JaDuaL DaN TaMBaNG ETS KL SeNtRaL - PaDaNG BeSaR
7/14/2015 09:04:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lanjutan daripada adanya perkhidmatan ETS yang menyambungkan antara KL Sentral ke Padang Besar sepertimana entry di SINI.. Di sini Eyda nak sertakan jadual dan juga tambang yang dikenakan untuk setiap destinasi..
Jadi bolehlah ianya dijadikan rujukan dan panduan untuk sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS nih..
ETS
Perkhidmatan ini bermula pada 11 Julai 2015 dan hanya berhenti di 15 hentian bermula daripada KL Sentral - Padang Besar.
Perkhidmatan Tren ETS Transit Ipoh - Butterworth - Padang Besar dan sebaliknya
Perkhidmatan ini telah bermula pada 10 Julai 2015. Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen daripada Ipoh ke Padang Besar. 10 stesen hentian baharu turut diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Permulaan ini, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.
Para penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula pada hari ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang KTM Berhad di http://www.ktmb.com.my atau Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862
35 comments
Teringin nak naik ETS ^-^
ReplyDeletenani kalau buat gathering ke boleh laa naik ETS tu Zumal..
DeleteBoleh juga... Cepat la sampai...
Deletemenarik...dah ada ETS leh pegi rumah Zumal beraya hihih
Deletehehehe boleh laa jumpa kak JM..
Deletemacam best ja.. hehe
ReplyDeletetu laa nampak best sangat, teruja plak nak naik kan..
Deletealhamdulillah :) moga KTMB semakin cepat improve banyak2. bilangan trip & paling penting, ketepatan masa :D
ReplyDeleteya betul tu.. apapun tak sabar laa nak cuba perkhidmatan baru nih..
Deletebaguslah ada peningkatan.. kita bukan x mau maju tapi
Deletekena upgrade sikit2.. tngk kesesuaian..
Abah dah belikan tiket untuk adik..
ReplyDeletehuntung budak tu dapat merasa naik awal...
soh adik snap gambar lekaih.. cakap kat adik nnt kakak nak review =D
DeleteKelantan xleh naik xde laluan huhuju...
ReplyDeleteitulah kan Ekin, in shaa Allah mungkin ada laa nanti..
Deletekalau la Kelantan ada nak try gak naik ni hihihihi
Deleteishh..nak ke Ipoh dan JJCM di Penang, nak shopping di Padang Besar x perlu lagi nak KTM yg bunyi bising dan berjam-jam lamanya tu....ohh...menarik nya
ReplyDeletebahaaha haaa dah x ada alasan xmo mai Penang.. cepat2 plan trip makan2 di penang..
Deletei menanti dengan penuh hati terbuka ni..
kak JM nak mai kot Penang roger-roger laa kami..
Deletemenarik-menarik...lepas raya nk rangka perjalanan jalan-jalan dalam msia lak heeee
ReplyDeletelepas tu boleh laa share pengalaman naik ETS nih..
Deletewoaaah bagus ni Kak Eyda.. kalau nanti nak cilok info boleh ? hehehe..
ReplyDeleteso kalau kita nak naik dari Butterworth - KL means kena tukar train di Ipoh la eh ?
tak ada direct kan Butterworth - KL.. alamak tukar2 ni malas.. elok tido dah smpai Ipoh kang terlajak..
Boleh CT,info ni pun untuk semua orang..ada CT, ETS direct ke KL Sentral..tengok jadual KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral..cuma dia hanya akan stop di 15 stesen jer..
DeleteNice sharing.. Sha pernah naik ETS nie dari Ipoh ke Tanjung Malim.. Bawa anak2 jalan.. Lepas nie boleh naik untuk jalan jauh pula lah.. hehehe..
ReplyDeleteboleh sesangat tu Sha.. dah ada kemudahan nih boleh laa cuba..
Deleteraya haji ni nak balik kampung belah utaqa pulak..so nak try naik ETS ni pulak...
ReplyDeletekena beli awal, takut tiket abis plak..
DeleteAssalam eyda,
ReplyDeletealahaaaaaaaaiiiii
teringinyaaaaaaaa nak naek :)
Waalaikumsalam.. jom kita naik beramai-ramai..
DeleteSS belum sampai Perlis...Ha Ha Ha...
ReplyDeleteya ka, jemput laa ke Perlis.. boleh tunggu SS kat stesen yang berdekatan dengan umah.. hehehe..
DeleteGood reference... Nanti nak pegi perlis SS terjah sini lg..
ReplyDeleteboleh jer.. Eyda pun simpan sebab mudah nak buat rujukan nanti..
Deletewow! terbaik...
ReplyDeletemempermudahkan perjalanan :)
ya betul tu Aida.. boleh jugak kita bertukar angin naik ETS plak..
DeleteBest ni...nak kena try gak sekali
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..