Liebster Award #1 - By Dhiya
9/22/2014 12:17:00 PMAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebenarnya dah lama kena tag dengan Dhiya nih.. Tapi paham-paham jelah bila guna tab dan internet plak slow memang tak de semangat jadinya.. Hari nih dengan sedaya upaya cuba menyiapkan seberapa banyak yang boleh..
Peraturan Liebster Award :
- Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
- Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
- Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
- Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
- Maklumkan kepada those bloggers.
1. Tiga perkataan yang menghuraikan diri anda?
Suka senyum, happy go lucky dan mudah sensitif terhadap perkara yang melibatkan perasaan..
2. Sumber inspirasi dan motivasi anda?
Insan bermula dari susah yang akhirnya berjaya di dalam kehidupan membuatkan saya ingin menjadi sepertimana mereka..
3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
Mestilah handphone.. Susah bila dalam kecemasan..
4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
Whatsapp.. Menjimatkan wang dalam menghantar mesej termasuk mesej bergambar..
5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
Untuk menyelesaikan semua hutang-hutang..
6. Hobi waktu senggang?
Suka layan FB dan blog
7. Menonton TV atau mendengar radio?
Kedua-duanya.. Kalau di rumah, menonton tv.. Jika di dalam kereta pastinya radio..
8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
Pastinya menunaikan haji di Mekah.. Impian yang sememangnya diidamkan oleh umat Islam..
9. Bakat terpendam/ kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
Menulis cerpen.. Pernah menulis, tapi tak siap.. Huhuhu..
10. Situasi yang buat anda tertekan?
Dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai..
11. Komen anda tentang blog Dhiya Dahlia?
Blog Dhiya Dahlia memang menarik kerana ia ada memaparkan maklumat tentang melancong.. Jadinya saya boleh jadikan rujukan jika berhajat untuk melancong kelak..
2 comments
Saya doakan akak dapat menunaikan haji di Mekah.
ReplyDeleteAmin.. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk ke sana..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..