Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ini merupakan entry terakhir Eyda untuk tahun ini.. Tak sangka tahun ini banyak Eyda menulis dalam blog nih termasuk menambah kenalan yang banyak..
Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi sahabat Eyda dan melawat blog picisan Eyda nih.. Semoga ukhwah kita nih akan berkekalan selamanya..
Sebenarnya banyak kisah suka duka yang berlaku di tahun ini.. Diharapkan tahun depan akan menjadi lebih baik berbanding tahun ini buat kita semua..
Adakah azam kita pada tahun ini tercapai? Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada yang tidak.. Semoga tahun 2015 impian Eyda yang belum tercapai tuh dapat dilaksanakan.. Amin..