Nuzul Al-Quran

7/04/2015 03:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebelum Eyda terlupa, hari ni merupakan hari Nuzul Al-Quran..


Jom kita hayati peristiwa Nuzul Al-Quran nih..

Peristiwa Nuzul Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

You Might Also Like

15 comments

  1. Selamat Menyambut Nuzul Quran
    ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA ALI MUHAMMAD

    ReplyDelete
  2. Salam Nuzul Al-Quran (=

    Saya ada buat segmen. Jemput join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum selamat pagi kak eyda... salam nuzul al-quran

    ReplyDelete
  4. Jemput join segmen Yaya
    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/segmen-memoir-of-ramadhan-by-yaya.html

    ReplyDelete
  5. x dpt byg kn kalau hdup kita hari ini tiada al-quran

    ReplyDelete
  6. Dalam Nuzul Al Quran Kak Eyda :)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah marilah jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan setiap hari

    ReplyDelete
  8. harap boleh terus membaca al-quran walaupun selepas bulan ramadhan berakhir

    ReplyDelete
  9. jadikan al-quran sebagai panduan hidup...semua ada didalam nya...baca tafsir al-quran

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti