 

 
T-shirt yang dirembat untuk kami sekeluarga.. Yang sebelah kanan tuh t-shirt untuk anak2 ku..Yang sebelah kiri untuk diri ngan husband.. Baju anak2 yang abang kanan atas harga rm15 yang adik sebelah kanan bawah harga rm10.. Setelah ditawar dapat harga rm23 untuk kedua2 helai.. Baju anak2 beli kat pasar Serikin..
 
Baju aku ngan husband hasil perkongsian ngan member.. Kalau ikutkan harga sebenar rm20 sehelai.. Beli 3helai dapat harga rm50.. Makanya berkongsi ngan member dapat harga sehelai rm16.67 ler.. Dibundarkan ye.. Untuk baju aku ngan husband beli kat kedai di hadapan waterfront jer..
 

 
Ni plak Tebaloi.. Snek dihasilkan dari sagu.. Dia ada perisa pandan ngan susu.. Yang susu sedap lagi.. Harganya 3kotak rm10 ye.. Saja beli untuk rasa jer.. Beli kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah..
 

 
Ni plak pasu Sarawak harga sebenar tak ingat.. Dapat beli dengan harga rm6.50.. Nak beli banyak takut pecah,makanya satu ni jer yang dirembat sebagai kenang-kenangan.. Yang ni rembat kat kilang pasu on the way dari tempat buaya menghala balik ke hotel..
 

 
Ni plak gelang okey.. Yang mutiara harga rm15.. Yang kristal tuh,3 gelang rm20 ye.. Sesaja beli untuk diri ngan adik..
 

 
Keychain yang dibeli kat Muzium Kucing, konon nak beli kat waterfront.. Lastly baru rembat kat sini.. Harganya 3 keychain rm10..
 

 
Lastly fridge magnet.. Memang kegilaanku.. Harga 4 fridge magnet rm10 jer..
 
 
 
 
 
Ok selesai sudah entry pasal jalan2 ke Sarawak ngan hasil rembatan di sana.. Diharapkan entry nih dapat dijadikan panduan untuk korang kalau berkesempatan menjengah ke sini.. Ok jumpa lagi dengan entry berkaitan persekolahan anak2 plak kot.. 
 
 
 
 
 
 

reunion

ReuNioN @ PaNTai MeRDeKa

12/23/2013 11:30:00 AM

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua pembaca yang sudi menjengah blog amatur macam saya nih..

Ok la nak citer pasal event Sabtu lepas.. Kita orang planning punya planning, maka diadakan perjumpaan bersama kengkawan sekolah masa form 4 dan form 5 dulu.. Lama betul tak jumpa, 15 tahun gitu..

Firstly, dapat kumpulkan 10 orang skali ngan family lerr.. Lastly, hanya 7 family jer yang dpt berkumpul disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan last minute.. Apapun memang happening la walaupun tak ramai yang dapat join..

Jom layan gambar dan aturcara yang diaturkan setelah beberapa minggu planning melalui whatsapp jer..

Program Reunion Kay A One 97-98 @ Cinta Kita Di Pantai Merdeka

Aturcara :

0900 : Tiba di lokasi dan rehatkan minda
1000 : Berkumpul dan sembang santai
1100 : Aktiviti pantai anak-anak
1200 : Makan (potluck)
1400 : Aktiviti bebas bersama family sendiri

Menu Potluck :

1. Jan -buah-buahn dan air
2. Shazi - gulai ikan
3. Che Sue - ayam goreng dan sambal asing
4. Dato - pinggan, mangkuk dan cawan
5. Pidaus - sup daging
6. Lieza - sambal belacan dan ulam-ulaman (tidak dapat hadir last minute sebab husbandnya demam)
7. Hany - sayur campur (tidak dapat hadir kerana husband tak harap bawak anak2 yang ramai sendiri)
8. Fazrul - nasi
9. Edi (optional) - tapau (singgah selepas pegi kenduri)
10. Onid - kek coklat (tak dapat hadir sebabnya perut sakit kat bahagian jahit kerana pregnant)




Ni hasilnya setelah diphotoshopkan oleh member..



Anak2 sampai jer trus nak mandi..



Aktiviti mula2 baru kemas tempat nak duduk.. Makanan pun belum nak susun apa bagai lagi.. Cuma buah-buahan jer baru letak..



Acara makan, member yang sepatutnya bawa pinggan tak sampai lagi, terpaksa la mencari dulu.. Kalau tak sian kat anak2 kelaparan kalau tak cari kan..



Semua ni nama ada Izzat okey.. Kalau panggil Izzat boleh membuatkan semua tertoleh.. Hehehe.



Sukanya bebudak nih mandi2 kat sini.. Tengok sorang satu bola pantai okey.. Sampai cakap esok baru nak balik.. Hahaha..



Sedapnya menjamu selera..



Ok, masa untuk makan buah-buahan..



Ni namanya sembang sakan, almaklum sajalah sembang dalam whatsapp jer.. Masa ni nak citer macam2..



Ok ni geng budak lelaki kelas kami..



Ni geng kelas kami yang dapat pegi ari Sabtu baru nih..



Semua kengkawan bersama family yang memeriahkan program kami hari nih..




Selesai semuanya sekitar jam 5.00 petang.. Yelah, nak tunggu semua ada untuk bergambar bersama kan.. Kemas barang2 semua.. Take time jugak kan.. Lepas tuh sambung lagi acara lepak sambil minum2 kat kedai makan.. Berlarutanlah kami sehingga Maghrib.. Selesai minum2 acara membawa diri pulang ke rumah masing2 ye..

Ok, sebenarnya banyak story lagi belum citer kat sini.. Tak sempat laa busy sesangat sejak akhir2 nih.. Pasal hasil rembatan kat Sarawak pun belum masuk lagi.. Hai berhutang banyak nih.. Hehehe..







program

MaJLiS BeRSaMa PeNGaRaH DaN CeRaMaH MoTiVaSi oLeH ImaM MuDa FaKhRuLRaZi

12/20/2013 05:05:00 PM

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat, esok cuti yer.. Ok lah pagi nih sebenarnya ada program kat dewan di pejabat lama kami.. Ramai la staf yang dijemput terutama yang memainkan peranan dalam menjayakan jabatan..



Upacara perasmian dewan untuk kursus, ceramah dan sebagainya..



Program hari ni ye..


Di dalam sesi ini diselitkan ceramah motivasi dari Imam Muda Fakhrulrazi bin Ibrahim dari musim kedua.. Dijemput khas untuk memberi ceramah yang bertajuk "Pekerja Cemerlang"




Dapat tengok dari dekat okey..



Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang

1 Keikhlasan dalam bekerja supaya mendapat keberkatan dari gaji yang halal
2 Melaksanakan lebih daripada kerja yang sepatutnya.

3 Ketepatan masa dalam bekerja
4 Penampilan diri
5 Sikap bekerjasama dan membantu sesama anggota
6 Mempelajari sesuatu yang baru dan bukan bidang tugas hakiki sahaja.


# Dipetik dari ceramah oleh Imam Muda.







# Sumber dipinjam dari kengkawan yang menghadiri program ini




jalan-jalan

JaLaN-JaLaN Ke KuCHinG, SaRaWaK PaRt 4

12/19/2013 05:27:00 PM

Assalamualaikum semua.. Ini adalah antara entry hari terakhir kami berada di Kuching, Sarawak.. Mungkin lepas nih kalau ada entry pun pasal hasil rembatan semasa berada di sana jelah ye.. Ok la nak mula dari mana ye..

Perjalanan hari ke-4 dan sebelum balik..

Paginya aku menghabiskan stok megi cup yang ada.. Yelah, dah bawak pegi, takkan nak bawak balik plak kan.. Lepas breakfast pagi tu apa lagi dengan sebahagian member kami naik sampan dengan tambang rm0.50 untuk sekali perjalanan.. Kami melintas Sungai Sarawak ke seberang sungai dengan perkhidmatan sampan..

Sesaja nak tengok kek lapis di kedai Mira Kek Lapis dan Kek Lapis Dayang Salaha.. Sedap sebenarnya kek2 nih.. Memandangkan hari mula datang dah tempah dan dapat dah malam sebelum balik.. Makanya just beli satu jenis jerr di sini.. Lagi satu rembat Tebaloi, dia macam biskut dihasilkan dari sagu ye..

Oppss gambar ke sana tak snap rupanya.. Tak pelah, layan jelah gambar bersama tugu kucing yang berada di roungabout di sini ye.. Untuk pengetahuan korang, susah nak jumpa kucing di kedai2 makan di sini.. Kalau jumpa sekalipun hanya di beberapa tempat saja.. Tapi memang susah nak jumpa kucing di sini..



Tugu kucing.. Kalau malu, tak boleh la bergambar di sini.. 




Bergambar dulu ye..




Semua yang ikut sama dalam trip ke Kuching, Sarawak.. Ramaikan kami..



Oklah dah berposing ngan tugu kucing kat situ, kita teruskan lagi perjalanan ke Muzium Kucing.. Masuk ke sini ada free ye.. Tapi kalau ada bawak telefon smartphone atau telefon berkamera dikenakan caj rm3, untuk kamera dikenakan caj rm4 dan kamera video caj nya rm5.. Lepas tuh posing la korang sampai nak muntah di sini ye..



Okey kita singgah ke Muzium kucing dulu ye..



Opps gambar kurang memuaskan..






Antara sebahagian patung kucing yang ada..



Antara souvenirs yang ada di Muzium Kucing nih..




Dan lagi patung kucing..



 Meh posing dalam gua nih..



Dan lagi..





Kucing hutan yang diawetkan..



Macam real plak tengok kan.. Hehehe.. Kami bergambar dalam bangunan yang sama tapi luar dari muzium kucing.. 



Kecilkan Dewan Undangan Negeri Sarawak..



Berposing dulu kat luar bangunan..



Di dalam bangunan ini letaknya Muzium Kucing ye..



Selepas melawat muzium kucing dan berposing sakan kita pergi order terubuk masin dulu ye.. Order nanti, diaorang bungkuskan ye.. Lepas tuh apa lagi, kita pergi makan tengahari dulu la ye..

Abis makan, shoppingan yang terakhir.. Aku rembat t-shirt untuk my hubby ngan diri sendiri.. Tu pun tumpang member sebabnya baju t-shirt ni dijual sehelai rm20, kalau 3 helai rm50.. Dapat jugak tumpang member dan dapat harga murah.. Hehehe..
  
Lepas tuh driver van yang kami sewa dah ambilkan terubuk masin yang diorder tadi.. Apa lagi truskan perjalanan ke airport ye.. On the way ke airport hujan trun dengan lebatnya.. Kami masing2 dah susah hati takut flight delay.. Alhamdulillah tiba waktu untuk flight kami, cuaca dah kembali elok..

Penerbangan kami seperti yang dijadualkan.. Korang tau tak yang berat beg aku hanya bertambah 1kg jer masa balik nih.. Hehehe nampak sangat tak borong sangat kan..





Berposing setelah selamat sampai ke airport Penang..



Ok la tamat lah sudah perjalanan kami ke Sarawak selama 4 hari 3 malam.. Seronok rupanya dapat makan angin di tempat orang nih.. Kena plak jalan2 dgn member opis.. Entry hasil rembatan akan diupdate nanti ye.. Tapi entry perjalanan ke Sarawak dah selesai sudah..







jalan-jalan

JaLaN-JaLaN Ke KuCHinG, SaRaWaK PaRt 3

12/17/2013 11:38:00 AM

Assalamualaikum semua.. Sambung lagi citer trip ke Kuching, Sarawak.. Kena citer part by part sebab banyak sangat gambar dan info yang nak dikongsikan.. Maaf la terpaksa menunggu lama untuk satu2 entry.. Gambar banyak sangat, tu yang membuatkan lambat proses mengupload apa bagai..

Perjalanan Hari Ke-3

Pagi nih kami bersarapan di restoran bersebelahan ngan RJ Ayam Penyet yang tak dapat makan malam sebelumnya sebab penuh.. Terlupa plak nak snap gambar restoran yang makan malam tuh.. Tapi ingat la namanya Ratu Ayam Penyet.. Hehehe..


Ni la restoran yang tak jadi makan malam sebelumnya.. Last makan kat restoran Ratu Ayam Penyet.. Pagi nih kami breakfast sebelah restoran nih.. Lupa nak snap plak.. Hehehe..



Ni plak Mahkamah Syariah di seberang jalan lokasi restoran nih.. Kalau korang nak tau la lokasinya.. Memang tak jauh dari hotel kami..



Cerr teka Gunung apa kah ini???



Ok dah selamat sampai ke Kampung Budaya Sarawak.. Tiket masuk rm50 okey bagi dewasa.. Kanak tak pasti plak, mungkin separuh harga kot..



Tak ramai nak masuk, cuma kami berempat ja terjah masuk.. Yang kat belakang tuh salah seorangnya..



Okey ni la lebih kurang gambaran Kampung Budaya Sarawak..



Posing dulu sebelum memulakan penjelajahan di Kampung Budaya Sarawak nih.. Kami berada di sini lebih kurang jam 10.00 pagi..



  Lupa snap rupanya nama rumah nih.. Tak ingat laa, kna check balik dalam pasport yang kat tangan tuh..



Tak boleh masuk okey sebab tengah dalam pembaikan..




Inilah rupanya Batu Santubong yang dimaksudkan..



Dan lagi..



Mari kita memanjat tangga kayu nih..



Alaa gambar rumah mana ye.. Lupa snap lagi ke??? Hahaha hasil semakan hanya gambar berposing di dalam rumah Iban je yang ada.. Sori..



Buai laju2.. Hahaha.. Posing saja ye..



Posing dulu ye..



Posing lagi.. Opss gaya manja gitu.. Hahaha..




Dia sebenarnya bukan rumah tetapi serupa dangau gitu bak kata orang utara..



Kita belajar sumpit dulu.. Tak sangka kena jugak kat polisterin kat depan tuh.. Jadi laa kan.. Harga untuk 3 kali sumpit rm1 jer.. Try laa best tau..



Tinggi umah nih.. 



Mak cik kat sebelah tu dah tak larat nak naik katanya.. Dia datang dari KL.. Nampak tak tangga yang orang tengah naik tuh.. Ada sorang India tu sandal dia jatuh kat bawah masa naik tangga tuh.. Hehehe kesian kan, nasib dapat ambil balik..



Opss gambar kabur la plak.. Tak pelah banyak gambar kan..



Nak tarik jap.. Elehh eksyen jer bukan betul ye..



Cantikkan ukiran tuh.. Sarawak nih kaya dengan ukiran sebegini..



Kat sini dia gunakan ini untuk idupkan api.. Tapi bagi satu suku kaum yang lain ada yang menunjukkan dia bersedia untuk berperang ye.. Tak ingat plak suku kaum mana.. Jadi jangan memandai terjah rumah orang sesuka ati ye bila tengok ada benda ni depan rumahnya..



Cara penghasilannya.. Menarik kan..



Meh kita singgah Rumah Melanau plak..



Oppss jangan terpedaya dengan gambar nih.. Sebenarnya jejaka di bawah itu adalah... Jeng3..



Milik my friend nih, Linda.. Dia sendiri yang snapkan gambar tu ye.. Jangan salah anggap plak ye.. Hahaha.. Sebenarnya ikut turutan gambar ni dulu, saja nak wat gempak.. Hehehe..





Batu bentuk topeng ye..



Batu ni pun dekat ngan batu topeng tadi..





Cantikkan titisan hujan pada batu nih.. Macam ukiran plak rupanya..




Rumah Melayu macam kat sini jugak laa..





Macam kontena plak rupanya Rumah Cina.. Terpaksa rushing skit ye sebab nak tengok tarian kebudayaan yag kan bermula jam 11.30 pagi..



Posing ngan patung nih dulu.. Ramai sangat nak masuk auditorium yang akan diadakan persembahan tarian kebudayaan..



Penat laa tunggu loading video tarian kebudayaan yang ada.. Nanti kalau sempat ngan boleh akan diuploadkan video tersebut.. Maaf gambar ke Taman Buaya pun tak dapat upload sebabnya kamera bateri dah kong gara2 rakam video tarian kat Kampung Budaya Sarawak.. Lastly petang hari tersebut kami ke kilang pasu.. Rembat satu jerr takut pecah usung banyak2..

Malamnya, ingatkan nak makan seafood.. Tapi memandangkan restoran yang nak tempah tutup pada hari tersebut.. Kena plak bila dah sampai tempat tersebut, orang teramatlah ramai sebabnya ujan waktu tersebut dan terpaksa berebut2 tempat dengan orang lain yang turut sama menunggu.. Akhirnya majoritinya buat keputusan nak makan kat tempat lain.. Yelah prut dah lapar okey..



Tengoklah macam2 aksi ada bila dah masuk dalam lif.. Hahaha.. Layan jelah..




Ok la entry seterusnya akan bersambung lagi ye.. Harap sabar menunggu..





Blog yang Diikuti