MaJLiS RuMaH TeRBuKa BuTiK RaTu PeSoNa PenGaNTiN

7/31/2015 10:30:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingatkan abis dah citer raya.. Rupanya masih ada.. Tak perasan plak Eyda.. Dah tu, lambat plak nak update citer nih ya..

Tak apa lah apa juga alkisahnya, hari ni Eyda nak citer Majlis Rumah Terbuka Butik Ratu Pesona Pengantin milik sepupu Eyda..

Alhamdulillah inilah tahun pertama diaorang buat rumah terbuka  termasuk bacaan Yassin sebagai pembuka majlis pada 25 Julai yang lepas.. Maaf laa dah seminggu baru sempat nak update..

Butik Ratu Pesona Pengantin nih merupakan butik pengantin muslimah.. Bagi yang berada berhampiran dengan Lunas atau Kulim dan sekitarnya yang ingin mendapatkan khidmat baju, makeup, pelamin dan seangkatan dengannya boleh laa singgah ke butik nih..

In shaa Allah harga yang dikenakan amat berpatutan.. Bagi bakal pengantin, kalau booking masa ada offer lagi murah daripada harga asal..


Suasana diluar butik

Di dalam butik

Nak jugak gambar sendiri


Program yang dijalankan ada diselitkan dengan acara mewarna untuk kanak-kanak, teka teki, cabutan bertuah, penyampaian best dress untuk King dan Queen..

Alhamdulillah mak Eyda dan Eyda sendiri dapat hadiah cabutan bertuah.. Itulah rezeki kami bila mana ramai yang dah balik malam tu.. Maaf, hadiah mak Eyda tak snap, dapat snap gambar hadiah sendiri jer..

Hadiah cabutan bertuah

Model hadiah cabutan bertuah

Model hadiah cabutan bertuah

Inilah hadiah cabutan bertuah

Tak ketinggalan, abang Eyda pun dapat hadiah Best Dress kategori King.. Ada 3 pemenang bagi setiap kategori..


Salah seorang pemenang Best Dress kategori King..
Abang Eyda laa.. Bersama salah seorang pemilik butik
sepupu Eyda..

Apapun Alhamdulillah, mak Eyda, abang Eyda dan Eyda sendiri dapat bawak balik hadiah.. Biarpun simple tapi happening..


Bagi yang ingin mendapatkan khidmat solekan untuk dinner atau khidmat perunding bagi majlis perkahwinan boleh laa berkunjung ke
 
Butik Ratu Pesona Pengantin
No.22, Lorong 1/1,
Taman Sang Kancil,
09600 Lunas, Kedah 

Butik ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa (tutup)

Lokasinya berdekatan dengan susur keluar Lunas, highway BKE dan bertentang dengan Taman Sejahtera, Lunas

atau
boleh klik SINI



You Might Also Like

32 comments

  1. comel pemilik butik pengantin tu ...sempat lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda lagi pemilik butik nih.. yang dalam gambar tu baru umur 25 tahun.. yang kak dia umur 34 tahun.. diaorang yang kendalikan butik nih..

      Delete
    2. mudanya.... tahniah untuk derang...

      Delete
    3. Assalam uols,
      gambor ahkaknya takdop ka eyda???
      he3

      pssttt : kakak dia iols kenai kan3 :)

      Delete
    4. Waalaikumsalam Sha.. sori tak ada laa.. nanti Eyda buat satu entry pasal butik nih.. boleh laa jugak memperkenalkan pemiliknya sekali dengan kakaknya.. dah cantik jelita sekarang..

      Delete
  2. Replies
    1. meriah dengan sedara mara dan jugak sahabat handai dan pelanggan mereka..

      Delete
  3. Wah, menang luckydraw..tahniah Kak Eyda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik Mimie.. itulah, kalau ikutkan susah nak menang.. tapi disebabkan ramai dah balik, ada peluang nak menang..

      Delete
  4. Meriah majlisnya. Syoknya dapat bawak balik hadiah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, untung jugak dapat bawak balik sesuatu..

      Delete
  5. tahniah krn bertuah eyda :)
    seronok kalau attend open house.
    di samping promosi bisnes kan?
    a great event...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Aida.. promosi untuk diaorang jugak.. tak salah kan tolong sepupu sendiri..

      Delete
  6. menarik juga ni. cousin ada ramai dekat Kedah. bole la promote hehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak dari SP dan sekitarnya yang jadi pelanggan mereka.. itulah kalau nak booking kena awal.. takut dah penuh jadual mereka..

      Delete
  7. kita klik2 semua iklan kak Eyda sekali ^^

    ReplyDelete
  8. gambar sendiri tu comel cam budok sekoloh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah ayat usikan yang selalu Eyda terima..

      Delete
  9. sepupu Eyda tu dah berpunya belum hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kak JM.. dah pun bersuami dan memiliki seorang anak.. malah tengah mengandung hampir 3 bulan..

      Delete
  10. Tahniah buat kak eyda... Kalau nak buat majlis lagi boleh tak hahahahaa okbaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ekin.. yang tu kena tanya sepupu, almaklum sajalah majlis diaorang..

      Delete
  11. Replies
    1. rupa jer awet muda.. umur, huhuhu dah bertambah tua..

      Delete
  12. Assalam eyda,
    kalo iols tau uols pi open house ni
    mesti iols turut serta
    baru havoc kan3

    Pssttt : tapi time tu memang iols tak dapat pi, ada hal laen....sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sha.. itulah tak tau plak yang Sha kenal.. kalau tau awal lagi dah ajak..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti