KiMie PeDiH MaTa?

11/29/2014 01:24:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mata dah ngantuk sebenarnya nih.. Tapi hati nak siapkan entry nih..

Itulah kan, bila hati dah minat nak berblog, rasa macam kekurangan plak kalau tak dapat nak update entry atau BW kan.. Korang ada rasa tak macam tuh?

Ermm Kimie tadi bagitau Eyda yang mata dia pedih.. Tetiba Eyda teringat Relaxing Eye Mask.. Apa lagi, suruh dia simpan benda alah tu dalam peti sejuk dalam 30 minit, baru boleh guna..


Tengok tu Kimie mencuba guna
Relaxing Eye Mask

Akhirnya, sampai Kimie dan Eyda terlena.. Sori, ngantuk sesangat.. Maaf laa sampai sekarang baru boleh settle kan entry nih.. Hehehe kalau tak tertido tadi, dah siap entry nih..

Nampak sangat Kimie selesa dengan guna benda tu.. Dah tak merengek apa bagai.. Husband pun cakap ok bila guna.. Kita dapat merehatkan mata kita daripada sakit dan kurang selesa pada mata..

Ini juga salah satu produk Sophie Paris yang dijual.. Menarik dan harganya pun berpatutan.. Hanya rm9 jer.. Rasa macam nak beli lagi satu untuk kegunaan sendiri.. Yang satu ni pun dah jadi rebutan..

Masa baru beli, masing-masing tak tahu kegunaan dia, buat tak tau ja benda ni dok merata., Bila dah tau, pakat berebut nak guna.. Dia nih ala-ala kool fever laa, cuma untuk mata.. Bukan dahi macam kool fever tuh.. Dia rasa sejuk macam guna kool fever..

Okey laa korang, nanti Eyda lena sesi ke-2.. Lambat plak entry nih nak siap.. Jumpa lagi di entry akan datang..




You Might Also Like

15 comments

  1. kalo cool fever lepas guna kena buang. yg ni boleh guna balik la kan. hehe. bagus gak ada produk gini. kena tgk balik katalog paris. kakak ipar saya pon suka shopping kt paris. tak yh g paris yg jauh nun. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kool fever kena buang.. tapi yang ni guna untuk mata jer ya..ada dalam katalog 23.. yang tengah berjalan sekarang.. stok tak pasti masih ada ke belum..

      Delete
  2. Alahai sian Kimie pedih mata.
    Saya x pernah pun pakai relaxing mask tu.
    Nampak macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dia kata mata pedih.. siap ambik tisu bagi basah letak kat mata.. itu yang akak suruh guna relaxing eye mask tu jer.. try laa shikin, mata letih2 boleh juga guna..

      Delete
  3. mama singgah sini, sejuk agaknya.. itu yang sampai terlena..
    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sejuk ala2 kool fever tuh.. sebab tu dia boleh tido lena..

      Delete
  4. bolehlah berehat2 ssambil pakai mask mata

    ReplyDelete
  5. macam best ja. dia boleh pakai banyak kali ka kena pakai sekali pastu buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best cik Fafa.. boleh guna berkali-kali sampai rosak benda tuh..

      Delete
  6. Replies
    1. Memang menarik, tuh nak share dengan kawan-kawan pasal produk nih..

      Delete
  7. wah, macam best la pulak produk nih, leh la cuba nanti..
    be healthy kimie.. :D

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti