FaLSaFaH BuaH-BuaHaN
8/18/2015 01:28:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menarik pulak bila Eyda baca mesej WhatsApp nih.. Cerita mengenai falsafah buah-buahan..
Semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada falsafah nih..
Falsafah Buah-buahan
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.
Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : Don't Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.
Jadilah UBI KAYU
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.
Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.
Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.
Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
Sumber daripada WhatsApp
15 comments
Assalam eyda,
ReplyDeletehaaaaaaaaa
macam2 buah nak kena jadi ni he3
Tersirat betul falsafah buah ni
ReplyDeletehehehe..bestnya baca ni...pernah dengar yg kelapa, dengna manggis je..pandai yg cipta ayat gini
ReplyDeleteOrg dlu2 memang pandai berfalsafah..
ReplyDeletekite nie mentimun... awak tu durian.. badan kite mudah tercucuk duri... tapi... bila durian dah jadi tempoyak... Awek kaw mentimun akan lenyek2! boleh? kah kah kah...
ReplyDeleteKihkihkih ini namanya falsafah amek kaww doyan!
Deletesis JM is DURIAN!!!!
ReplyDeleteOhhhh supaya bila dah jadi tempoyak, dalam mangkuk bertemu jua dgn potongan mentimun ye :)
Deletekih kih kih..Cikgu Cekted mmg BIJAK!
DeleteWah pandai sungguh depa bandingkan buah dgn sikap manusia...good sharing
ReplyDeleteSukalah baca. Daripada buah-buahan pun, banyak perkara berharga yg kita boleh pelajari :)
ReplyDeletebetul jugak falsafah tu..hehehe..
ReplyDeletesuka pisang & manggis :)
ReplyDeleteBuah ibarat wanita pun ada kak eyda kat blog ekin entri lama
ReplyDeleteWow..perkongsian yang menarik..setiap kejadian itu ada maknanya..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..