TinGGaL KeNaNGaN
8/23/2015 10:25:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sedih plak bila baca tajuk kan.. Itu belum masuk ceritanya.. Memang banyak memori sebenarnya, tapi semuanya akan disimpan rapi di dalam blog.. Boleh jugak sesekali baca mengamit memori..
Mesti semua tertanya kan apa benda yang tinggal kenangan nih? Sebenarnya Eyda nak cerita pasal kereta ayah yang dah pun dijual..
Kereta Mazda model 808 |
Kereta yang dimaksudkan ialah kereta Mazda model 808.. Mengikut cerita ayah, kereta nih kalau tak salah menghampiri 40 tahun usianya.. Ayah dah guna sekitar 37 tahun.. Maknanya dari usia abang Eyda laa kereta nih.. Memang penuh kenangan laa..
Eyda pun membesar dengan kereta nih.. Tapi memang Eyda tengok ayah agak keberatan nak lepaskan kereta nih setelah sekian lama dia berjasa kepada kami sekeluarga..
Tapi apakan daya, bila ada beberapa kerosakan yang berlaku dan melibatkan angka ribuan jugak untuk membaikinya.. Setelah menimbang beberapa lama, hari Selasa lepas dengan rasminya kereta nih tiada lagi dalam garaj kereta ayah..
Jom tengok gambar yang sempat Eyda snap beberapa hari sebelum ianya dijual.. Orang kedai datang ambil kat rumah sebab kereta nih tak boleh nak hidupkan..
Rupanya tokey kedai pun tak sanggup nak scrap kereta nih.. Dia kata elok kereta nih sayang laa, enjin original, barang kereta pun majoritinya original.. Dia kata nak repair dan guna sendiri.. Kalau ianya seperti yang dikatakan, tak mustahil nanti Eyda boleh jumpa lagi kereta nih bersama orang lain..
Kenangan yang ada bersama kereta nih..
* Kami sekeluarga jalan-jalan makan angin sehingga ke Kelantan, Cameron Highland, ulang alik ke Bayan Lepas (rumah arwah tok wan) setiap hujung minggu dan lain-lain tempat yang Eyda sendiri tak ingat..
* Mak pernah terlanggar tembok depan rumah (tempat orang dok duduk tuh) sebab belok tak lepas dan juga mak pernah terlanggar dinding rumah sebab ayah suka tinggalkan kereta dalam Gear 1.. Maunya melompat kereta tuh.. Hehehe..
* Mak cik pernah terlanggar pokok mempelam yang besar depan rumah arwah tok.. Masa tu makcik baru dapat lesen..
* Kakak dan abang belajar memandu kali pertama dengan kereta nih.. Ayah laa yang jadi pengajarnya..
Apa lagi ya, ermm terlupa nak taip kat sini kenangan yang ada.. In shaa Allah kalau ada, akan Eyda kongsikan kat sini agar kenangan bersama kereta tuh kekal di dalam memori..
17 comments
kereta antik ni.. harganya lagi mahal di pasaran..
ReplyDeletebanyak jasanya kat keluarga kak ye..
Berdekad-dekad kereta tu dgn keluarga Eyda. Banyak jasanha. Mesti ayah eyda berat hati benar nak lepaskan,..
ReplyDeleteKereta lama yg byk berjasa dkt keluarga..mmg syg sgt nk tolak. Same goes with toyota corolla arwah abah cx. Skrg da tkde da keta tu. Rindu plak rs bila baca kenangan kereta ayah eyda ni.huk3
ReplyDeletealahai nostalgianya
ReplyDeletekereta nya pon nampak elok dan cantik lg
sesuatu yg kite x boleh jual adalah memory!
ReplyDeletesalam. kenapa jual? Sayangnya... memang kereta ni memang sentimental value dia tinggi. Kalo terpaksa, nak buat cam ne kan. By the way, tiada yang kekal akan jadi milik kita di dunia ini. Sabaq naa.
ReplyDeleteSign: Abi was here,
Lawati e-komuniti bola sepak
http://mysoccercommunity.com
buat balik mesti nampak best keta ni kak..
ReplyDeleteKereta yang antik ni banyak berjasa tu
ReplyDeleteboleh masuk museum ni...kalau jual mmg sayang..kenangan terindah...
ReplyDeleteJiran sebelah rumah Zumal pun ada Mazda 808 sebelum nie tapi mereka dah pun jual awal tahun lepas...
ReplyDeletekenangan yang menarik. Pasti nanati akan rindu dengan kereta ni
ReplyDeleteeheheh kereta tokwan dulu pun Mazda tapi kontot sikit lagi..
ReplyDeleteada orang nak beli smpai letak harga 15k.. punya dia nak.. tok xmo jual..
dia up terus smpai 30k hahaha.. cina yang nak..
sentimental tu..
ReplyDeletebuat cecantik sikit, mesti harga meletop...!
Wah. Kereta lama!
ReplyDeleteterbaik la sebab diabadikan bersama pengguna baru.
Pergh!!!antik gila.. lama gak kereta nie bersama family eyda..
ReplyDeleteini mmg klasik
ReplyDeletesentimental value..sygnya :) teringat kereta mazda abah Cik Mimie..dah lama dah jual..hee :)
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..