KeRanG DaN aNaK-aNaK
5/08/2015 12:32:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai kerang pun boleh jadi bahan ya.. Tak kisah laa apapun, asalkan menarik untuk berkongsi Eyda kongsi jer..
Alkisah nih hari Jumaat yang lepas.. Eyda keluar nak cari kaki ayam untuk masak tomyam kaki ayam.. Malangnya apa yang dicari tidak ketemui.. Akhirnya, Kimie tengok kerang, dia suruh Eyda beli.. Okey dari menu kaki ayam kita bertukar ke kerang rebus..
Mulanya Eyda tinggalkan kerang tuh seketika, sambil buat kerja yang lain.. Nak tau, si Kimie tuh ambik satu kerang dan bermain dengan kerang tuh.. Main?
Nak tau si budak Kimie ambik kayu aiskrim dan letakkan kat kerang tuh masa dia buka cengkerangnya.. Banyak kali dia main macam tuh, baru dia letak kerang tuh dalam cawan yang diletakkan air bercampur garam.. Eksperimen Kimie nak bela kerang..
Hehehe kengkononnya nak bela laa.. Amboii ada-ada saja lah budak Kimie tuh.. Pandai mereka cipta dan buat eksperimen macam-macam.. Jom laa kita ushar kerang yang dia ambik tu..
Siap snap dekat-dekat lagi |
Kimie siap abadikan kerang tuh dengan snap gambar untuk simpanan.. Izzat pun tengok kerang sampai terlentok.. Diaorang suka usik kerang yang terbuka.. Lama jugak laa diaorang main..
Lewat petang Eyda saja laa ushar kerang tuh, tengok-tengok dah kojol.. Hai dah mati kerang yang diaorang main tuh.. Apapun mereka dapat belajar sedikit sebanyak tentang kerang..
20 comments
comel jea dia... hihi :)
ReplyDeletecomel ke Meeya Techik? hehehe..
Deleteaik, nak bela kerang... haha.. kelako
ReplyDeleteitulah, tetiba nak bela kerang.. kelakar pun ada, tapi ok laa baru otak mereka berkembang.. :)
Deleteanak-anak... semua pun nak dieksperimenkan .. hihi..
ReplyDeleteya betul tuh Lia.. macam-macam belajar, macam2 laa nak dieksperimenkan..
Deletepandai dia..hahaha
ReplyDeletehehehe tak terjangkal akal ibu dia..
Deletehaha. imaginasi anak2 mmg kdg2 kita pon tk terjangka. huhu tp good for their thinking. :)
ReplyDeleteya betul tuh CXopportunities.. memang tak terjangkal akal ibu dia nih..
DeleteHahahaha kerang pun nak bela ya kimie..
ReplyDeletentah tetiba jer dia nak bela.. hehehe..
DeleteNasib xbaik kerang tu mati kan..
Deletepart paling bijak tu...di letaknya garam dalam air..konon2 kerang tu berada dalam air laut lah eh hihihhi
ReplyDeleteitulah pasal, sebab sebelum tuh Eyda cakap kerang akan mati kalau kena air paip.. itu yang dia letak garam dalam air tuh.. hehehe..
Deletekalau lah si kimie tu tanya kerang ni betina ke jantan..mesti mati kutu nak jawab kan :-)
ReplyDeletehahaha yang tu memang Eyda tak tau nak jawab.. hehehe..
Deletelawaklah akak ni.. dah kojol hahaha..
ReplyDeletekerang tu x kepit ke bebudak tu.. isk yang besor ni pun takot eh nak main ngan kerang..
kalo nampak kat pasar pegang sket2 je.. takot trkepit..
lawak ke CT? hehehe.. Kimie ada tanya jugak sakit ke kalau kerang nih kepit? akak kata nak tau try laa.. tuh yang dia guna kayu aiskrim usik kerang nih..
DeleteTak pernah pulak dengar orang bela kerang...hehe.. :)
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..