HaDiaH GA JaNuaRi 2015 #2

3/02/2015 06:14:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sori kerana entry nih terpendam dalam draft lama sangat.. Bukannya apa, gambar yang berkaitan tak dapat nak upload kerana kabel kamera menghilangkan diri setelah sekian lama..

Bila dah jumpa, kena cepat-cepat upload dan publish laa kan.. Okey laa, harap korang jangan plak meluat tengok entry yang dah agak basi nih..

Apapun entry nih sebagai penghargaan kepada penganjur GA dan sponsornya.. Tidak lupa juga sebagai ingatan Eyda kepada mereka yang sudi memberikan hadiah-hadiah nih..

Jom kita tengok hadiah-hadiah GA yang telah selamat sampai ke tangan Eyda..

Hadiah pertama ni daripada Scha Nazri.. Dia merupakan salah seorang sponsor hadiah.. Terima kasih Scha Nazri untuk hadiah tudung dan shawl nih.. Walaupun lambat kerana dia terlalu sibuk, tapi Eyda tak kisah.. Asalkan hadiahnya dah selamat tiba..




Hadiah kedua nih plak daripada Ibu Zarith.. Hadiah utama bagi GA nih memang lumayan, iaitu berupa emas 1gm.. Ni GA yang Eyda sertai.. Apapun hadiah nih pun memang bagus untuk kesihatan dalaman kita..

Eyda teringin nak beli setnya yang lain.. Bagus pantilinear nih, walaupun harganya mungkin dirasakan agak mahal, tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman bagi perempuan atau wanita..



Ini antara cloth pad yang dijual.. Kita boleh pilih dalam web pagenya iaitu Snowdrop.. Macam-macam pakej ditawarkan mengikut bajet dan kesesuaian diri kita sendiri.. Boleh laa korang tengok sendiri ya kat link yang Eyda sertakan tuh..


Hadiah terakhir di bulan Januari 2015 datangnya daripada Mommy Irra.. Thanks Mommy Irra kerana dengan tiket nih, Eyda dah berjaya bawa anak-anak ke Kidzania..





Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan hadiah-hadiah nih.. Hadiah-hadiah di bulan Februari akan menyusul nanti.. Tunggu ya.. Maaf laa kalau entry nih terlalu ringkas dan padat..




You Might Also Like

22 comments

  1. Erkk .. saya cari entri GA yang saya anjurkan, nampaknya dah tak ada ... hmmm memang tak menarik ehh? Sob Sob .. sedih lak rasa.

    Apapun terima kasih sbb hantar penyertaan.

    Jom Aktifkan MyKad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ada laa Hasrul Hassan cuba check http://izzeyda.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html

      sori kalau HH tak jumpa..

      Delete
    2. macam mana nak pujuk nih.. huhuhu..

      Delete
    3. eh ada orang merajuk lahhh.. hehe.. :D

      Delete
  2. Tahniah, Eyda. Kiranya Januari memang Eyda 'bergelumang' dengan hadiah hihihi

    ReplyDelete
  3. Tahniah eyda... kembang kucup kembang kucup jer dapat hadiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati berbunga2 bila dapat hadiah.. hehehe..

      Delete
  4. Tahniah...k.Eyda ni mmg selalu luck baik punya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.. ada masa luck kurang baik, tak da jugak.. kalau mai luck baik berderet2.. apapun semuanya rezeki masing2..

      Delete
  5. cmne cable tu boleh mghilangkan diri
    mesti merajukdgn akk ni,,,
    heheheh tahniah kak..
    bertuah akk bulan februari yeee
    semoga sentiase bertuah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang masa cari barang.. selalunya kabel kamera, charger dan lain2 kabel simpan satu tempat, masa cari barang tuh terletak tempat lain.. nasib jumpa jugak akhirnya, dapat jugak cas dan transfer gambar2 yang ada dalam kamera..

      Delete
  6. Tahniah..byk nya dapat hadiah GA..tak rugi join GA byk2...ada nasib menyebelahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank kak JM.. itulah join pun macam hobi jer.. bila dapat hadiah tuh kira rezeki Eyda laa.. sekurang2nya dapat jugak menambah kenalan kat alam maya nih..

      Delete
  7. tahniah eyda.
    memang banyak betul hadiah eyda dapat

    ReplyDelete
  8. memang best hadiah yang eyda dapat..tahniah2..eyda memang layak dapat hadiah sebab rajin join ga dan segmen ;D

    ReplyDelete
  9. Tahniah eyda banyak dapat hadiah rezeki

    ReplyDelete
  10. wah, murah betul rezeki kak Eyda ye.. tahniah :) jeles lak saya. hahahha

    ReplyDelete
  11. huwaaaa Kak Eyda.. banyak nyeee memang..
    macam mana tips ? share sikit ehehe..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti