Assalamualaikum semua.. Korang penah tak dengar handkerchief campaign??? Saya dah penah dengar sebelum nih.. Masa keja di ibu pejabat.. Masa tuh banyak terlibat dengan program berkaitan dengan penjagaan sungai dan alam sekitar..
Tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu.. Letak duit dalam sapu tangan.. Memang hari2 la bawak sapu tangan ke sekolah.. Pernah jugak duit hilang, mungkin sebab seluk poket ambik sapu tangan.. Masa tu baru darjah satu.. Teriak jelah, dah duit hilang.. Sedih kan.. Huhuhu..
Ermm ok lah nak citer satu contoh sekolah yang mengadakan kempen seperti ni.. Dulu penah la ke Methodist Girl School kat Penang.. Sekolah tuh mengamalkan tiada penggunaan tisu di sekolah..
Hanya sapu tangan dibenarkan digunakan di sekolah.. Hasilnya sekolah ni memang bersih dari sampah sarap.. Sekolah ini juga menjalankan kitar semula makanan yang tidak abis dimakan dengan menjadikannya sebagai baja.. Sekolah ini mengadakan sudut yang menempatkan pokok2 buah2an dan sayur2an....
Baguskan kempen yang diaorang adakan.. Kali nih nampaknya sekolah anak2 jugak ingin mengamalkan program seperti ini.. Memang bagus mewajibkan kanak2 membawa sapu tangan ke sekolah.. Diaorang boleh lap tangan, mulut selepas makan.. Lebih bersih kan..
Menarik jugak citer nih.. Apapun meh layan kerenah bebudak nih sebelum terjah panggung wayang.. Macam2 hal ada..
Sinopsis citer Rio 2..
Rio 2
Blu, Jewel dan tiga orang anaknya tinggal di sebuah kilang ternakan di ladang ajaib. Sewaktu Jewel membuat kepututsan untuk mengajar mereka tentang erti kehidupan sebenar seekor burung, dia telah membawa keluarganya ke Amazon. Blu cuba menyesuaikan diri dengan jiran barunya, dia risau akan kehilangan Jewel dan juga anaknya.
Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 10 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Carlos Saldanha
Pelakon: Jesse Eisenberg, Anne Hathaway, Leslie Mann, Jemaine Clement, George Lopez, Jamie Foxx, will.i.am
Assalamualaikum semua.. Hari nih nak sampaikan satu berita gembira.. Yelah nama pun blogger amatur.. Kena plak nih first time saya terlibat dengan peraduan yang dianjurkan oleh blogger2 yang lain..
Ntah dalam ujung bulan lepas saya ada ushar2 blogger yang lain.. Tetiba diri ini tertarik untuk follow satu blogger nih..
Mulanya suka2 baca entry dari blogger nih.. Tetiba mata terbaca satu entry yang hanya pembaca tinggalkan komen terbanyak untuk menjadi salah sorang pemenang..
Saya sebelum tu ada la tingalkan komen jugak kat entry2 yang ada dalam blogger nih.. Memang masa tu tak la target nak menang.. Yelah ramai sangat kan yang bersaing..
Tapi bila mana baca pasal tarikh tutup untuk pengiraan top komentar.. Tetiba diri ini ingin mencuba nasib dengan mengomen sebanyak mana yang terdaya dan boleh..
Syukur Alhamdulillah saya berjaya melayakkan diri menjadi peserta ke-9 paling banyak tinggalkan komen..
Terima kasih Yumida Huda..
Assalamualaikum semua.. Korang pernah tak buat pemeriksaan ketumpatan tulang korang??? Aku ari Khamis minggu lepas masa pegi pasar malam, ada lalu kat satu kedai.. Sebelahnya ada lori Anlene.. Dalam ati ada promosi apa plak Anlene nih..
Apapun masa pegi tuh buat tak kisah lagi.. Masa nak balik ada singgah kat kedai tuh.. Jadinya kena lalu kat lori Anlene tuh laa.. Ingatkan dia orang just nak promote susu diaorang jer..Yelah dah tak tengok banner ngan mesin pemeriksaan ketumpatan tulang tuh..
Masa keluar dari kedai, tergerak ati laa nak singgah rasa susu diaorang.. Masa tuh baru tau diaorang ada buat untuk pemeriksaan ketumpatan tulang sekali.. Yelah umur dah cecah 30-an, paham2 jelah..Alaa free jer, apa salahnya check kan..
Mulanya dia tolong isi form untuk kita.. Lepas tuh dia akan suruh kita letak kaki kat alat macam kat bawah nih.. Alaa rasa macam kita letak kaki kat mesin urut..
Lepas tuh dah ada result untuk ketumpatan kaki kita.. Wahh tengok la result nih, nak kena minum susu banyak2 untuk tambah ketumpatan tulang..
Nasib la lately ada jugak minum susu Dutch Lady gara2 nak tebus adiah.. Kalau tak, ntahnya berapa la bacaan ketumpatan tulang nih.. Hahaha..
Lepas tuh rembat jugak susu Anlene nih sepeket kecik, dapat bekas shaker.. Cantik jugak laa.. Tak rugi beli, setiap pembelian, akan dapat bekas shaker tuh..
Ok laa, korang cubalah buat pemeriksaan ketumpatan tulang korang.. Yelah, umur makin bertambah, tulang makin kurang ketumpatannya..
Kena plak golongan wanita, lagi berisiko.. Mana taknya, bagi yang pernah mengandung dan bersalin, mau laa jugak kena kongsi kalsium ngan baby yang dikandung tuh.. Jadi mulai sekarang, rajin2 la minum susu sekurang2nya 2 gelas sehari..
Meh baca petua yang Anlena sarankan untuk kesihatan tulang..
1 Minum susu berkalsium tinggi seperti Anlene; 4 sudu x 2 gelas sehari (Minum susu lain pun tak dak masalah.. Minum jugak gara2 nak tebus adiah dari Dutch Lady.. Gegeh..)
2 Amalkan senaman menanggung berat badan seperti berlari, joging, berjalan dan aerobik (Hari2 ulang naik turun tangga ntah berapa kali.. Kalau pi mana2 parking keta jauh jugak.. Senaman jugak tuh.. Hahaha)
3 Hadkan minuman beralkohol dan berkafeina (Jarang minum minuman berkafein.. Kalau minum pun air kopi kalau time meeting laa.. Favourite Milo jer)
4 Sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan tulang (Dia orang cadangkan buat pemeriksaan setahun sekali)
5 Jumpa doktor anda jika ada pertanyaan atau persoalan mengenai kesihatan tulang (Itulah sebaik2nya kalau nak tau lebih lanjut ye)..
Produk Anlene bagi yang berumur 30 an cadangan perisa Anlene Regular, Anlene Chocolate dan Anlene Creamy Taste.. Yang rasa hari tuh ada perisa Chocolate ngan Creamy jer.. Dua2 okey.. Tapi untuk pek kecik tak de perisa Creamy..
Okey lah, banyak plak membebel kat sini ye.. Apapun jagalah tulang anda terutamanya wanita ye..
Assalamualaikum semua.. Hujung bulan lepas opis kita orang ada anjurkan Mesyuarat Kelab Sukan dan Kebajikan.. Sekalilah bagi adiah untuk acara sukan baru nih.. Hadiah besa ja kali nih.. Dapat hamper jer.. Huhuhu..
Macam dulu2 ada jugak dapat tuala siap ada jahit lagi sukan apa bagi.. Apapun opis kami merangkul adiah yang paling banyak.. Minggu selepasnya kami buat kenduri hamper yang dapat sekali buat jamuan makan tengahari..
Jadilah kan, dari tak dak apa2.. Ermm bagi sesiapa yang hadir ke mesyuarat tersebuat akan dapat satu baucer dari kumpulan KFCH berharga rm10.. Ok lah tuh, apapun klu nak makan mau tambah lagi kewangan kan.. Kalau nak makan sorang cukup laa.. Ni sekali ngan kaum kerabat dua beradik tuh, mau bertambah nilainya.. Hehehe..
Assalamualaikum semua.. Entry sebelum nih tulis tak tau nak sumbat citer apa dalam nih kan??? Meh nak sumbat satu citer..
Tapi maaf lah gambar kureng, gara2 kamera bateri kong.. Lupa plak nak bawak charger.. Hp plak dah nama cap ayam, jadi kureng la snap gambar, sebab nanti susah nak transfer kuar..
Citernya begini.. Husband tetiba call suruh pegi ambik keta dari dia kat Kuala Lumpur.. Apapun cakap kat dia nak pikir dulu, yelah plan last minute la katakan.. Risau jugak kan.. Lastly petang ari Sabtu jenguk jugak tiket ke Kuala Lumpur..
Ingat nak ambik malam laa jam 8.30 malam.. Yelah sebab time pi terjah tiket pun dah kul 5.30 petang.. Sempat ke nak siap lagi, last kemas barang lagi.. Tapi penjual tiket kata sempat bas kul 7.30 malam, sebabnya dia kata bas selalu jalan kul 8 malam..
Okey, selepas beli tiket terjah teksi plak.. Dah settle bab teksi, kami balik bersiap laa.. Nasib la sempat jugak naik bas kul 7.30 malam.. Betul la diaorang kata kul 8 malam baru jalan.. Lewat jugak la sampai KL..
Okey la jugak bawak bebudak dua orang tuh naik bas.. Izzat penah jugak naik bas dalam 3 tahun lepas.. Kimie ja first time naik bas ekspress.. Dia punya seronok naik bas tak tau la nak kata.. Hehehe..
Hasrat nak bawak naik keretapi, tengok dia punya jadual apa semua dah penuh la orang booking.. Next time la tunggu keretapi laju ada kat sini dulu.. Sian kan kat anak2 tak pernah naik keretapi..
Berbalik pada citer kami, sampai sana area kul 1 pagi.. Kami stay kat Sky Ekspress Hotel.. Okey jugak la hotel dia, not bad.. Selesa la untuk yang nak singgah tido macam kami nih..
Esoknya (Ahad) kami ke Rembau, rumah hubby (rumah company).. Ambik kereta kat sana, keluar dari sana pun dah kul 4.30 petang.. Isi minyak penuh2, touch n go dah top up awai2 masa otw ke Rembau.. Apa lagi drive balik la ke Penang..
Ni first time okey drive sejauh nih sendiri.. Paling jauh penah drive pun KL jer.. Alhamdulillah smooth jer sepanjang perjalanan.. Cuma ada ujan skit masa nak kuar dari N9 dan area selepas Bukit Merah nak ke hentian Alor Pongsu..
Korang tau tak kul brapa sampai umah??? 12.15 pagi.. Okey la bagi yang first time drive jauh2 macam nih.. Rasa kalau selepas nih nak drive sejauh tuh rasa confident skit.. Memandangkan drive dah waktu nak malam, jadinya kurang laju laa.. Bawah 110km/j.. Stay bawak dalam 100km/j jer..
Alhamdulillah inilah pengalaman memandu dalam jarak yang jauh dan tiada masalah dalam perjalanan.. Cuma banyak kali jugak la benti betulkan urat2 dan anak2 nak ke toilet.. Bocor sungguh laa, kejap2 nak benti jer kejanya.. Hehehe..
Okeylah, terima kasih kerana sudi membaca entry nih.. In shaa Allah lepas nih kalau boleh nak letak entry yang banyak gambar skit.. Ada ke??? Ntah laa.. Tunggu..
Lama dah dok survey jadual citer Mr. Peabody & Sherman nih.. Alhamdulillah dapat jugak bawak diaorang pegi tengok wayang citer nih..
Tengok jadual dalam internet citer nih nak tayang jam 4.45 petang.. Dah sampai sana, masa nak beli tiket, bertukar plak jam 5.15 petang.. Okey lah agak awal jugak la kan..
Dalam nak tunggu citer nih start jalan2 dulu la dalam Sunshine tuh.. Tetiba Kimie cakap nampak mak ngah (wife abang).. Turun eskelator tengok2 betol.. Terkejut jugak la sebab jauh datang shopping..
Apapun sempat jugak sembang macam2 sebelum diaorang balik.. Kami plak masih menanti tayangan filem tuh..
Okey la meh tengok sinopsis citer nih skit..
Mr. Peabody And Sherman
"Mr. Peabody And Sherman" ialah sebuah filem animasi komedi berdasarkan karakter dari "Peabody's Improbable History", iaitu sebuah segmen dari siri animasi televisyen 1960an bernama "The Rocky and Bullwinkle Show". Fokus filem ini ialah Mr. Peabody, seekor anjing yang boleh bercakap dan makhluk yang paling bijak di dunia. Dia mempunyai seorang manusia "peliharaan" bernama Sherman. Sherman menggunakan mesin merentas masa Mr. Peabody dan mengakibatkan bencana. Sekarang cuma mereka berdua yang mampu membaiki semua kesilapan Sherman sebelum dunia ini termusnah.
Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Animasi / Kekeluargaan
Tarikh Tayangan: 20 Mac 2014
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Rob Minkoff
Pelakon: Ty Burrell, Max Charles
Meh tengok triller citer nih jugak..
Assalamualaikum semua.. Walaupun reunion nih dah berlalu, tapi aku nak kongsi jugek.. Yelah nilah reunion yang pertama kali kami aturkan buat bekas pelajar SMTK tahun 97/98.. Lama betulkan???
Penyertaan kali nih tak la ramai mana, mungkin merupakan julung kalinya kami anjurkan reunion nih.. Masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki di reunion akan datang..
Apapun memang happening laa reunion kami nih.. Meh layan gambar sekitar reunion nih.. Gambar banyak cilok dari grup FB reunion kami..
Meh kita tengok acara sukaneka lelaki plak ye..
Meh jengah acara snorkeling plak.. Aktiviti bebas ye, sapa nak join silakan.. Harga untuk dewasa rm10, kanak-kanak rm8.. Ini harga untuk bot hantar dan ambik ye..
Burung enggang banyak kat sini time pagi.. Kita boleh pergi dekat dengannya dengan syarat kena slow2 ye.. Nanti dia terkejut terbang plak..