Assalamualaikum semua.. Sesiapa kat sini pernah makan pekasam? Bukan pekasam ikan yang biasa kita jumpa tuh.. Saya maksudkan pekasam selain dari ikan darat tu..
Nak tau, baru nih saya dah mencuba pekasam alaf baru iaitu pekasam daging, ayam, ikan dan kambing.. Okey cukup set ye..
Rasanya? Memang sedap, anak2 pun suka kecuali ikan, diaorang kata tak sedap.. Okey laa orang bandar la plak bebudak nih tak makan pekasam ikan.. Hehehe..
Nak tengok rupanya.. Kat sini saya attach gambar pekasam nih.. Anak2 memang suka, sampai ratah sesaja tanpa nasi.. Hehehe..
Sesekali bertukar selera apa salahnya.. Kena plak puasa hampir menjelma.. Nyum3 anak2 yg mula2 tak suka, boleh bertambah2 nasi 2 pinggan.. Nampak sangat tak kesedapannya.. Hehehe..
Pilihan pekasam yang ada..
Pekasam daging
Gambaran setelah dimasak ye..
Lagi pekasam daging..
Pekasam ayam..
Pekasam ikan dan kambing.. Yang ni masak separuh ja dari peket..
Sedap sungguh laa, memang tiap2 minggu order untuk makan sendiri dan kengkawan yang order.. Sesekali nak jugak bertukar menu kan.. Okey laa buat korang terliur plak tengok gambar makanan..