Assalamualaikum semua.. Hari nih nak berkongsi iklan raya yang paling menarik untuk tahun nih.. Saya suka lah tengok iklan raya dari TM nih.. Cute jer budak nih.. Memang nakal sungguh.. Hehehe..
Tetiba rasa macam ada kenakalan jugak time budak-budak dulu.. Macam-macam main ngan buat kan.. Korang dulu kecik-kecik ada tak buat something yang nakal?
Assalamualaikum semua.. Asyik bersegmen ngan GA jer semenjak dua menjak nih.. Almaklum sajalah baru belajar bersegmen dan GA nih.. Maaflah sekiranya ada kekurangan di dalam penyampaian dan penulisan saya nih..
Okeylah memandangkan raya bakal menjelang beberapa hari lagi, saya terasa ada baiknya saya berkongsi pembacaan saya baru-baru nih.. Yelah pastinya ada yang akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta atau pulang ke kampung mertua bagi yang telah berkahwin.,
Cubalah kita membaca doa yang saya akan 'attach' kat sini.. Semoga perjalanan kita untuk pulang ke kampung tak kira jauh atau dekat berada di dalam lindunganNya.. Amin..
Didoakan semoga semua selamat sampai ke tempat yang ingin ditujui..
Sumber kredit dari fb Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour
Bismillahirrahmanirrahim
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
TAMAT 24 JULY 2014.
Assalamualaikum semua.. Semalam 13 Julai 2014 merupakan birthday Kimie yang ke-7.. Huhuhu dah besar anak ibu.. Tapi makin banyak akal laa.. Sabar jelah..
Apapun ibu harap semoga birthday Kimie pada tahun ini akan dapat mengubah sikap Kimie menjadi seorang anak yang lebih baik.. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat sayang.. Amin..
Nak kek? Kena tunggu la raya ni, macam yang ibu janjikan ye..
Gambar kredit dari MagazineBank.com
Assalamualaikum semua.. Hari ni nak berkongsi hasil kerja seni dari Kimie.. Minat betul dia.. Banyak jugak hasil seni yang dia dah buat.. Hari ni just nak tunjuk hasil seni menggunakan clay..
Jom tengok hasil kekreatifan dia.. Macam-macam aihh nak buat.. Hehehe..
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa pada tahun ni.. Saya ari nih nak story pasal kitaorang pegi tengok wayang ari Sabtu lepas..
Sehari sebelum puasa ye.. Hehehe.. Sesaja layan kehendak anak2 sebelum berpuasa, dengan harapan diaorang boleh berpuasa banyak hari tahun ni berbanding tahun yang lepas..
Filem nih agak menarik.. Cuma pada permulaan dia slow skit laa.. Apapun best filem nih, 2 jam 45 minit pun tak perasan masa berlalu..
Meh nak tepek sinopsis filem nih skali dengan trailernya..
Transformers: Age
Of Extinction
Selepas empat tahun pertarungan hebat
"Transformers:Dark Of The Moon" filem robot ini kembali selepas manusia berjaya
mengesan kepingan logam Autobots dan Decepticons yang menghilangkan diri
daripada muka bumi ini. Walaubagaimanapun, sekumpulan ahli perniagaan dan
saintis yang bijak cuba untuk belajar daripada Transformer yang lepas dan telah
menolakkan mereka untuk melakukan satu kajian teknologi luar dari batasan dan
kawalan yang mana akhirnya satu kisah purba, ancaman kepada Transformer berkuasa
meletakkan bumi di dalam bahaya. Kisah epik dan pertarungan antara kejahatan dan
kebaikan serta kebebasan.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi /
Pengembaraan / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2014
Bahasa:
English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Michael
Bay
Pelakon: Mark Wahlberg, Jack Reynor, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Sophia
Myles, Stanley Tucci
Assalamualaikum semua.. Alkisah mengenai pekasam lagi ye.. Memandangkan ada yang bertanya mengenai pekasam nih.. Meh saya citer skit.. Maaf la bagi sesiapa yang tak suka makan pekasam..
Pekasam ni In shaa Allah sedap dan menepati citarasa.. Rata2 memberikan maklumbalas positif tentang rasanya.. Ramai juga yang dah beli dan repeat order lebih banyak daripada sebelumnya.. Ada member yang tak suka pekasam ikan yang biasa, boleh plak suka makan pekasam daging dan ayam..
Ada kawan2 cakap boleh jugak buat masakan lain selain dari goreng macam pekasam biasa.. Saya tak pasti la bab tu sebabnya saya tak pernah mencuba..
Untuk mudah masak, potong kecil2, goreng sampai betul2 masak.. Angkat dan goreng bawang cili kering dan cili api.. Angkat dan sedia untuk dinikmati..
Saya sendiri ada menjual pekasam ni.. Bagi yang berminat bolehlah berkunjung ke FB saya iaitu Che Sue Izzeyda atau SMS/WHATSAPP 0174597615..
Pekasam yang ada ialah Pekasam Daging, Ayam, Ikan dan Kambing.. Berat bagi setiap pekasam adalah 130gm+- kecuali pekasam ikan 250gm+-..
Kalau ada apa pertanyaan lagi boleh la berhubung dengan no yang dinyatakan..