info

GST???

3/31/2015 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. GST oh GST.. Ermm esok bermulanya GST yang dihebohkan sekarang..

Apa pendapat korang bila tengok resit dari stesen minyak nih? Apa yang kena GST? Minyak petrol ke barangan di stesen minyak tuh sendiri..




Nak tau jawapannya, esok kita isi minyak dan tengok resit yang kita dapat tuh.. Apa yang kena GST dan apa yang tak kena GST..

Malam nih nak tengok adakah minyak petrol akan naik menjelang esok? Setiap hujung bulan, itulah salah satu benda yang kita nantikan.. Kalau naik, malam nih boleh laa tengok banyak kereta berderet kat stesen minyak..




free gift

FRee GiFt KiT KaT

3/31/2015 10:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih tak tau Eyda nak update pasal apa.. Tetiba tengok gambar, ada laa something untuk berkongsi di sini..

Ini kejadian Jumaat lepas.. Operasi membeli barangan umah yang sudah dan akan menghabiskan dirinya.. Biasa laa kan.. Benda dah guna mesti laa nak abis apa bagai kan..

Seperti biasa Eyda akan rembat coklat Kit Kat kalau shopping nih.. Ada jer tukang makan nanti.. Eyda pun suka jugak makan time mencari benda nak mengunyah di rumah..


Beli dua pek Kit Kat dapat laa bekas nih.. Kit Kat + Stackable Container


Hajat dihati nak tambah koleksi Stackable Container dari Kit Kat nih.. Sebelum nih dah pernah beli.. Menarik jugak bekasnya.. Boleh guna kalau ada potluck atau nak berkelah dengan family..

Tapi bila beli tuh, Eyda dapat free gift Kit Kat kat bawah nih.. 1 pek Kit Kat dalam bekas tin gitu.. Asal nak beli 2 pek, Eyda dapat 3 pek.. Untung tak? Free gift yang Eyda dapat nih ikut harga barang Kit Kat yang kita bayar.. 



1 pek Kit Kat dan bekas tin nih..


Boleh laa Eyda letak apa-apa barang kat dalam tin Kit Kat nih.. Menarik tau.. Okey laa kat bawah nih Stackable Container yang Eyda beli sebelum nih.. Yeay, Eyda dah ada 2 bekas nih.. Tak sabar nak guna.. Hehehe benda free laa katakan..


Ni Stackable Container sebelum nih..


Okey laa korang.. Eyda nak sambung buat keja balik.. Esok ada meeting lagi.. Penatnya rasa..



makan

Resepi Tomyam Kaki Ayam

3/30/2015 10:17:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin buat semua.. Mesti ada yang tak berapa ada mood hari nih.. Biasa laa hari pertama mula kerja..

Ermm minggu lepas Eyda banyak berkongsi resepi apa bagai kan.. Hari nih pun Eyda nak sambung lagi.. Nih laa menu yang menaikkan selera Eyda di hari minggu baru nih..

Bukan Eyda jer yang berselera.. Abis sekeluarga berselera makan.. Sampai ada sesi ratah meratah lagi.. Itu tak kira bab ulang makan apa bagai.. Hehehe..

Korang tengok gambar pun dah tau kan apa menunya.. Apa lagi kalau bukan Tom Yam.. Ini menu tomyam kaki ayam ya.. Eyda tau ada kat sini mungkin tak suka makan kaki ayam nih, boleh jer tukar dengan bahan yang lain.. Eyda guna kaki ayam sebab anak-anak dan husband suka..


Tom Yam Kaki Ayam


Bahan-bahan

* 1 kg kaki ayam

* 2 peket perencah tomyam

* 2 kiub tomyam

* 2 biji tomato bersaiz besar (boleh tambah jika suka)

* 1 peket jagung muda

* 2 biji lobak merah

* 1/4 bunga kobis

* 3 batang serai

* 5 helai daun limau purut

* 1 biji bawang besar (dipotong 4)

* 5 biji cili padi (diketuk)

* Garam secukup rasa


Cara-caranya

# Buangkan bahagian kuku ayam dan bersihkan. Kemudian rebus kaki ayam tersebut ke dalam periuk sehingga mendidih untuk memudahkan membuang lebihan kulit yang berwarna kuning dan mengurangkan lemak pada kaki ayam tersebut.

* Masukkan kaki ayam yang telah dibersihkan sepenuhnya ke dalam periuk.. Eyda guna periuk nasi elektrik.

* Masukkan air sehingga menenggelamkan kaki ayam tersebut. Masukkan perencah tomyam, kiub tomyam, serai, daun limau purut dan tomato.

* Biarkan sehingga mendidih atau kaki ayam lembut.

* Baru masukkan bawang besar, cili padi, jagung muda, lobak merah, bunga kobis.

*  Biarkan seketika. Kemudian boleh angkat untuk dihidangkan.

* Selamat mencuba!


# Boleh tambah sayuran yang lain seperti kobis. Eyda letak yang menjadi pilihan keluarga dan Eyda boleh makan sahaja.


Untuk menu ni jer, memang bertambah-tambah laa diaorang makan.. Lastly, makan tomyam nih bersama dengan megi.. Huhuhu memang terbaik laaa..




 


segmen & GA

Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak

3/30/2015 10:03:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom join segmen sahabat blogger kita nih..


http://juliajamaludin.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html
Klik banner untuk join

Hadiah
Topup RM10 x 3 pemenang.
Topup RM5 x 4 pemenang.
Encik random akan digunakan untuk sesi pemilihan pemenang.
Segmen ini akan berlangsung selama seminggu bermula hari ini 30/03/2015 sehingga 05/04/2015 jam 11.59 malam.




event

EaRtH HouR 2015

3/28/2015 02:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat hari minggu untuk semua.. Hari nih merupakan sambutan Earth Hour pada tahun ini..






Apa kata malam nih, jom kita sama-sama menyokong usaha untuk memelihara bumi ini.. Kita cuma perlu padamkan lampu dan segala peralatan elektrik selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sahaja..




pemenang segmen & GA

Pemenang Segmen Bloglist by JINDRISSKA

3/28/2015 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu semua.. Hari nih Eyda nak update tentang segmen yang Eyda join dan berjaya.. Alhamdulillah Eyda dah berjaya memenuhi bloglist sahabat blogger kita.. Siapa? Jawapannya Aisya.. Thanks kepada pakcik Random dan Aisya..






Yang pertama plak tuh menjadi pilihan pakcik Random.. Memang tak sangka Eyda.. Apapun thanks banyak-banyak Aisya.. Tak sabar akak nak tunggu GA Aisya.. 






resepi

Resepi Nasi Goreng Simple

3/27/2015 03:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu nih Eyda banyak story pasal makan jer kan.. Mungkin selera dah ke laut, mungkin dengan up entry sebegini dapat mengembalikan selera Eyda yang ntah menghilang ke mana..

Semalam pun Eyda dah story yang Eyda kurang selera makan.. Sebenarnya dah banyak hari Eyda hilang selera nak makan nih.. Siang ok lagi masih makan, bila malam menjelma, selera makan ntah hilang ke mana.. Tak terasa nak makan pun.. 

Jom share menu-menu yang menarik ngan Eyda, manalah tau dengan menu-menu yang simple dan sedap boleh menambahkan selera Eyda nih..

Okey laa, Eyda nak share resepi nasi goreng simple dengan korang.. Anak-anak selalu mintak Eyda masak nasi goreng nih.. Simple, sedap dan cepat..


Nasi Goreng Simple



Bahan-bahan

* Nasi putih

* Sambal belacan (Eyda guna lebihan beli nasi bawal)

* Kicap

* Minyak masak untuk menggoreng


Cara-caranya

* Gaulkan sambal belacan dengan nasi putih sehingga rata ke semua nasi

* Panaskan minyak masak, dan sedia untuk menggoreng nasi yang telah digaulkan dengan sambal belacan tadi

* Tuangkan kicap, gaul lagi sehingga rata

* Angkat dan sedia untuk dimakan


# Boleh dimakan bersama ikan bilis goreng dan telur mata.. Anak-anak siap bagitau tak mau ikan bilis.. Cuma nak makan dengan telur mata jer..







Eyda

BiLa TiaDa SeLeRa DaN KeMaLaSaN MeLaNDa

3/26/2015 01:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini rasa tak berselera nak makan? Kalau korang rasa macam tuh, apa yang korang jamah?

Kekadang boleh jadi macam gambar kat bawah ni jer.. Termenung sambil tengok makanan.. Mulut pun rasa tak berselera nak jamah makanan di depan mata..


 http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0CAYQjB0&url=http%3A%2F%2Fdakuamatmenyintaimu.blogspot.com%2F2013%2F06%2Fpunca-hilang-nafsu-makan.html&ei=03kSVc-HJoOUuATl1oCIBg&bvm=bv.89184060,d.c2E&psig=AFQjCNHIUWj4Gs0B2OM_SXq6rRAE_Wz6zQ&ust=1427360500965423
sumber


Eyda nih kekadang bila tak tau nak makan apa, Eyda makan roti kering cicah air kopi jer.. Sambil layan tv.. Itu kira dah abis modal laa nak mereka menu nak jamah untuk diri sendiri..

Kalau tak pun, Eyda cari makanan berkuah macam nih bila abis tak ada selera nak makan dan kemalasan melanda diri.. Tapi bukan selalu, sekali sekala jer.. Lagipun bukan bagus sangat makan benda-benda sebegini kan?
 


Megi kosong jer


Okey laa, apa laa yang Eyda merepek di tengahari nih kan.. Apa salahnya kan, sekurang-kurangnya berupdate laa jugak blog Eyda.. Hehehe..

Tetiba rasa penat.. Bukan apa, di kala transport tiada, kena attend meeting plak.. Tengah memikir macam mana nak ke tempat meeting nih.. Apapun dah bagitau bos hal nih.. Huhuhu.. Harap alasan diterima pakai..




segmen & GA

Contest petua dan herba Kongsibersamanora

3/25/2015 03:41:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari nih Eyda nak join contest sambil berkongsi petua dan herba yang mudah untuk kita perolehi dan dapati.

Herba yang Eyda ingin kongsikan ini, ianya memang digunakan dalam masakan kita iaitu serai.. Serai ada pelbagai jenis tapi Eyda cuma ingin berkongsi mengenai serai makan.. 

Tahukah korang bahawa serai nih banyak manfaatnya dari segi kesihatan dan kecantikan? Jika anda tak tahu, meh tengok apa yang Eyda perolehi dari hasil pencarian di dalam internet nih..


 http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html



Nama saintifik : Cymbopogon citratus
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan
Famili : Graminae


Ada sesiapa tak kenal dengan pokok serai? Kalau tak kenal, meh tengok skit pokok serai yang ditanam dihalaman rumah Eyda nih.

Pokok Serai


Untuk pengetahuan semua, Serai ini sebenarnya tumbuhan yang amat mudah ditanam sekitar rumah, dan ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi. 

Oleh itu, ianya memang menjadi pilihan Eyda untuk menghiasi halaman rumah. Tapi jangan terpedaya ya, bukan Eyda yang tanam tapi encik suami yang tanam. Hehehe..

 
Banyak tak? Ini sebahagian jer..



Eyda memang tak sangka banyak manfaat dari serai makan nih. Yang Eyda tau serai wangi jer guna nak halau serangga apa bagai tuh..

Okey laa, Eyda pun tak mau merepak banyak-banyak, meh kita lihat manfaat serai dari segi kesihatan dan kecantikan. Petua di bawah ini juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi
Ada sesiapa yang mempunyai masalah gigi kuning kerana merokok atau sebagainya? Jika ada jangan risau, ianya boleh di atasi dengan menggunakan serai sahaja. Caranya dengan menumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pasa gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai? Mungkin ianya agak janggal kan bagi kita? Tapi tahukah anda dengan meminum air rebusan serai dengan teh ini mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai juga dapat membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Anda pernah mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi? Ada caranya untuk melegakan sakit anda itu dengan meminum air teh limau bercampur serai. Ini kerana serai dapat bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Tahukah anda bahawa serai juga mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai ini dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Ada wanita di sini yang mempunyai masalah senggugut? Apa kata anda cuba amalkan meminum air teh serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja melegakan senggugut anda, malah rasa mual juga dapat diatasi. 

Agen pencegah kanser
Tahukah anda bahawa setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat di dalam serai dipercayai mampu mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan merangsang peredaran darah. Caranya ialah dengan mengambil minuman yang mengandungi serai setiap hari, ianya sangat membantu dalam menurunkan paras hipertensi.

Mencantikkan kulit
Wanita memang tidak lari dari mementingkan kecantikkan. Tahukah anda bahawa penggunaan daun serai dalam bidang kosmetik memang tidak asing lagi. Ini kerana kesan penggunaan kosmetik yang mengandungi daun serai dapat menghilangkan jerawat malah ianya juga berfungsi sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan ini amat berguna khususnya dalam mengubati infeksi (jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti infeksi kulit, tiput (jangkitan bakteria pda usus kecil), keracunan makanan dan ianya juga dapat menghilangkan bau badan.

Diuretik
Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik. Ini kerana ianya dapat meredakan kejang-kejang otot dan anti rematik (sakit sendi). Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Ambil sebanyak 5 gram akar serai dan dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu ambil air rebusan serai tersebut untuk diminum. Amalkan minuman ini dua kali sehari.


Banyakkan khasiat serai nih. Jika kita menghadapi masalah di atas, boleh laa kita cuba petua di atas, bukan saja murah malah mudah untuk diamalkan.


Eyda suka membaca entry-entry berikut dari blog KongsiBersamaNora

Khasiat dan kebaikan kunyit

Bahaya cacing dan petua 

10 Kebaikan minum susu 



"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh - tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"






wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #6

3/25/2015 10:13:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 





You'll never be brave
if you don't get hurt.

You'll never learn
if you don't make mistake.

You'll never be successful
if you don't encounter failure.





resepi

Resepi Ayam Masak Kicap

3/24/2015 04:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sehari Eyda tak bersiaran ya.. Tak sempat nak buat autopublish entry dan memang tak sempat nak menaip entry..

Memandangkan semalam Eyda masak ayam masak kicap jadinya hari nih Eyda nak kongsi resepi ayam masak kicap.. Alaa resepi simple-simple jer pun..


Ayam Masak Kicap

Sori pinggan agak comot untuk tontonan.. Almaklum sajalah dah lepas makan nasi baru terhegeh-hegeh nak snap gambar..


Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

* 1/4 ekor ayam atau ikut kesesuaian family korang

* 1 biji bawang besar (dipotong halus)

* 3 ulas bawang putih (dicincang halus)

* 1 1/2 sudu cili giling (ikut tahap kepedasan yang anda ingini)

* Sos tiram secukup rasa

* Kicap secukup rasa

* 3 biji cili padi - dipotong kecil (ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)

* Air (ikut banyak mana kuah yang anda ingini)



Untuk menggoreng ayam

* Garam

* Serbuk kunyit

* Minyak masak


Cara-caranya

* Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan

* Tumiskan bwang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

* Masukkan cili giling dan gaulkan seketika.

* Masukkan sos tiram, kicap dan air. Biarkan mendidih seketika.

* Masukkan ayam goreng dan biarkan mendidih dan tutup api..

* Angkat dan sedia untuk dimakan. 







segmen & GA

Contest Cuba Teka Ringtone Saya by Mama Darwiish

3/24/2015 01:01:00 PM


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom main teka-teka..


http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/03/contest-cuba-teka-ringtone-saya-by-mama.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Jawapan Eyda

Emm saya rasa ringtone MD adalah no 7.  Taeyang - 눈,ì½”,ìž… (Eyes, Nose, Lips)



Tamat : 19 April 2015






info

Hari Air Sedunia

3/22/2015 09:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah korang hari ini merupakan Hari Air Sedunia? Kalau korang tak tahu meh baca apa yang Eyda dapat melalui Wikipedia nih..

 



Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun setelah pengisytiharan dilakukan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada tahun 1993. Ketika hari tersebut, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melaksanakan rancangan yang dipersetujui dan menggalakkan aktiviti berkaitan sumber air dunia.



Logo Hari Air Sedunia Tahun 20115


Sumber dari Majalah Kuntum bulan Mac 2015


Fakta Menarik 

* Lebih daripada 3.4 juta orang mati setiap ahun disebabkan perkara berkaitan air, sanitasi dan kebersihan. Hampir semua kematian tersebut iaitu 99 peratus. berlaku di negara-negara membangun.

* Sebanyak 780 juta orang kekurangan akses kepada sumber air yang ditambah baik kira-kira satu dalam setiap sembilan orang.

* Kurangnya akses kepada air bersih dan sanitasi meragut nyawa kanak-kanak pada kadar yang bersamaan dengan sebuah jet jumbo yang terhempas setiap empat jam.

* Daripada jumlah 60 juta penduduk yang bertambah di bandara dan bandar raya dunia setiap tahun, kebanyakannya akan berpindah ke penempatan tidak formal yang tiadak kemudahan sanitasi.

* Dianggarkan lebih daripada 152 juta jam masa wanita dan kanak-kanak perempuan digunakan untuk keperluan paling asas manusia - mengambil air untuk kegunaan domestik.



Tip Jimat Air

Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari. Dengan mengikuti tip-tip menjimatkan air di dalam rumah, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari.

* Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada 5 minit. Tahukah anda, air dapat dijimatkan anggaran dalam kadar 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah. Memang menjimatkan.

* Tutup papip air semasa mencuci rambut anda dan dapat menjimatkan sehingga 600 liter air sebulan.. Wah banyak betul kan?

* Tutuplah paip air semasa anda menggosok / menyabun tangan.

* Mandi air pancurn dan bukannya mandian rendam.. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air.. Ini memang betul-betul pembaziran.

* Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tanaman di rumah.





anak-anakku

SNaCK PouCH DuTcH LaDY @ PeTRoNaS

3/21/2015 03:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingat lagi tak dengan entry Snack Pouch Dutch Lady? Yeay Eyda nak bagitau yang Eyda dah berjaya kumpul dua Snack Pouch tuh..

Satu dibooking oleh Izzat dan satu lagi dibooking oleh Kimie.. Ibu dia tak dapat apa.. Huhuhu.. Alaa Eyda tak kisah sangat.. Beli pun suka-suka jer.. Dah tau mesti ada yang rembat..


Sekali hadap licin susu tuh.. Hehehe..

Dah kena booking..


Kimie pilih warna coklat.. Izzat ambik warna biru.. Okey dah jadi hak milik diaorang.. Lepas nih boleh laa letak air kotak yang sejuk dalam Snack Pouch nih..





info

BuKu PaNDuaN HaRGa PenGGuNa - GST

3/20/2015 02:51:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kecoh alkisah GST nih kan.. Eyda pun baru nih ada ke Petronas, tengok ada buku panduan pengguna berkenaan GST nih kat kaunter diaorang.. Apa lagi Eyda ambil laa satu.. Nak tau jugak laa kan apa alkisah GST nih.. Lagipun ianya diberi secara percuma jer..

Eyda cuba snap, tapi tak berapa ok, jadinya Eyda print screen jer dari web KPDNKK.. Atau pun korang boleh jer berkunjung ke Ebook KPDNKK..

Kat sini ada pelbagai lagi buku yang korang boleh lihat dan baca selain buku Panduan Harga Pengguna berkaitan GST nih.. Yang Eyda kongsi panduan harga nih pun untuk Zon Utara laa.. Ada lagi zon-zon yang lain di dalam laman web tersebut..


Inilah rupanya buku panduan harga pengguna edisi Utara




Apa yang Eyda tengok banyak juga barang yang naik harga, contoh macam lingkaran ubat nyamuk, spray ubat nyamuk, sardin, megi, susu selain dari susu bayi, milo, horlick, minyak masak selain minyak sawit, mentega kacang, kicap, sos ngan ada beberapa barang lagi..

Eyda nampak akan ada peningkatan perbelanjaan bulan depan.. Dah sekarang pun terasa dengan peningkatan harga barang, selepas GST Eyda tak tau laa macam mana keadaannya..

Sekarang pun dah mula berkira-kira nak kumpul stok barang yang bakal naik harga selepas GST dulu.. Eyda yang bekerja tetap pun terasa dengan peningkatan nih, kalau yang bekerja tak tetap bagaimana laa keadaan mereka..

Apapun semoga perkongsian Eyda nih kita dapat bersedia menghadapi GST yang bakal kita hadap tak lama lagi.. Menghitung hari laa kita.. Tadi isi minyak kereta pun ada item untuk GST.. Minyak kereta bakal mahal lagi ke selepas GST nih? Sama-sama kita nantikan.. Huhuhu..





tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #5

3/20/2015 10:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 





Bersyukurlah walaupun kita tidak sentiasa mendapat semua yang kita mahu.
Tetapi bersyukurlah sentiasa kerana kita DIBERI apa yang diperlukan & ingatlah bahawa Allah SWT tidak pernah jauh dari HAMBAnya.





anak sedara

aNaK SeDaRa BaRu

3/19/2015 10:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah ramai betul anak sedara Eyda.. berderet-deret banyaknya.. Dari yang dah kawin sehinggalah umur beberapa bulan..

Kali nih Eyda nak kenalkan anak sedara yang ke-33 kalau tak salah.. Ramai kan anak sedara Eyda sebelah husband Eyda.. Baru berumur 2 bulan.. Kecil lagi.. Eyda pun baru jer tengok anak sedara terbaru nih..

Nama anak sedara yang baru nih Ahmad Nur Hadi..  Muka nak macam kakaknya.. Tunggu beberapa bulan lagi dah berubah wajahnya nanti..





Geram Eyda kat budak tecik nih.. Sempat laa jugak melayan dia.. Tido pun tak jerap gara-gara selesema.. Sian kat dia..




Eyda

TuLiSaN BeSaR VS TuLiSaN KeCiL

3/17/2015 03:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Korang masih ingat ke dengan entry Cabaran Menulis Entry Dengan Tulisan Tangan baru-baru nih.. Kali nih Eyda datangkan dengan versi tulisan huruf besar vs tulisan huruf kecil..

Korang boleh laa tengok perbezaan tulisan Eyda.. Korang boleh laa nilai sendiri tulisan Eyda.. Bagi Eyda, suka tengok yang tulisan besar lagi nampak lagi cantik dan kemas berbanding tulisan kecil..


Tulisan Besar


Tulisan Kecil


Merajin betul laa Eyda menulis kan.. Buat penuh buku jer tulis macam-macam.. Tak pe selalu diari pun tak penuh.. Bukan tulis sesangat.. Kalau pergi meeting ada yang tulis banyak dan ada sebaliknya.. Macam mana tak banyak buku nota dan diari.. Hehehe..




segmen & GA

Segmen follow back Kisahati Wanie

3/17/2015 09:56:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom sama-sama kita support segmen Wanie nih.. Segmen ini dibuat berikutan blognya yang lama diserang virus sehinggakan dia tidak dapat membukanya.. Untuk meneruskan minat berblogging dan mengembalikan rakan-rakan blogger yang lama.. Meh kita support segmen ini dan kembali follow blog Wanie yang baru nih..


http://kisahatiwanie.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Segmen berlangsung sehingga 31 March 2015




segmen & GA

2nd Giveaway by Ainie Zulaikha

3/17/2015 09:46:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

http://ainiezulaikha.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-by-ainie-zulaikha.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

* Maaf saya tiada Twitter dan Instagram

TOP REFERAL : Hadiah misteri *fina  Craft item *ika 

Hadiah:
Topup RM10 x 2 peserta *haida
Topup RM10 x 1 peserta *khaty69
Keychain UK x 2 peserta *ayuni
Topup RM10 x 2 pesrta *fina
Topup RM5 + Review blog x 1 peserta *hazwani
Topup RM5 x 2 peserta *along
Topup RM5 x 2 peserta *mira
Frame room decor x 2 peserta *hikmatul
Bookmark LE x 3 peserta *ruqaiyah
Edit Blog x 1 peserta *lia
Banner x 2 peserta *lia
Review Blog x 2 peserta *lia
Freebies x 3 peserta *beta
Inner bawal x 1 peserta *aiin



Tamat : 15 April 2015



izzat

RiNDuNYa

3/16/2015 02:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ehh Eyda nih rindu merindu kat sapa laa plak kan? Eyda rindu kat budak Debob nih..

Masa Eyda transfer gambar dalam kamera, tertengok gambar budak nih.. Tetiba rindu bertandang di hati ini.. Baru jer tak jumpa sehari dah rindu lebih-lebih kan.. Esok dah nak ambik pun..

Esok ada kenduri sebelah rumah mertua.. Jadinya esok balik ke sana skali laa bawak budak-budak balik ke rumah.. Tak payah nak ulang alik banyak-banyak kali kan..


Cute jer Izzat buat muka dan gaya macam tuh..







Sesaja dia nak ibu snap gambar dia.. Tuh yang dia buat macam-macam gaya kat tingkap pintu kereta tuh.. Balik jer dari sini, dapat laa something.. Jom tengok skit apa bendanya..


Cupcake.. Tapi rasanya tak sesedap rupanya.. Huhuhu..


Okeylah, tak sabar nak tunggu esok nak jumpa anak kesayangan..



Blog yang Diikuti