- Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
- Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
- Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
- Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)
Vintage Book Mark |
Regular Book Mark * Maaf saya tiada Twitter |
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
KLIK BANNNER UNTUK JOIN |
Soalan
Jawapan
Untuk menghilangkan pedih ulu hati, Puan Ana telah mengambil ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus
1 x TOPUP RM10
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak kenalkan Bulu Pendek.. Mesti heran kan apa benda laa bulu pendek nih..
Bulu Pendek nih merujuk kepada salah satu arnab yang Kimie suka main.. Macam laa dia buat kat arnab nih.. Abis arnab nih kena buli dengan Kimie..
Sebelum nih Grey dan Oyen.. Sekarang Bulu Pendek plak.. Nak tau kenapa Kimie panggil Bulu Pendek? Sebabnya bulu arnab nih pendek skit dari arnab yang lain.. Mana taknya, mak bapak dia jenis arnab kampung orang kata..
Meh Eyda kenalkan skit Bulu Pendek..
Kenalkan Bulu Pendek |
Kalau kita baring-baring, nanti dia datang laa kat badan nih.. Tak sempat nak snap tadi.. Dia dok kat kaki Eyda..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Rajinnya Eyda update hari nih kan.. Rajin ke apa tak kisah laa.. Bukan apa Eyda bakal busy dari hari Isnin hingga Rabu minggu depan..
Nanti ada plak yang rindukan Eyda.. Ehh ada ke yang nak rindu Eyda nih? Ntah-ntah Eyda nih perasan sendiri jer kan..
Apapun Eyda akan usahakan agar ada entry yang autopublish.. Lagi satu Eyda agak susah hati jugak nih.. Hari Isnin nih akan ada mesyuarat reshuffle..
Ntah sapa laa yang terlibat, risau jugak Eyda.. Yelah beberapa hari lepas dah mintak senarai tugas, jadi tunggu dan lihat jelah jawapannya..
Okey laa, bebel banyak plak Eyda malam ni ya.. Nak kongsi menu malam nih.. Eyda just letak jer bahan yang cepat, mudah dan ada di rumah nih.. Jadi inilah hasilnya..
Anak-anak kata sedap laa ibu.. Sedap ke ambik ati ibu nih? Apapun memang simple dan sedap laa menu kami malam nih.. Amboi puji diri sendiri nampaknya.. Hehehe..
Kalau nama makan sampai bertambah-tambah mestilah sedap kan.. Betul tak?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pagi tadi Eyda bagitau nak hadiri majlis perkahwinan kan..
Alhamdulillah kenyang Eyda sampai petang.. Malam nih pikir lain bab nak makan apa plak.. Mungkin masak simple-simple jer untuk malam nih..
Gift untuk para tetamu |
Kimie ambik cup cakes pengantin.. |
Memang ramai tetamu yang hadiri majlis perkahwinan nih.. Kiranya masa Eyda sampai kul 3 lebih tadi pun stay ramai lagi tetamu yang baru tiba dan sebaliknya..
Jom solat asar.. Baru ilangkan penat, baru nak solat..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pepagi lagi dah lapar perut Eyda nih.. Memandangkan semalam ada buat lauk sardin, pagi nih dah jadikan menu sandwich.. Cari timun tak da, tinggal tomato jer..
Apapun jadilah menu lapik perut pagi nih.. Nanti kita tambah menu lain ikut order.. Amboi macam kedai makan laa plak order-order apa bagai nih..
Bukan apa, Eyda belum tanya orang kat umah nih nak makan apa pagi nih? Nanti mulalah macam menu yang diaorang request.. Selalunya bab cerewet bebudak nih laa..
Jom layan menu breakfast Eyda..
Korang breakfast apa plak hari nih? Kongsi laa dengan Eyda, maybe boleh mencetuskan idea untuk Eyda untuk hari lain..
Okey, Eyda breakfast dulu, tengahari nih makan nasi kenduri laa.. Ada jemputan hari nih.. Kalau tak kena pikir menu untuk tengahari hari ni..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah breakfast? Eyda hari nih masak Yee Mee Goreng resipi kak Farrah MF..
Thanks kak Farrah sudi berkongsi resepi simple nih.. Inilah hasilnya masakkan Eyda mengikut resepi kak Farrah..
Anak-anak puji kata sedap.. Boleh laa masak lagi next time.. Okey laa, Eyda pun belum jamah lagi.. Nak makan dulu ye..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah rezeki dari iklan Nuffnang masih ada.. Ada tambahan satu iklan CPUV Nuffnang baru di dalam akaun Nuffnang Eyda..
Iklan yang lepas stay lagi on going.. Iklan yang terbaru nih datangnya dari Maggi Kari - Curry Festival plak..
Sesekali makan megi sedap jugak kan.. Ishh bila cakap bab makan nih, mula laa perut nih nak buat nyanyian dondang sayang apa bagai..
Okey laa, kesihatan Eyda agak kureng skit hari nih.. Nasib laa cuti hari nih, kalau tak kena terjah klinik, tak pun EL hari nih..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak up entry pasal hasil kerja Kimie dan kumpulannya dengan menggunakan kertas surat khabar dan warna pensil..
Semalam Eyda lalu kat kelas dia baru perasan yang diaorang letakkan hasil kerja nih kat papan kenyataan di luar kelas diaorang.. Eyda apa lagi snap jelah untuk simpanan sendiri..
Nanti diaorang boleh tengok balik kat blog Eyda.. Apa yang Eyda simpan hasil kerja dan macam-macam hal berkaitan diaorang..
Berbangga jugak bila hasil kerja anak-anak diletakkan di papan kenyataan sebegini kan.. Semuanya sebagai semangat buat mereka juga dalam menyiapkan kerja yang diberikan dengan kemas dan baik..
Okey laa, Eyda tak tau laa busy sesangat sekarang, nak singgah sini sana pun agak terbatas.. Inikan plak nak berceloteh panjang lebar.. Huhuhu masa memang mencemburui Eyda..
Nanti Eyda singgah ye ke blog kengkawan.. Nak tinggalkan komen banyak-banyak gitu.. Hehehe macam laa Eyda banyak masa kan.. Apapun jangan kecik ati tau kalau Eyda tinggalkan sekomen dua jer..
Klik SINI untuk join |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
* Tidak mengotorkan apabila dimain
* 98% daripada pasir original
* Tidak akan kering apabila dimain.
* FREE dari bahan bersifat alergen
* FREE dari bahan replica rolex bersifat gluten
* Dibuat dengan bahan antimikrobiol semulajadi
* Tidak meninggalkan baki ketika dimain
* Tangan kekal bersih apabila dimain
* Kinetic sand hanya melekat sesama mereka!
::KELEBIHAN Kinetic Sand::
*Sangat sesuai untuk tumbesaran kemahiran motor halus anak-anak.
* Sangat sesuai untuk tumbesaran kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.
*Sangat sesuai untuk tumbesaran daya sensori anak-anak
* Sangat sesuai untuk tumbesaran daya kognitif anak-anak
* Boleh mengelakkan anak-anak ketagih gadget
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu, dah hari isnin.. Hari nih nak up pasal hadiah GA.. Banyak hadiah GA yang Eyda belum sempat up kan kat sini.. Eyda upkan sikit-sikit yer..
Hadiah pertama datangnya daripada Mamaniza.. Seorang yang ceria dan mudah berkawan dengannya.. Dia juga akan blogwalking ke blog picisan yang sudi berkunjung ke blognya..
Dia juga sering support GA atau segmen yang dibuat oleh blogger yang lain.. Memang merendah diri orangnya.. Apapun jangan jadi stalker ya, baru-baru nih Mamaniza dah warning kepada stalker..
Inilah hadiahnya berupa topup RM10 daripada Cetusan Minda.. Jom kita melawat ke blog Cetusan Minda nih kerana banyak info yang berguna ada di sana..
Terima kasih kepada yang menganjurkan GA dan segmen.. Tidak lupa juga kepada sponsor yang sudi sponsor hadiah..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari minggu nih, mesti nak berehat-rehat bersama keluarga kan?
Okey laa, hari nih Eyda nak berkongsi bookmark hasil kerja tangan Kimie.. Ini sebenarnya salah satu hasil kerja seni di sekolah..
Siap hadiahkan buat Eyda lagi.. Sayang ke bodek nih Kimie? Hehehe.. Meh kita ushar skit.. Cantik ke tak hasil kerja budak darjah 2 nih..
Inilah hasil handmade pertama bookmark daripada Kimie.. Nanti boleh buat lagi cantik lagi daripada nih..
Nak suruh dia belajar daripada kak Farrah MF lerr.. Boleh ke kak Farrah? Boleh laa jadi sekreatif kak Farrah.. Hehehe..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seronok pulak nak share cerita ni..
Kisah Perbualan Antara Pemadam & Pensil :
📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.
📏Kenapa?
.
✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?
✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
✏Kenapa engkau sibuk?
📏Aku pemadam, ini kerjaku
✏Ini bukannya kerja!
📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
✏Engkau salah dan sombong!
📏Kenapa?
✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
📏Engkau masih bencikan aku?
✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.
📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
Sahabat-sahabatku sayang
Kenapa kita tidak berterima kasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?
Moral dari cerita ini juga.
Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
Kerana orang yang membantu biasanya tidak diminta untuk dibalas tapi cukup sekadar dikenang dan dihargai sudah pun memadai.
Sumber info dari whatsapp.. gambar kredit google..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama benar tak update pasal cpuv Nuffnang.. Lebih kurang sebulan lebih rasanya..
Okeylah, tadi baru jer sempat meninjau akaun Nuffnang.. Walaupun kadar kenaikannya seperti siput, tapi masih ada peningkatan..
Jom ushar skit apa yang 'On Going' kat akaun Nuffnang Eyda sekarang.. Tak banyak tapi stay ada kan..
Inilah cpuv Nuffnang yang tengah berjalan.. Sudikanlah kiranya sahabat blogger Eyda untuk klik-klik bila dia muncul.. Dapat jugak buat modal untuk anjur GA lagi..
Okey laa Eyda nak mencari gambar untuk upload untuk next entry.. Tungguuu..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pelbagai siri kesibukan melanda diri ini.. Sehinggakan tak berkesempatan story mory pasal kita orang..
Korang rindu tak dengan Eyda, Izzat dan Kimie? Eyda rindu sebenarnya nak berceloteh kat sini.. Tapi masa untuk berceloteh amatlah terhad.. Dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sejak akhir-akhir nih..
Memang tak selesa kan bila batuk melanda.. Samalah Eyda dan Izzat, kami dilanda masalah kesihatan yang sama.. Eyda nih rasanya dah masuk dua minggu asyik batuk jer..
Bab ubat jangan laa kata, Eyda memang kureng bab nak menelan ubat batuk.. Eyda ubat yang jenis mengantuk nih kureng minat skit, kecuali laa memang nak melena.. Dalam tak makan ubat batuk pun asyik ngantuk, kalau makan ubat batuk, maunya melena jer kerjanya.. Tak gitu?? Hehehe..
Doakan semoga Eyda dan Izzat cepat sembuh ya.. Rindu nak berceloteh banyak kat sini.. Banyak citer terpendam dendam dalam simpanan Eyda.. Tunggu masa nak story kat korang..
Semoga Eyda juga diberi masa dan kelajuan internet yang diperlukan untuk mengupload gambar yang tersimpan nih.. Tak sabar nak berkongsi kisah kami yang dah lama tersimpan..
Okey korang, jumpa lagi di dalam entry akan datang..
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
*Maaf tak ada instagram dan twitter
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
*Maaf tiada instagram dan twitter
Wang tunai RM10 [Fadzi]
Wang tunai RM10 [Khaty]
Topup RM10 x1 [Inani]
Topup RM10 x1[Azharan]
Topup RM10 x2 [Along]
Topup RM5 x2 [Diee]
4 helai Sapu tangan vintage x1 [Diee]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Eyda sebenarnya kurang sihat hari nih.. Tapi memandangkan ada mesyuarat yang terpaksa attend hari nih, makanya menggagahkan diri juga masuk opis hari ni..
Maaf laa tahun nih kurang entry Eyda pasal life kami.. Kesibukan dan internet juga memainkan peranan.. In shaa Allah banyak entry penghargaan Eyda nak update nanti.. Harap jangan termuntah kalau muncul entry-entry tersebut..
Ok laa hari nih sebagai pembuka entry bukan berkaitan giveaway atau segmen.. Eyda nak mengucapkan terima kasih kepada beberapa sahabat blog Eyda.. Tak sangka blog picisan macam Eyda nih layak menduduki carta pengomen tegar di dalam blog mereka..
Untuk carta pertama nih dari blog Mama 3Farhanah.. Pemilik blog nih berasal dari Kedah tapi bekerja dan menetap di Kelantan.. Mempunyai 3 orang anak perempuan.. Walaupun dia menetap di Kelantan, bahasa Kedah masih ada dalam pertuturan dan penulisannya dalam blog..
Untuk carta yang kedua nih plak dari Mommy Irra.. Pemilik blog nih seorang suri rumah, mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.. Dia sekarang sedang mengandungkan anak ke 3 tak lama lagi bakal melahirkan anak ketiga..
Untuk carta ketiga nih datangnya dari blog seorang doktor, Dr.Shikin namanya.. Banyak info mengenai kesihatan dan telatah pesakit boleh kita baca di dalam blog Dr.Shikin nih..Selain itu, ada juga mengenai cerita kehidupan Dr.Shikin terutamanya dengan 3 orang heronya..
UPDATE TERKINI
Untuk carta keempat nih plak datangnya daripada blog Mia Liana.. Pastinya ramai yang mengenali Mia kan.. Seorang yang merendah diri dan sering berkunjung balas ke blog kita. Blog yang sentiasa update dengan pelbagai info dan kisah Mia sendiri..
Eyda pun tak sangka kali nih blog Eyda masuk ke dalam carta pengkomen tegar mia untuk bulan Januari 2015.. Thanks Mia sudi menyenaraikan blog akak dalam senarai tersebut..
Jom kita terjah blog mereka.. Boleh jer klik kat link yang ada atau klik jer kat gambar di atas.. Kedua-duanya boleh trus ke blog mereka.. Apapun terima kasih sekali buat mereka kerana sudi buat entry tersebut.. Sebagai penghargaan, inilah entry buat mereka..
Ia juga sebagai tanda terima kasih hasrulhassan.com kepada blog-blog yang telah menyenaraikan blog hasrulhassan.com sebagai salah satu daripada banyak blog paling best di Malaysia untuk tahun 2015.
KLIK BANNER UNTUK JOIN |