Kisah Pemadam dan Pensil
2/14/2015 09:01:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seronok pulak nak share cerita ni..
Kisah Perbualan Antara Pemadam & Pensil :
📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.
📏Kenapa?
.
✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?
✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
✏Kenapa engkau sibuk?
📏Aku pemadam, ini kerjaku
✏Ini bukannya kerja!
📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
✏Engkau salah dan sombong!
📏Kenapa?
✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
📏Engkau masih bencikan aku?
✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.
📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
Sahabat-sahabatku sayang
Kenapa kita tidak berterima kasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?
Moral dari cerita ini juga.
Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
Kerana orang yang membantu biasanya tidak diminta untuk dibalas tapi cukup sekadar dikenang dan dihargai sudah pun memadai.
Sumber info dari whatsapp.. gambar kredit google..
11 comments
pun suka baca kisah2 perumpman mcm ni. so much to learn kan ;)
ReplyDeleteBanyak pengajaran dari cerita ni kan..nice sharing :)
ReplyDeleteSS pakai pencil tekan2 cemana nak asah? He He He...
ReplyDeleteTak payah asah laa.. just tekan2 sampai abis mata pensil tuh.. hehehe..
Deletebagus taw cerita pengajaran yang guna perumpamaan ni,so kita boleh nampak jelas... nice sharing... ^^
ReplyDeletei like! :) and at the same time, kena jadi mcm pemadam jugak. kawan buat salah, kita cuba bantu utk tegur. hmmm payah jugak jd pemadam ni
ReplyDeletegud sharing akak...
ReplyDeletebagus cerita ni. pengajaran yang sangat berguna
ReplyDeleteI need pemadam rite now!
ReplyDeleteHehe.
jadilah pemadam dan pencil yg saling lengkap melengkapi..sis JM jadi pensil Eyda jadi pemadam nak? hihihi
ReplyDeleteayu suke bace kisah mcm ni
ReplyDeletesekaligu sboleh buat kite berpikir..
kadang kite sggp berkorban
tapi sakit bile pengorbanan kite ni lgsung xdhrgai
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..