wayang

RoBoCoP @ SuNSHiNe BeRTaM

2/20/2014 11:26:00 AM

Assalamualaikum semua.. Hahaha selamat membaca entry yang banyak muncul yer.. Yelah paham2 jelah bila diri agak busy dengan macam-macam aktiviti ngan hal yang membuatkan blog tak dapat nak update.. Ari nih nak berkongsi citer yang hampir 2 minggu tersimpan dalam memori kitaorang nih..

Di awal bulan lepas, ada lerr bawak anak2 tengok wayang citer Robocop.. Okey dah terhutang dengan anak2, jadi bawak jelah bebudak tuh berhibur sekali sekala yer.. 

Sebenarnya panggung wayang nih pun baru saja dibuka.. Masa search masa tayangan filem nih, tetiba tengok ada kat sini.. Apa lagi terjah sini jelah, malas nak redah tempat yang agak sesak dengan manusia.. Hehehe..

Apapun meh kita baca sinopsis filem nih dulu..

Robocop



Di sebuah bandar yang dipenuhi jenayah, Alex Murphy, seorang polis yang cedera parah kembali ke pasukan polis sebagai satu cyborg berkuasa bernama Robocop. Robocop mempunyai banyak memori terpendam yang menghantuinya. Robocop dikawal oleh kehendak korporat dan dia harus berdepan dengan konflik peribadinya tentang transformasi dari manusia kepada hybrid mesin. Semua ini harus diselesaikan sebelum dia memburu kuasa jahat.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 30 Januari 2014
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: José Padilha
Pelakon: Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L. Jackson, Hugh Laurie, Abbie Cornish



Meh layan kerenah bebudak sebelum tengok citer Robocop..








Okey, hutang dengan anak2 dah tertunai.. Cuma masa nak tengok filem nih tetiba tengok ada filem baru Lego la plak.. Memandangkan baru jer tengok filem nih, malas dah nak layan.. Dasar pemalas nak dok dalam panggung wayang yang sejuk.. Hahaha..





bengkel

BeNgKeL @ The ReGeNcY JeRai Hill ReSoRT

2/19/2014 11:10:00 AM

Assalamualaikum semua.. Lama betul tak menulis kan??? Apa nak buat kerja yang terlalu banyak, mesyuarat sini sana, agak membataskan penulisan di blog nih.. 

Ari nih nak kongsi citer yang agak basi tapi nak kongsi jugek.. Gegeh kan??? Sebenarnya bengkel nih aku attend pada 27-28 Januari yang lepas.. Tengok lebih 3 minggu berlalu kan???? Hehehe.. Apapun layan jelah..






Cantik kan bilik nih.. Okey la dengan harganya.. Sorilah nak balik baru gegeh nak snap sini sana.. hahaha..




Meh kita berselfie skit..




  
Ni plak gambaran diluar bilik ye.. Tempat yang sesuai untuk release tension..



Kawasan playground ngan kolam mandi.. Tempat ni agak bawah dari bilik kami..




Villa untuk VIP yer.. Cantik tempat nih, suka tengok bunga2 dia yang warna warni ngan cantik..





 Cafe tempat makan yer.. Ada bunga orkid kat tangga nak ke cafe nih.. Gambar nih diambil dari hadapan tempat Receptionist..




Info berkaitan Gunung Jerai..





Walaupun cuaca sebegini, kitaorang tak bukak aircon langsung sepanjang kami berbengkel kat sini.. Waktu malam memang sejuk betul, bila berada luar dari cafe memang rasa sejuk sehingga ke tulang.. Apapun memang sejuk kat sini, bila tengahari baru rasa kehangatan pancaran matahari..

Maklumat lanjut mengenai hotel nih boleh layari alamt di sini http://jeraihill.theregency.com.my/


Okey, babai dengan story berbengkel.. Nanti sambung dengan citer budak2 plak..



Blog yang Diikuti