MaJLiS RuMaH TeRBuKa BuTiK RaTu PeSoNa PenGaNTiN
7/31/2015 10:30:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingatkan abis dah citer raya.. Rupanya masih ada.. Tak perasan plak Eyda.. Dah tu, lambat plak nak update citer nih ya..
Tak apa lah apa juga alkisahnya, hari ni Eyda nak citer Majlis Rumah Terbuka Butik Ratu Pesona Pengantin milik sepupu Eyda..
Alhamdulillah inilah tahun pertama diaorang buat rumah terbuka termasuk bacaan Yassin sebagai pembuka majlis pada 25 Julai yang lepas.. Maaf laa dah seminggu baru sempat nak update..
Butik Ratu Pesona Pengantin nih merupakan butik pengantin muslimah.. Bagi yang berada berhampiran dengan Lunas atau Kulim dan sekitarnya yang ingin mendapatkan khidmat baju, makeup, pelamin dan seangkatan dengannya boleh laa singgah ke butik nih..
In shaa Allah harga yang dikenakan amat berpatutan.. Bagi bakal pengantin, kalau booking masa ada offer lagi murah daripada harga asal..
Suasana diluar butik |
Di dalam butik |
Nak jugak gambar sendiri |
Program yang dijalankan ada diselitkan dengan acara mewarna untuk kanak-kanak, teka teki, cabutan bertuah, penyampaian best dress untuk King dan Queen..
Alhamdulillah mak Eyda dan Eyda sendiri dapat hadiah cabutan bertuah.. Itulah rezeki kami bila mana ramai yang dah balik malam tu.. Maaf, hadiah mak Eyda tak snap, dapat snap gambar hadiah sendiri jer..
Hadiah cabutan bertuah |
Model hadiah cabutan bertuah |
Model hadiah cabutan bertuah |
Inilah hadiah cabutan bertuah |
Tak ketinggalan, abang Eyda pun dapat hadiah Best Dress kategori King.. Ada 3 pemenang bagi setiap kategori..
Salah seorang pemenang Best Dress kategori King.. Abang Eyda laa.. Bersama salah seorang pemilik butik sepupu Eyda.. |
Apapun Alhamdulillah, mak Eyda, abang Eyda dan Eyda sendiri dapat bawak balik hadiah.. Biarpun simple tapi happening..
Butik ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa (tutup)
Lokasinya berdekatan dengan susur keluar Lunas, highway BKE dan bertentang dengan Taman Sejahtera, Lunas
32 comments
comel pemilik butik pengantin tu ...sempat lagi tu
ReplyDeletemuda lagi pemilik butik nih.. yang dalam gambar tu baru umur 25 tahun.. yang kak dia umur 34 tahun.. diaorang yang kendalikan butik nih..
Deletemudanya.... tahniah untuk derang...
DeleteAssalam uols,
Deletegambor ahkaknya takdop ka eyda???
he3
pssttt : kakak dia iols kenai kan3 :)
terima kasih Firah..
DeleteWaalaikumsalam Sha.. sori tak ada laa.. nanti Eyda buat satu entry pasal butik nih.. boleh laa jugak memperkenalkan pemiliknya sekali dengan kakaknya.. dah cantik jelita sekarang..
Deletemeriahnya
ReplyDeletemeriah dengan sedara mara dan jugak sahabat handai dan pelanggan mereka..
DeleteWah, menang luckydraw..tahniah Kak Eyda :)
ReplyDeletethanks cik Mimie.. itulah, kalau ikutkan susah nak menang.. tapi disebabkan ramai dah balik, ada peluang nak menang..
DeleteMeriah majlisnya. Syoknya dapat bawak balik hadiah :)
ReplyDeleteitulah, untung jugak dapat bawak balik sesuatu..
Deletetahniah krn bertuah eyda :)
ReplyDeleteseronok kalau attend open house.
di samping promosi bisnes kan?
a great event...
thanks Aida.. promosi untuk diaorang jugak.. tak salah kan tolong sepupu sendiri..
Deletemenarik juga ni. cousin ada ramai dekat Kedah. bole la promote hehehhe.
ReplyDeleteada jugak dari SP dan sekitarnya yang jadi pelanggan mereka.. itulah kalau nak booking kena awal.. takut dah penuh jadual mereka..
Deletekita klik2 semua iklan kak Eyda sekali ^^
ReplyDeletethanks Amy..
Deletemurah rezeki
ReplyDeletealhamdulillah rezeki..
Deletegambar sendiri tu comel cam budok sekoloh
ReplyDeletehahaha itulah ayat usikan yang selalu Eyda terima..
Deletesepupu Eyda tu dah berpunya belum hihihhi
ReplyDeletemaaf kak JM.. dah pun bersuami dan memiliki seorang anak.. malah tengah mengandung hampir 3 bulan..
DeleteTahniah buat kak eyda... Kalau nak buat majlis lagi boleh tak hahahahaa okbaiii
ReplyDeletethanks Ekin.. yang tu kena tanya sepupu, almaklum sajalah majlis diaorang..
DeleteCantik hadiah tu....
ReplyDeletethanks Ekin.. tu laa cute jer..
DeleteKak eyda sweet awet muda
ReplyDeleterupa jer awet muda.. umur, huhuhu dah bertambah tua..
DeleteAssalam eyda,
ReplyDeletekalo iols tau uols pi open house ni
mesti iols turut serta
baru havoc kan3
Pssttt : tapi time tu memang iols tak dapat pi, ada hal laen....sob3
Waalaikumsalam Sha.. itulah tak tau plak yang Sha kenal.. kalau tau awal lagi dah ajak..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..