Kek Coklat Moist
8/27/2015 08:37:00 AMEyda tak mau laa memanjangkan entry nih.. Hari nih Eyda nak kongsikan mengenai Tepung Ajaib Kek Coklat.. Tepung yang amat memudahkan bagi yang tak pandai buat kek macam Eyda nih.. Tak perlu nak sukat apa bagai, hanya masukkan ikut susunan yang diberi..
Tepung kek coklat nih lebih sedap jika dimasak dengan cara kukus dan menghasilkan Kek Coklat Moist yang lazat.. Bila dah rasa sekali mesti tak cukup..
Eyda dah beberapa kali buat kek nih, Eyda hanya sempat rasa sedikit saja.. Yang lainnya dihabiskan oleh Izzat dan Kimie.. Kimie laa yang paling suka dan teruja sangat.. Selalu dia laa yang rajin buat permintaan untuk Eyda masakkan kek nih..
Jom Eyda tunjukkan peket tepung yang memudahkan Eyda dalam penyediaan Kek Coklat Moist.. Cepat dan mudah hanya Adun, Masak, Siap.. Mudah kan..
Peket Tepung Ajaib Kek Coklat |
Bahan yang diperlukan |
Kat belakang pek ada disertakan cara penyediaan kek coklat moist nih.. Senang dan mudah untuk membuatnya..
Cara penyediaan |
Cara Penyediaan
Langkah A
* Panaskan periuk kukus
Tips : Biarkan air mendidih sebelum mula memasak kek
* Pukul 2 biji telur sehingga kembang
Tips : Tekstur putih dan kental
* Tambah bahan Pek A dan Pek B. Gaul sebati
* Tuang adunan ke dalam bekas. Kukus selama 35 minit. (Jika guna bekas yang kecil, masa memasak akan lebih cepat)
Tips : Alas tudung periuk dengan kain supaya air wap tidak menitis pada kek.
Langkah B
* Tambah 4 sudu besar air didih dan 1 sudu besar susu pekat bersama Pek C. (Jika lambat cair, buat double boil jer)
* Gaul sehingga larut. Tuang dan ratakan ke atas kek.
* Hiaskan bersama bahan hiasan Pek D atau lain-lain (Ikut kreatif dan kesukaan masing-masing).
Bahan Penyediaan
* 1 set pek Tepung Ajaib Kek Coklat
Pek A - Krim Coklat
Pek B - Bahan Adun
Pek C - Topping
Pek D - Coklat Urai
* 2 biji telur
Jom tengok hasil yang Eyda buat.. Boh dalam bekas kecil-kecil, memudahkan untuk makan.. Semua penuh bekas kan, mana taknya nak buat sekali masak jer.. Tak apa untuk makan sendiri macam mana pun ok..
Hasil untuk satu pek Kek Coklat.. Boleh dapat bekas lebih lagi, kalau kurangkan kuantiti bagi satu bekas.. |
Ini untuk cikgu kelas Kimie.. Amboi, nak jugak bagi cikgu rasa ya, Kimie.. |
Bagi Eyda okey tepung nih, memang memudahkan kerja bagi yang kurang mahir membuat kek macam Eyda nih.. Bukan kata yang tak reti, budak-budak pun boleh buat sendiri..
Kek ni juga boleh dijadikan sebagai juadah kepada tetamu.. Yelah, kekadang tetamu tetiba jer bagitau nak datang, mana sempat nak mencari bahan untuk memasak.. Boleh jer buatkan kek nih.. Mesti tetamu suka dengan rasanya.. Cubalah..
Harga untuk sepeket Tepung Ajaib Kek Coklat hanya RM14.90 sahaja..
Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh jer order dengan Eyda atau pun SMS/WHATSAPP Eyda 017-4597615
21 comments
wahh! senangnyaaa... :))
ReplyDelete6 tanda anak kekurangan zat besi
wah mudahnya..leh gak nanti try beli pek ni je nak buat kek coklat..
ReplyDeletemudah sekarang nak buat kek..
ReplyDeletetepung ajaib...?? hahaha...
ReplyDeletesedap nya. uish....
mna akak beli tepung tu.. nk jugak... hihi
ReplyDeletewahhh.. mcm menarik je ni :)
ReplyDeleteRindunya nak makan chocolate moist cake!
ReplyDeletewaaa.....senang jer nk buat kek ni....tetiba teringin lak nk carik tepung cenggini.....hihih
ReplyDeletesekarang ni senang je nak buat kek kan kak...Beli yang dah ada campuran adunan dia..Fidah pun buat kek mcm ni gak..
ReplyDeleteJemput join segmen Fidah yer kak.
http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/08/segmen-bloglist-afidah-azmi88-sept-oct.html
Senang la kalau gini
ReplyDeletenampak pun macam sedap je.. elok je kek tu naik...
ReplyDelete#BU
Ya Allah,sedapnya cake coklat..feveret wawa ni..")
ReplyDeleteehem ehem.. bila nak buat lagi kak ? bleh i pegi terjah opis u lagi hehe..
ReplyDeleteBest nyer.
ReplyDeletemudah.
dulu ada opismet aida jual.
now dia da pindah :-(
Bagusnya tepung kek ni! :)
ReplyDeleteSekarang nie da makin banyak yg mudah dan segera camnie.. cepat untuk ibu2 yang berkerjaya..
ReplyDeleteuntung buat sendiri...beli 1 bekas RM10..beli satu paket tepung ajaib ni baru RM14.90...dapat byk...untung!
ReplyDeletekos gas atau letrik x mo amik kire ke Jay Emm? He He He..
Deletesenangnya....mmg ajaib
ReplyDeleteBuat sendiri dapat banyak kan....
ReplyDeleteWah, senangnya nak buat dia...hehehe...
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..